Showing posts with label Muhamad Syamim. Show all posts
Showing posts with label Muhamad Syamim. Show all posts

Saturday, May 29, 2010

1Malaysia 2Malaysia 3Malaysia


1Malaysia. Sekarang sudah menjadi sebutan orang ramai baik dalam televisyen mahupun pada permulaan setiap ucapan. Adakah ini merupakan suatu dasar 'yang ikhlas' ataupun cuma untuk menarik perhatian dan sokongan hanya untuk tujuan berpolitik? Kadang-kadang saya masih keliru, 1Malaysia, tapi mengapa masih perlu ada kuota dalam sesuatu bidang. Umpama negara kita ini mempunyai slogan 3Malaysia dan 'lain-lain'Malaysia. Pandangan saya terhadap masa depan Malaysia pada mulanya agak kabur. Namun selepas membaca serba sedikit baru saya sedari, pada masa hadapan Malaysia akan dijajah oleh rakyat Malaysia yang kaya dan golongan bawahan yang miskin pasti akan dieksploitasi habis-habisan.

Tidak perlu contoh yang jauh dan berserabut. Saya berikan contoh :
  1. Berita pertama
  2. Berita kedua 


Ya memang saya tahu dan akui bahawa subsidi perlu dimansuh untuk mengelakkan Malaysia yang 'ekonomi kita stabil' daripada bankrup. Namun apa yang memusykilkan saya ialah apabila membaca berita kedua tersebut. Satu soalan saja yang saya ingin tujukan kepada saudara semua, pernah anda semua lihat pakcik yang di sawah bermain golf? Pernah anda nampak makcik menoreh getah bermain golf? Siapa yang selalu bermian golf? Golongan apa yang bermain golf? Gajinya banyak mana? Namun jika subsidi ditarik, pakcik di bendang perlu bayar lebih untuk barangan runcit tak? Makcik menoreh getah perlu bayar lebih untuk petroleum motor tak? Negara kita sudah terbalik jika anda semua sedar. Yang kaya dikayakan lagi, yang miskin dimiskinkan lagi.
xxx
Saya rasa selesa dengan kehidupan berbilang bangsa ini. Malah perlu saya akui semangat saya akan lebih membuak-buak apabila terdapat pelbagai bangsa yang menyertai sesuatu perkara. Bagi saya, saya lebih mementingkan negara berbanding bangsa. Jika kita mementingkan negara, hasil usaha yang kolektif pasti akan membuahkan hasil yang lebih baik dan mampu memberikan impak yang lebih positif kepada negara. Perasaan tegang antara kaum di negara ini sebenarnya tidak wujud walau bagaimanapun dengan lanskap politik berdasarkan kaum; inilah yang memusnahkan ketenteraman antara kaum tersebut. Mencium keris, penetapan kuota, dan isu 13 Mei selalu digunakan untuk menakutkan rakyat.
xxx
Saya pernah diajar oleh guru sementara yang datang dari United Kingdom dan Australia. Kelas saya mengambil peluang untuk bertanya kepada mereka apa pandangan mereka kepada rakyat Malaysia. Apa yang saya ingat mereka kata rakyat kita suka senyum, bersopan-santun dan suka memuncungkan mulut sambil mengeluarkan bunyi yang kurang senang didengari atau apa yang dikatakan sebagai 'sweet'. Hakikat yang mereka tidak ketahui ialah ahli politik yang selalu menindas dan menyokong golongan korporat yang salin mencium tapak kaki satu sama lain.


Saya mahukan Malaysia yang Malaysia tanpa mementingkan bangsa dan peluang terbuka untuk semua bagi memastikan diversiti mampu memberi pulangan lumayan untuk negara!



Thursday, May 27, 2010

Penjenamaan Jenama

Ada apa dengan jenama? Jenama selalunya melambangkan identiti barangan tersebut. Identiti ini boleh digambarkan dengan harga, kualiti dan lain-lain. Maka sebagai pengguna jenama memang penting untuk membuat pilihan yang terbaik. Selalunya barangan yang mahal akan mendatangkan kualiti yang baik. Bagi saya pula, saya memakai jenama yang saya percaya dan bukan semata-mata kerana mahal. Jenama pilihan saya selalunya telah menepati ciri-ciri yang saya perlukan. Walau bagaimanapun, ada juga remaja yang memilih jenama semata-mata untuk bersaing dengan rakan mereka. Remaja seperti ini boleh diklasifikasikan sebagai remaja 'tidak mahu tunduk dan tahu untuk menang saja' atau senang cerita; otak dekat lutut.
xxx
Memang tidak boleh disangkal ada saja jenama yang membawa suatu mesej dan pemikiran dalam hasil yang mereka terbitkan. Ada yang membawa mesej pemberontakan, ada juga yang membawa mesej hak asasi manusia dan bermacam-macam lagi. Saya rasa jenama-jenama seperti inilah yang sepatutnya pelaburan yang lebih dibuat. Dengan dana yang disumbangkan, informasi yang dibawa lebih mudah untuk disebarkan dan kualiti produk juga mampu ditingkatkan!
xxx
Peralatan ragbi kegemaran!

Kasut kegemaran!

Memang tidak boleh disangkal dan dielakkan, kedua-dua jenama di atas memang menjanjikan kualiti terbaik dari segi kualiti dan fizikal. 
xxx


Saya rasa saya tidak perlu menerangkan mengapa saya meminati kedua-dua iklan tersebut; jawapannya anda sendiri boleh fikirkan.
xxx
Barangan yang malu untuk dijadikan kaitan? Ada! Barangan wanita!
xxx
Saya pernah disuruh oleh agensi-agensi dan rakan-rakan untuk memboikot sesetengah barangan dari sesuatu negara. Maka saya pun mengikut kata mereka namun ternyata memang susah (barangan tersebut memang barangan yang sedap dan baik!). Maka lama-kelamaan saya cuba mengurangkan pembelian terhadap barangan tersebut dan saya telah menukar niat saya sebelum ini (agama) kepada niat untuk menolong umat manusia dalam kesusahan.
xxx
Seperti yang kita sedia maklum, dalam arus globalisasi dunia yang kian rancak ini, informasi mengenai jenama dan produk memang mudah dicari. Kebanyakan produk dan jenama kini bijak mempromosikan barangan mereka di internet dan media massa maka pengguna seperti saya ini semestinya akan mendapat informasi daripada sana. Walau bagaimanapun saya akan cuba mengelak menggunakan sumber tengah untuk mendapatkan maklumat untuk mengelakkan kekeliruan. Cara terbaik; cari sumber tulen!

Wednesday, May 26, 2010

Kegemaran Sepanjang Zaman


Mengungguli carta; Geli Mat!

Tempat kedua; Lukestar!

Tempat ketiga; Tan Hong Ming!

xxx

Maka saya akan campurkan semua must see, must do dan must have saya dalam satu senarai untuk mengelakkan penulisan kali ini berjela-jela sehingga mencecah 38 meter setengah.

Ini bukan nasi lemak ya adik-adik, ini merupakan kudapan untuk kamera-kamera analog yang lapar.


Muka Woody memang tak pernah berubah walaupun dah bertahun-tahun berlakon. Muka Rex? Tak habis-habis excited.

Filem ini memang wajib tonton! Kalau tak, memang tak true. Apa guna bermegah-megah dengan Twilight sedangakn filem tanah air sendiri tak pernah sentuh.

xxx

T-shirt saja dah cukup bagi saya! Setuju?

xxx

Ada beberapa benda yang dikira penting bagi saya, tapi saya tidak akan terkena penyakit kusta atau mati hanya kerana kehilangan mereka. Maka untuk membuktikan saya masih waras, saya kan menunjukkan sedikit antara barang yang saya 'suka tapi tak akan mati kalau hilang'.

Sumber utama lagu-lagu yang memekakkan telinga saya; untuk mencari ketenangan ataupun mengelakkan bunyi bising sekeliling (ironik kan?).


Salah satu cara untuk saya menzahirkan kreativiti saya dalam bidang seni kerana lukisan saya hodoh!

Entertainment Protects Me From 'Danger'


Favourite TV show : House; watch it on TV or just buy the DVD from a store in TTDI
xxx
Music? Yes. Fashion? No. For me fashion will surely suck your money out of your pocket if you are a type who like to be a 'trendsetter'. I usually recommended by my friends on latest cool hits and I will scrutinise in the internet for the tracks.
xxx
I cannot afford to list all the singers and bands who I admire the most as for me I treat all of them the same (am I trying to sound like I am the artiste?). So for now I will list two bands who I saw them performing in Kuala Lumpur recently.
Efek Rumah Kaca

Placebo
My favourite choice of sources : CD and the internet 
 xxx
Here are the last three books that I read :
  1. Mencari Jalan Pulang, Kassim Ahmad
  2. New Malaysian Essays 2, Amir Muhammad
  3. Qur'an And Cricket, Farish A. Noor
xxx
My sources for now : friends and internet; almost everything came from them!

Tuesday, May 25, 2010

Jaringan Sosial

Telefon bimbit : digunakan untuk hal yang peribadi (hal yang tidak enak apabila diketahui orang!)
Internet (facebook, twitter dan lain-lain) : digunakan untuk diketahui seluruh dunia!

Tiada masalah bagi saya untuk menggunakan kedua-duanya namun suatu benda sahaja yang meng'masalah'kan perkara ini; kredit telefon bimbit prabayar. Kebanyakan remaja sekarang (termasuk saya) menggunakan telefon bimbit yang prabayar dan semestinya dengan menggunakan telefon bimbit sebagai alat perantaraan bakal 'mengikis' poket kami. Oleh itu, apabila poket 'tebal', saya rela untuk menggunakan telefon bimbit melainkan poket saya sudah terhakis sehingga berlubang.
xxx
Laman sosial 'sepatutnya' memudahkan urusan peribadi saya untuk sentiasa berhubung dengan rakan-rakan walau bagaimanapun perkara ini akan menjadi sebaliknya apabila banyak masa dihabiskan di hadapan komputer riba ini sehingga perkara lain tidak terurus. Maka pada tika inilah saya rasa ingin memaki-hamun pereka internet.
xxx
Ketiga-tiganya mudah digunakan!
xxx
Rakan saya tidaklah seramai mana walau bagaimanapun saya perlu mengaku perasaan jelek saya kepada mereka yang menambah walaupun tidak mengenali. Lebih teruk lagi, mereka tidak mencuba langsung! Kalau nak diikutkan, cuma rakan-rakan yang selalu berjumpa dengan saya sahaja yang akan bertegur-sapa setiap hari manakala yang lain cuma menjadi pemerhati. Ada juga yang langsung tidak pernah jumpa dan langsung tidak dikenali!
xxx
Saya tidak kisah untuk berjumpa sesiapa sahaja melalui apa cara sekali pun. Melainkan jika yang ingin dijumpai hantu, saya lebih rela jumpa di internet! Bagi saya berjumpa face-to-face lebih susah kerana tiada perantaraan melainkan diri anda sahaja berbanding dengan internet yang mana penulisan anda menjadi perantara.
xxx
Statistik Twitter saya buat masa ini :
  • Followers : 50
  • Following : 44
  • Tweets : 354
Saya follow orang yanga saya kenal dan kebanyakannya yang mengenali saya.

Sunday, May 23, 2010

Internet Jambatan Ke Alam Maya


Kalau nak diikutkan hati, kalau boleh saya tidak ingin tahu berapa lama saya melayari internet. Tapi buat masa sekarang saya tidak pernah pula mencatat masa saya melayari internet. Walau bagaimanapun, suatu yang pasti, komputer riba saya ini tidak pernah ditutup dan wi-fi sentiasa terhubung dengan sumbernya daripada rumah jiran! Kegunaan internet bagi saya : ilmu, rakan dan keseronokan!
xxx
Saya tidak pasti jika 'mimjamil' dikira sebagai nama samaran atau tidak kerana rakan-rakan saya turut memanggil saya gelaran yang sama (terang sekali tidak cukup 'samar'). 'Mim' itu digunakan bersempena nama gelaran rasmi saya dalam keluarga manakala 'Jamil' ialah bapa saya (unsur last name 'orang putih').
xxx
Saya pernah juga berjumpa seseorang ketika melayari internet dan sebab utama dia dipercayai; dia perempuan! Malah kami pernah bertemu. Saya tidak rasa ada masalah untuk saya mengenali seseorang dalam rangkaian internet yang serba canggih dan luas skopnya ini.
xxx
Seperti kebiasaan, ibu bapa hanya akan menegur apabila internet itu menjadi suatu keperluan dan melebihi kehendak mereka. Maka apabila saya melayari internet pada ketika ada tindihan dengan kehendak mereka maka akan mulalah suatu sesi ceramah ringkas dan pendek oleh mereka. Lantas saya terus menukar status saya kepada busy!
xxx
Anda tidak perlu tanya saya adakah internet menjauhkan saya dan rakan-rakan! Saya berkawan dengan semua! Semua orang sama! Internet? Manusia yang buat dan manusia hidup bersama untuk berkawan!

Duit-menduit

Duit sebenarnya memang merupakan sesuatu yang menilai. Duit boleh digunakan untuk mendapatkan keperluan dan juga boleh digunakan untuk mendapatkan perkhidmatan. Duit bagi saya sememangnya suatu elemen yang penting bagi remaja untuk mendapatkan barang-barang baru di pasaran untuk menjadi antara yang 'up-to-date'. Bagi saya pula, duit ini sememangnya menjamin masa depan saya dan keluarga saya. Maka duit dalam persekitaran saya sentiasa berkisar tentang masa depan yang mana kita pun tidak pasti ke mana arah tujunya. Maka, duit sentiasa disimpan pada tahap optimum untuk kegunaan tersebut. Duit juga merupakan suatu cara oleh ahli politik untuk mendapatkan kuasa. Dengan menggunakan kuasa duit sahaja mereka boleh meraih sokongan pelbagai pihak. Setuju?
xxx
Saya bersekolah di asrama. Maka anda pasti tahu bahawa kebiasaannya para pelajar akan mendapat wang saku daripada sumber tertentu. Maka saya pun tergolong dalam golongan biasa ini yang mana setiap minggu ibu bapa saya akan menyalurkan sedikit wang untuk kegunaan saya di asrama. Wang yang diberikan cukup untuk menampung perbelanjaan saja. Maka jika saya teringin untuk membeli sesuatu pada cuti persekolahan, saya perlu mengikat perut untuk mendapatkan dana yang secukupnya. Tidak dilupakan juga saya turut melakukan aktiviti sambilan untuk menjana wang seperti mengecat baju dan sebagainya.
xxx
Etika merupakan suatu unsur moral yang bakal menentukan ciri remaja tersebut apabila dia sudah dewasa. Maka sudah pastilah saya akan bersetuju bahawa remaja memang sepatutnya mempunyai etika yang kukuh untuk menjamin masa hadapannya. Hal ini kerana dengan etika yang kukuh, persekitaran kita akan menjadi lebih positif dan kita boleh bergaul dengan semua golongan yang sedia ada.
xxx
Keadaan ekonomi sekarang tidak banyak menjejaskan kehidupan keluarga saya (mungkin ibu bapa saya cuba menyorokkan sesuatu daripada saya). Sesuatu yang pasti, harga runcit kian meningkat dan ini agak menyukarkan urusan harian. Menjadi seorang pelajar sendiri (terutamanya di asrama) sememangnya menjadi cabaran yang hebat. Bagaimana perasaan apabila anda sudah menyimpan RM 2.00 pada minggu ini hanya untuk membeli sebatang ais krim apabila tiba-tiba harga ais krim meningkat menjadi RM 2.50? Itulah yang saya alami.
xxx
Pekerjaan paling cool :
  1. Guru yang sporting (yang tak sporting selalu akan mengugut anak muridnya dengan unsur keberkatan)
  2. Pemandu peribadi (dapat merasa pemanduan kereta mewah dan mengenali lebih mendalam keluarga golongan berada)
  3. Pekerjaan yang seseorang minati bidangnya (tiada apa yang lebih seronok berbanding melakukan sesuatu yang kita suka!)
Pekerjaan yang tiada elemen cool :
  1. MLM! (cara 'dapat duit mudah' yang berlarutan dan mudah memakan duit insan yang bodoh!)
  2. Guru tidak sporting (semua gara-gara memikirkan terlalu banyak hal tentang pelajar)
  3. Pekerjaan yang seseorang tidak suka akan bidangnya (buat apa kerja kalau tidak suka?!)

Saturday, May 22, 2010

Bercita-cita Untuk Ada Cita-cita; Kejayaan Datang Dalam Perjalanan


Saat paling bermakna setakat ini semestinya kejayaan terbesar dalam hidup; hanya satu pilihan saya. Kalau saya pilih 2 3, sampai minggu depan pasti tidak habis lagi.
Keputusan SPM 
xxx
Saya tidak melihat seseorang yang mempunyai bakat dalam sesuatu bidang sahaja boleh dianggap 'berjaya'. Bagi saya seseorang yang berjaya dengan 'tulen' perlu ada kelebihan dari segala aspek. Baik fizikal, jasmani mahupun jasmani. Memang sukar untuk kita cari manusia seperti ini namun manusia yang susah dicari inilah yang dikatakan pencipta kejayaan yang tulen.
xxx
Inspirasi bagi saya cumalah mainan minda manakala idola atau 'role model' cuma bagi yang terasa perlukan bimbingan. Bagi saya pendorong terkuat ialah 'passion', minta yang mendalam dan juga cita-cita. Apabila lengkap ketiga-tiga ini maka lengkaplah inspirasi untuk berjaya. Maka memang mudah untuk saya konklusikan inspirasi sebenar ialah diri sendiri.
xxx
Disebabkan diri saya yang baru sahaja tamat alam persekolahan, tiada matlamat lain yang ingin dikecapi selian daripada berjaya di menara gading yang sedang menunggu. Kejayaan itu sebenarnya sudah tersedia untuk semua orang namun apa yang membezakan golongan yang berjaya dan tidak cumalah; "adakah saya berani untuk melakukan perubahan?" dan "adakah saya bersedia untuk memulakan langkah pertama?"

Thursday, May 20, 2010

Kewujudan Keluarga Dan Kehadiran Teman


Memang sukar untuk saya khabarkan latar belakang keluarga saya yang serba kelam-kabut dan tidak tersusun. Walau bagaimanapun saya akan ringkaskan melalui gambar berikut :

Ibu & Bapa

 Kakak

Adik

Menjadi anak yang dihimpit antara dua beradik memang merupakan sesuatu yang tepat dengan istilah; terhimpit. Tambahan pula apabila diri ini seorang lelaki, pelbagai harapan dan tanggungjawab harus dipikul (agak hiperbola di sini). Memang tidak boleh dinafikan 'anak jantan' yang tengah selalunya dibelenggu dengan tekanan yang banyak, ibu bapa banyak menumpukan hal kakak manakala adik pula kuat dimanjakan. Susah. Rencah kekeluargaan; norma biasa orang kata.
xxx
Kalau ingin bercakap secara jujur, saya tidak mempunyai kawan-kawan baik (sebab saya tidak ada kawan tidak baik). Bagi saya, saya menjalankan dasar terbuka untukberkawan dengan sesiapa sahaja yang terima dan mahu rapat dengan saya. Saya memang tidak gemar dan tidak pandai memilih bulu.
 Antara rakan saya (perkataan antara digunakan untuk menafsirkan bahawa saya memang mempunyai ramai kawan)
Antara rakan sekolah saya (perkataan antara sekali lagi digunakan untuk membawa maksud saya sememangnya mempunyai ramai kenalan di sekolah)

Tidak banyak yang boleh diperkatakan berkenaan aktiviti bersama rakan-rakan. Jikalau di luar, banyak aktiviti bersosial yang dilakukan untuk mengisi masa lapang yang ada manakala jika di asrama banyak masa diperuntukkan untuk belajar yang mana masa-masa yang lebih akan digunakan untuk mencuri sedikit keseronokan daripada dunia berasrama.
xxx
Tidak dinafikan, kebanyakan antara kita memang sukar untuk memulakan perbualan dengan rakan yang baru dikenali. Ha! Perbualan; inilah cara terbaik untuk mengenali seseorang. Tiada cara lain selain perbualan melainkan bahasa isyarat. Saya teringat sebentar tadi apabila menghadiri suatu majlis anugerah di Ayer Keroh yang mana saya dengan berani memulakan perbualan dengan seorang gadis di sebelah saya. Sekarang saya menunggu dia untuk menghubungi saya melalui facebook!
xxx
Saya amat yakin dan percaya kelainan pada identiti seseorang yang terkeluar sedikit daripada kebiasaan dalam sesuatu komuniti pasti akan menarik perhatian semua orang. Hal ini sememangnya berkesan untuk kita mencuri perhatian golongan yang dituju.
xxx
Saya memang tidak suka membahagikan manusia menerusi kumpulan atau nama kerana hal ini akan menunjukkan semua kita tidak serupa dan tidak senada. Perkara yang terbaik untuk dilakukan ialah dengan berkawan dengan semua orang dan tidak memlmilih bulu mengikut citarasa sendiri dan warna kulit. Kita serupa dan yang membezakan kita cuma dua perkara; baik dan jahat!

Wednesday, May 19, 2010

Unsur Remaja Urban


Dalam kehidupan serba moden dan berdendangkan arus pembangunan, peranan remaja dalam globalisasi memang bukan suatu tugas yang mudah. Jika dibandingkan dengan zaman dahulu, remaja pada abad ini menghadapi saingan yang sengit antara satu sama lain dek pembangunan teknologi maklumat. Namun dalam kesukaran untuk menghadapi liku kehidupan, remaja sekarang masih mampu tersenyum dengan segala kemudahan yang ada. Walau bagaimanapun, memang sukar untuk disangkal remaja pada zaman kini memang sukar untuk membawa cabaran masa hadapan dek majoriti daripada mereka mulai dibuai mimpi teknologi mudah dan leka dengan unsur urbanisasi. Sememangnya perkara ini bukanlah sesuatu yang disenangi.
xxx
Memang sudah menjadi norma kehidupan apabila remaja mulai menentang dan menolak prinsip yang ada dalam kehidupan. Pada masa inilah remaja akan kian membuka mata dan  minda untuk menerima ideologi dan doktrin 'ringan' untuk dianuti namun 'unsur keremajaan' ini boleh dibahagikan kepada dua :
  1. Remaja celik. Mereka berfikir dan menyelidik sebelum menyokong dan membantah sesuatu perkara.
  2. Remaja 'pak turut'. Mereka membuat keputusan semata-mata untuk mengikut trend peredaran zaman.
Walau apa jua sekalipun, isu seperti ketuanan Melayu, hak asasi manusia dan pendidikan masih lagi menghantui minda saya. Saya masih celaru; semua rakyat membayar cukai namun mengapakah hanya ketuanan diberi kepada Melayu? Dimanakah hak ketuanan Cina dan India? Mengapakah sistem pendidikan di negara kita mempunyai pelbagai aliran? Adakah kerana kita bukan bangsa yang sama? Apa pula makna bangsa Malaysia? Saya enggan mengulas lanjut perkara berikut kerana ulasan saya pasti berlanjutan sehingga petang tulat.
 xxx
Walaupun dibantu dengan alat teknologi canggih, anak muda remaja sekarang seharusnya menghadapi cabaran yang lebih sukar pada masa sekarang kerana lahirnya intelektual dan cendekiawan yang ramai untuk merebut tempat terbaik dalam komuniti bestari. Maka sesiapa sahaja yang tercicir pasti akan dipingggirkan. Berbanding dengan pada masa dahulu, dengan hanya sedikit kejayaan anda mampu menggamit segala-galanya. Sekarang? Habuk pun tiada.
xxx
Perkara yang paling saya takutkan dalam dunia sekarang semestinya kehancuran moral dalam manusia. Kehancuran moral ini termasuklah unsur korupsi dan rasuah. Gejala ini sememangnya bakal mengganggu perjalanan hidup rakyat kerana gejala ini tidak membabitkan suatu individu sahaja namun bakal memberikan impak negatif kepada sesuatu komuniti itu.
xxx
Memang menjadi harapan dan impian saya untuk melihat bangsa Malaysia (saya ingin mengelak me'Melayu''Cina''India'kan bangsa kita yang satu) dapat duduk sama tinggi (bukan rendah) dan berdiri sama lebih tinggi (unsur hiperbola) dalam setiap sektor yang ditawarkan. Hanya satu insiden saja yang kita perlukan untuk dijadikan indikator perkara ini; apabila bangsa Malaysia mampu makan dalam satu dulang.
 xxx
Perkara yang paling sukar dalam hidup saya ketika ini : 
  1. Menunggu keputusan SPM.
  2. Mengambil ujian memandu (pegawai JPJ sepatutnya berpakaian preman untuk mengelakkan ketakutan dalam kalangan pengambil ujian).
Dua perkara ini sememangnya mengajar saya tentang erti persediaan sebelum melakukan sesuatu dan kawalan emosi yang optimum.
xxx
Peranan keluarga dan rakan-rakan merupakan sesuatu yang berbeza. Rakan-rakan banyak membantu dalam situasi yang mana memerlukan pemikiran dalam situasi yang sebenar (seperti hal dalam pembelajaran) manakala keluarga banyak memainkan peranan dalam hal yang lebih penting (ini sesuatu yang pasti, sekiranya keputusan diambil tanpa pengetahuan mereka, kesemua akibat yang dihadapi hanya akan dituding kepada diri sendiri).
xxx
Hasil penulisan tidak seberapa ini hanyalah nukilan seorang lepasan SPM yang baru sahaja berumur 18 tahun yang cuma menulis mengikut apa yang ada dalam minda pemberontakan sahaja. Perkara yang paling saya tidak senangi apabila menyuarakan pendapat ialah bangkangan oleh 'golongan dewasa' yang kononnnya remaja seperti kami tidak boleh meluahkan pandangan dan idea kerana kami 'cetek ilmu' manakala mereka pula 'banyak pengalaman'. Kalau begitu; izinkan saya mencuri sedikit pengalaman anda.