Thursday, May 20, 2010

Kewujudan Keluarga Dan Kehadiran Teman


Memang sukar untuk saya khabarkan latar belakang keluarga saya yang serba kelam-kabut dan tidak tersusun. Walau bagaimanapun saya akan ringkaskan melalui gambar berikut :

Ibu & Bapa

 Kakak

Adik

Menjadi anak yang dihimpit antara dua beradik memang merupakan sesuatu yang tepat dengan istilah; terhimpit. Tambahan pula apabila diri ini seorang lelaki, pelbagai harapan dan tanggungjawab harus dipikul (agak hiperbola di sini). Memang tidak boleh dinafikan 'anak jantan' yang tengah selalunya dibelenggu dengan tekanan yang banyak, ibu bapa banyak menumpukan hal kakak manakala adik pula kuat dimanjakan. Susah. Rencah kekeluargaan; norma biasa orang kata.
xxx
Kalau ingin bercakap secara jujur, saya tidak mempunyai kawan-kawan baik (sebab saya tidak ada kawan tidak baik). Bagi saya, saya menjalankan dasar terbuka untukberkawan dengan sesiapa sahaja yang terima dan mahu rapat dengan saya. Saya memang tidak gemar dan tidak pandai memilih bulu.
 Antara rakan saya (perkataan antara digunakan untuk menafsirkan bahawa saya memang mempunyai ramai kawan)
Antara rakan sekolah saya (perkataan antara sekali lagi digunakan untuk membawa maksud saya sememangnya mempunyai ramai kenalan di sekolah)

Tidak banyak yang boleh diperkatakan berkenaan aktiviti bersama rakan-rakan. Jikalau di luar, banyak aktiviti bersosial yang dilakukan untuk mengisi masa lapang yang ada manakala jika di asrama banyak masa diperuntukkan untuk belajar yang mana masa-masa yang lebih akan digunakan untuk mencuri sedikit keseronokan daripada dunia berasrama.
xxx
Tidak dinafikan, kebanyakan antara kita memang sukar untuk memulakan perbualan dengan rakan yang baru dikenali. Ha! Perbualan; inilah cara terbaik untuk mengenali seseorang. Tiada cara lain selain perbualan melainkan bahasa isyarat. Saya teringat sebentar tadi apabila menghadiri suatu majlis anugerah di Ayer Keroh yang mana saya dengan berani memulakan perbualan dengan seorang gadis di sebelah saya. Sekarang saya menunggu dia untuk menghubungi saya melalui facebook!
xxx
Saya amat yakin dan percaya kelainan pada identiti seseorang yang terkeluar sedikit daripada kebiasaan dalam sesuatu komuniti pasti akan menarik perhatian semua orang. Hal ini sememangnya berkesan untuk kita mencuri perhatian golongan yang dituju.
xxx
Saya memang tidak suka membahagikan manusia menerusi kumpulan atau nama kerana hal ini akan menunjukkan semua kita tidak serupa dan tidak senada. Perkara yang terbaik untuk dilakukan ialah dengan berkawan dengan semua orang dan tidak memlmilih bulu mengikut citarasa sendiri dan warna kulit. Kita serupa dan yang membezakan kita cuma dua perkara; baik dan jahat!

No comments:

Post a Comment