Wednesday, May 26, 2010

Going Online

a) Berapa jamkah anda melayari Internet setiap hari? Biasanya, apakah yang anda lakukan di dunia Internet?
- aku selau melayari internet paling kurang 5 jam sehari. Itu kalau duduk rumah, kalau duduk kat universiti selalunya 24 jam..haha
Internet dah jadi satu rutin bagi aku. Sehari tak bukak, rasa pelik je. Kalau boleh bukak je mata, terus nak mengadap komputer. 
Perkara pertama bila aku online adalah check e-mail.

lepas tu facebook, blog, youtube, dan payperclick.



Dah bukak semua tu baru aku start explore ape yang ade macam bace surat khabar online, blogwalking, dan tengok website2 yang best2.

b) Bila menlayari Internet dan membuat interaksi dengan pengguna lain, adakah anda mempunyai profail samaran atau  nickname? Ceritakan kenapa anda mengguna or tidak suka menggunakannya.
-Selalunya aku pakai profail aku sendiri. Takde samaran. ikhlas dari hati..hihi. Tapi jangan jujur sangat dalam dunia internet nie. Bukan semua orang kita boleh percaya. Kepercayan pun ada batasnya.
Cuma dalam dunia blog, aku gunakan nama blog aku,OnlyZul sebagai profail aku. So, dapat la promote blog aku.

c) Pernahkah anda menjadi kawan baik dengan sesiapa yang anda jumpa atas Internet? Sila ceritakan kepada kami. Bagaimanakah anda tahu sama ada mereka boleh dipercayai?
-Setakat nie aku takde kawan baik dalam internet nie. Setakat kawan dan kenalan tu biasa la. Actually aku pun tak ingat kalau ada kawan baik ke tidak.haha.. Percaya atau tidak itu semua atas individu tu sendiri. Kalau dah betul2 kenal mungkin boleh percaya kot.

d) Adakah ibu bapa anda memerhatikan kegiatan online anda? Adakah ia berkesan, atau adakah anda tahu cara-cara untuk mengelakkan kawalan mereka? Apakah pendapat ibu bapa anda mengenai anda melayari Internet setiap masa?
-Parent aku tak selalu memerhatikan kegiatan online aku. Aku pun bukan suka sangat kalau ada orang tengok. Tak selesa. Lagi2 kalau aku tengah menulis blog. Sebab member aku sorang suka menyibuk orang lain tengah online. Kalau facebook tu, semua friends aku dia nak explore. Kalau tulis blog, bukan jadi cerita aku dah.
Parent aku tak kisah sangat dengan apa yang aku buat, sebab diorang percaya dengan aku..haha
Lagipun aku selalu jugak dapat hadiah dari sumber internet nie. So, galakkan diberikan.
Kalau nak elak dari kawalan, online la sorang2. time orang tidur ke.

e) Pada pendapat anda, adakah dunia Internet ini telah menyebabkan jurang di antara anda dengan kawan-kawan anda atau membawa anda semua lebih rapat lagi?
Perkara nie aku kurang setuju. Dari dunia internet la aku dapat ramai kawan. Sebagai pelajar yang serantau ke negeri orang dan ada ramai kawan dari seluruh Malaysia, internet membantu aku untuk mengetahui perkembangan semasa kawan2. Bukan senang kita nak berjumpa. Lagipun internet adalah jalan terpantas untuk kita berhubung dengan kawan-kawan menerusi pelbagai medium seperti Facebook, Myspace, Google Talk, Yahoo Messenger, Skype dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment