Showing posts with label Muhammad Syafiq. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Syafiq. Show all posts

Monday, May 31, 2010

Bersatu!

1Malaysia adalah satu kempen atau pun satu misi yang sangat baik bagi saya.Ianya juga salah satu misi dalam hidup saya untuk menyatukan kembali umat manusia, setelah bermacam peperangan yang telah berlaku antara manusia sendiri. Tidak kisah apa jua kerja belakang tadbir 1Malaysia yang selalu diura-urakan atau pun ini hanyalah propaganda kerajaan untuk mengaburkan mata rakyat, apabila sesuatu kempen itu baik untuk kaum manusia sendiri saya sendiri akan menyokong dan terus memperjuangkannya. Untuk 5 tahun lagi, saya tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi dengan pegangan kerajaan yang makin kuat sikap perkauman mereka. apa yang saya nampak mereka masih seperti dulu, hanya sebenarnya memperjuangkan hak sendiri sahaja. Kerana takutkan hilang kuasa kerana tiada usaha ataupun kegigihan yang lebih, mereka takutkan kuasa jatuh pada tangan bukan melayu. Kita harus sedar bahawa usaha tangga kejayaan. Malahan kita sesama melayu juga sendiri berbunuhan dan bergadoh, bagaimana melayu sendiri nak maju? saya masih tidak dapat jangkakan apa akan berlaku 5 tahun akan datang.

Sejak dari saya lahir lagi sehinggalag sekarang, Saya rasa saya tidak punya masalah dengan kaum lain. Saya berkawan sudah berkawan dengan hampir seluruh etnik di malaysia ini termasuklah orang kadazan dan asli sabah. Saya mempunyai ramai kawan berbangsa cina,india dan ada juga berbangsa pan-asian, saya tidak mempunyai masalah berkawan dengan  mereka. Sehinggakan sekarang ini kami semua adalah rakan karib. Salah satunya sebab sehingga kami semua rapat adalah kerana kami saling memahami dan saling hormat menghormati. Sikap ego kami buang jauh supaya sikap setia kawan kami setiasa ada. Bagi saya, saya lebih mengutamakan bumi saya dan juga isinya. Kerana bumi la menyatukan kita semua. apakah negara kita mampu menyatukan manusia? walaupun kerajaan kita tidak mampu untuk bersatu dengan pembangkang
apalagi umat manusia seluruh dunia. Bagi saya, apabila sesuatu yang berkaitan dengan bumi seperti kempen kesedaran peningkatan suhu bumi, seluruh dunia menyambutnya.Saya rasa, saya tidak perasan akan wujudnya ketegangan antara kaum kerana saya tidak wujud di kalangan mereka yang selalu suka bergadoh sesama sendiri dan musuh memusuhi dengan kaum lain.

Bagi pendapat saya, walau bagaimana tinggi pon menara yang ada di malaysia, kita tetap jauh di mata dunia. Kerana  semua perkara yang ada di luar sana pasti kite mengingin kan disini. Tiada yang unik lagi pada saya di malaysia sekarang ini. Kerana Kita terlalu membangun sehinggakan adat dan tradisi kita sudah hilang di mata kita sendiri. Bagaimana kita mahu menjadi tumpuan di mata dunia? Kembali la kepada asal kita yang berkonsepkan kampung. Tidak salah bukan memajukan kampung menjadi sebuah tempat yang begitu maju dan moden? dengan negara kita yang berkhatulistiwa ini rumah kampung atau pun rumah papan amatla sesuai bagi kita, kerana rumah batu bata terlalulah panas dan sangat bahang! apakah tidak kita perasan kan itu? kenapa kita terlalu ke arah kapitalis? apakah negara islam ini lebih kepada ideologi kapitalis? bukan kah islam mengajar kita hidup bersederhana, tapi mana semua prinsip itu? ya saya tahu kita punya bermacam bangsa dan orang luar juga, tapi tempat kita tidak sesuai dengan konsep rumah batu dan kita sudah kehilangan keunikan konsep kampung itu. Jika kita dapat lihat pelancong lebih sukakan sesuatu yang lain dari negara mereka bukan? jadi kalau mereka bertandang ke tempat kita, mereka dapat lihat keadaan yang sama seperti negara mereka, apakaha perlu mereka datang ke negara kita? pikirkan lah.

Jenama!

Bagi saya, jenama itu tidak la penting sama sekali. Kalau jenama itu terkenal macam mana pun kalau kualiti nya tidak ada atau kurang tiada gunanya juga. Kebiasaan pengguna akan melihat brand sahaja, walhalnya kita harus kaji kualitinya. Adakah ia berbaloi membeli barang berjenama dengan harga sebegitu atau tidak.







Vans adalah jenama yang tak asing dan tak diragukan kualiti barangannya. Ia begitu ternama di mata skaters-skaters dunia. Walaupun tidak banyak digunakan remaja sekarang, jenama ini adalah sebuah jenama lagenda dalam industri ekstrem. Ia nya sangat berbaloi di beli dan harganya tidak semahal dengan jenama skateborading yang lain.



="" src="http://www.mordysurf.com.au/img/brand_logos_skate.gif">
antara jenama yang boleh dipercayai dan di minati adalah obey clothing, vans, globe dan airwalk. ia adalah jenama yang suda menjadi lagenda dan terpahat disetiap skater-skater di seluruh dunia. Ianya bukan la jenama yang menjadi trend semasa anak muda, akan tetapi ianya adalah jenama yang dikenali dengan kualitinya. Ianya sangat berbaloi untuk dibeli.

tiada perkara yang nak dimalukan dengan memakai apa jenama pun. Kalau anda punya jenama semahal mana akan tetapi kualitinya tidak memuaskan dan tidak berbaloi dengan harganya, anda adalah pengguna yang sangat kurang pintar dan tidak pandai meilai.Kerana pentingkan jenama anda sudah membazir duit dengan begitu sahaja.



tak lain dan tak bukan, di internet la tempat segalanya untuk mencari info hiburan dan sensasi.

Sunday, May 30, 2010

Kegemaran Diri







Banyak yang kita selalu dapat baca tentang apa yang sedang rakan-rakan kita lakukan dengan setiap yang di post kan oleh mereka. Selain itu juga, melalui post-post ini juga mereka mengetengahkan eksperesi mereka masing-masing, Tapi, saya tak pernah lari dari mngikuti isu-isu semasa melalui Facebook. Banyak rakan facebook yang sering mengepos isu-isu semasa seperti isu alam sekitar, politic dunia dan isu krisis dunia. Tapi antara yang terbaru yang saya ikuti adalah isu tentang 'hari melukis nabi muhammad' yang dilakukan oleh komuniti di facebook. Tapi saya kurang pasti akan kebenarannya senauh mana. Hingga sekarang kami masih berborak tentangnya.






Selain itu, Saya sering ke page 'casa blanca' di mana beliau sering ketengahkan isu tentang agama, di mana kita dapat lihat bahawa agama islam sudah terancam dengan ekstremis agama selain islam. mereka sentiasa mengangap bahawa agama islam adalah agama yang mengajarkan keganasan, walhal nya ianya adalah disebaliknya. 
Dan yang ketiga apa yang saya sering ikuti adalah di page 'greenpeace' di mana mereka menjalankan suatu kempen iaitu ' give orang utan break. Kempen ini menerangkan tentang penindasan terhadap orang utan di hutan indonesia yang telah dilakukan oleh syarikat Nestle.






Yang pertama sekali, semestinya Youth'1o festival la! :D jumpa dengan kawan baru, photographing, Menaik taraf keupayaan berphotography. Selain daripada itu juga, saya akan melakukan semua dokumentasi tentang isu yang berada di Malaysia seperti masalah sosial, masalah alam sekitar dan sebagainya untuk projek akhr sem baru. Selain itu juga, ingin bekerja keras mengambil upah mengambil gambar pengantin untuk kumpul duit untuk memiliki dvx sendiri. Selain itu juga, saya akan melakukan kan kempem tentang menyelamat kan alam sekitar di kampus UniKL.





Saya sangat meminati baju berjenama 'obey'. Corak-corak bajunya sangat lah menarik, berseni, dan tak lupa juga baju ini adalah keluaran untuk menyebarkan risalah, mesej atau pun propaganda. Sebab saya sangat minat dengan brand ini adalah kerana, seni dan mesej yang terdapat pada baju ini. Selain membeli untuk keselesaan diri dan juga minat kepada corak, kita akan dapat juga menyampaikan mesej yang terdapat di baju kepada masyarakat yang melihat baju ini. Sayangnya, kebanyakan jenama sekarang ini lebih kepada seni yang 'kosong', kenapa tidak kita menyokong seni yang mampu memberi kita harapan dan masa depan yang lebih baik.




Saya sangat suka mengumpul kasut dengan bermacam-macam jenama dan juga warna. Vans adalah pilihan jenama untuk koleksi kasut saya. Kasu t adalah sumber inspirasi kepada warna gaya saya. Saya akan mengenakan setiap warna pada warna baju yang saya pakai. Contohnya, jika saya memakai baju dan cap berwarna biru, saya akan memakai juga kasut berwarna biru. Ia akan menjadikan contra gaya kita sekata dan tidak terlalu menonjol. Sebab saya memilih jenama ini pula adalah kerana, Vans merupakan jenama lagenda Skateboarding. Saya sangat meminati sukan skateboarding daan kasut jenis sebegini adalah tahan lasak dan sangat selesa untuk berjalan jauh eperti saya yang lebih suka berjalan dari memiliki kenderaan sendiri untuk ke mana-mana. Keselasaaan adalah  permintaan utama untuk memiliki kasut yang terbaik selain daripada rupa bentuknya,

Saturday, May 29, 2010

Berhibur!


Rancangan kegemaran adalah, discovery channel, national geographic, history channel, animal planet, disney channel dan nickelodeon. Selalunya rancangan sebegini dapat ditonton di Astro atau pun juga bisa di muat turun dari beberapa website di internet. Kadangkala ada juga yang di ambil dari rakan untuk beberapa episode.








Bagi saya, muzik adalah satu seni di mana kita bisa meluahkan ekspresi kita melalui melodi atau pun liriks. Dari sini kita dapat merasakan kebebasan terhadap ekspresi diri kita. Berbeza pula dengan berfashion. Di mana saya tidak begitu mengikuti trend semasa kerana bagi saya apa yang nampak cantik di mata sendiri itu lah yang akan saya pakai. tak kisahlah ape yang orang akan cakap pasal fashion lama atau pun tidak. Kita punya hak memakai apa pun.


Antara pemuzik artisan yang di minati adalah, Bob Marley. Beliau merupakan lagend keada industri muzik Reggae. Beliau juga adalah seorang penegak hak asasi manusia. Perkara ini yang menarik perhati saya. Sealin itu juga, setiap lagunya mempunyai mesej-mesej yang ingin disampaikan, tidak seperti yang lain sepertinya nyanyi tiada jalan hidup. Beliau sentiasa membawakan mesej keamanan kepada yang lain. Biasanya, saya akan dapatkannya melalui Online ataupun donwload.




Membaca sudah menjadi lali dalam kehidupan saya. Sepertinya setiap ada nya peluang masa lapang akan saya membaca buku-buku yang diminati. Antara buku yang telah habis di baca adalah, yakjuj dan makjuj, the autobiography of  Malcolm X, 31 mei dan i too, am, malay.




Selalunya hiburan masa kini dapat diketahui melalui beberapa website di internet seperti, youtube, facebook, myspace dan sebagainya. :D

Thursday, May 27, 2010

Hari hari bersosial

Facebook adalah pilihan utama kami. Di sini la kami banyak meluangkan masa bersama dan bergurau senda. Hampir setiap kali on internet, mmg facebook web pertama yang akan di semak dahulu. Kalau nak diikutkan, di facebook la paling banyak teman yang sentiasa online online dan berhubung.
Seperti yang pernah saya kata dahulu, positif dan negatif itu terletak kepada individu pengguna. Jika mereka salah gunakan nya ia pastinya negatif, tapi kalau digunakan dengan sebaik munkin ianya lebih positif dsn baik. Setiap perkara itu tiada negatif dan positifnya, bergantung pada penggunaan itu sendiri.







Kenapa setiap soalan itu pointnya lebih kurang sama eh? haha
Sama juga speerti yang saya kata sebentar tadi, Tiada apa yang mampu mengubah anda melainkan diri anda yang sebenarnya telah mengubah anda. Walau apa pon jenis pengaruh yang anda kenali, akan tetapi kalau anda kata 'tidak' padanya, ianya tak akan mengubah hidup anda ke arah apa pun jua. Anda akan tetap menjadi diri anda sendiri.






Terlalu banyak! facebook, twitter, mypace, blogspot, flickr, tumblr dan juga friendster. Kalau di facebook,myspace dan friendster itu saya menggunakanya untuk berkenalan atau berbual dengan kawan-kawan baru dan lama. kalau di flickr itu saya suka berkongsi gambar yang telah ditangkap. Kalau di blogspot dan tumblr pula, saya suka berkongsi pendapat, cerita-cerita baru, dan isu semasa. Di semua rangkaian ini sangat mudah dan bagus untuk berkongsi segalanya.





Soalan paling susah sekali. Matematik spm pn tak susah camni. haha Nak di ekotkan ade la dlm beribu friends kat myspace and facebook sume. Banyak yang kawan-kawan yang dikenali la, tapi ada juga yang tak dikenali yang random add. haha kalau nak dikira hampir semua la yang rapat, mane tak, bile post sesuatu bende je mesti ramai-ramai dok bebual pentol kat post tu. haha Kalau jumpa face to face tu just kawan-kawan yang dikenali je kot, yang tak dikenali belom lagi kot.




Dua-dua nya pon suka. Yang penting mereka semua jujur dan menjadi diri sendiri sudah cukup penting. tak kisahlah yang mane pon, tapi paling kurang mereka tidak berlakon depan kita sudah cukup baik.

Tuesday, May 25, 2010

24/7 ke talian udara!


kebiasaannya hampir 12 jam sehari saya online. Selalunya saya akan mula kan dengan yahoo! mail, lepas tu chillin kat social network seperti myspace, facebook, tumblr and twitter. Selepas itu ambil tempahan merchandise bagi business saya. Dan baru lah saya akan mula buat kajian tentang sesuatu yang saya ingin tahu dan tertanya- tanya.

Saya memang tidak punya nama samaran atau nickname dan saya juga rasa tidak perlu. nama yang ada sudah cukup senang di taip atau disebut atau juga dipanggil. Dan saya begitu bangga dengan nama saya walaupun kedengaran sperti biasa-biasa sahaja. 'syafiq'





ya, pernah! ini sesuatu yang menarik untuk diceritakan. Pada mulanya saya hanya menambah kenalan di myspace secara rawak. selepas itu saya terjumpe seorang gadis yang sangat tertarik, dia merupakan orang kaukasia dan berasal dari michigan,USA. Pada masa itu saya masih di bangku sekolah menengah tingkatan 4. Sehinggakan saya sanggup membuat akaun baru di AOL semata-mata untuk mendapat kan IM nya. Saya banyak habiskan masa waktu pagi ber IM dengannya kerana dia hanya on IM nya pada waktu malam (waktu USA). Selepas itu kami berkongsi budaya dan saya telah membantunya menang dalam pertandingan journal di kelasnya. Dia meminta saya membantu melakukan journal tentang budaya melayu dan saya telah lakukannya. Dia sangat gembira dan sangat berterima kasih dengan saya. Selepas itu, dia sudah menganggap saya seperti kawan yang terbaik yang de pernah kenal. Sehingga kan dia menjemput saya untuk datang ke michigan,USA kerumahnya. Saya teringin juga, tapi kos ke sana sangat la mahal. Dan sekarang pula dia ingin bertandang ke rumah saya. Ia memang suatu saat yang saya rasa sangat bahagia mempunyai rakan jauh di rantauan, tambahan dia adalah seorang yang baik dan comel orangnya. Sehinggakan sekarang ini semua temannya sudah mengenali saya dan kami semua berkawan baik sehingga sekarang. :D





Bagi pendapat saya, kawalan yang mereka lakukan adalah hak mereka. Kita sebagai anak mereka harus diawasi sebelum terjebak ke arah yang negatif. Kalau kita lakukan sesuatu yang betol apa yang perlu kita takutkan dengan kawalan mereka. Mereka mengawal kita adalah untuk keselamatan masa hadapan kita. Musnah la hidup kita kalau ibu bapa sudah tidak mahu mengawal kita untuk masa depan yang lebih baik dan selamat. Saya tidak begitu heran kalau ibu bapa saya sentiasa memerhatikan saya ketika online atau pun sentiasa mengawal, kerana itu adalah hak mereka untuk menjauhkan kita daripada terjebak kearah negatif. Dan juga ibu bapa saya tidak pernah marah atau pun membebel kalau saya online 24/7. Tapi mereka selalu mengingatkan saya bahawa gunakan lah internet itu sebaik yang mungkin. 



Semuanya bergantung pada setiap orang itu. Kalau mereka menggunakannya untuk mengacau kawan-kawan atau membalas dendam dengan kata-kata yang tak menyenangkan, pastinya ia dapat menjurangkan persahabatan. Akan tetap kalau mereka berseronok berkongsi kegembiraan di internet ia sangat merapatkan lagi persahabatan dan persaudaraan antara mereka.

Monday, May 24, 2010

Duit, duit dan duit

Duit tidak boleh membeli kebahagiaan memang benar, tapi kita masih mempunyai bil-bil untuk dibayar bukan? bagi saya, duit ini adalah pengganti kepada hasil kerja kita. Sesuatu yang dilakukan itu adalah hasil, anggaplah duit ini hasil kerja keras kita, ia bukanlah tuhan yang patut disembah. Duit tidak lah begitu penting pada diri saya, tapi nilai hasil itu yang paling penting. :D

Saya masih menganut di institut pengajian tinggi dan saya dapat duit belanje dari ibu bapa saya. Akan tetapi saya tidak terlalu berharap sangat, berapa yang merek beri itu saya terima seadanya. Untuk mendapatkan hasil yang lebih saya mempunyai business sendiri dengan menjual merchandise band luar negara. Untuk mendapatkan duit semestinya kita perlu melakukan suatu pekerjaan, tiada usaha tiadalah hasil. :D

Buat masa ini tiada barang mahal yang pernah saya beli. paling-paling pon barang bundle adalah yang terbaik. tapi bagi saya, perlu nye langsai kan segala yang penting-penting dahulu, bila ada rezeki lebih dan rasa mampu barulah boleh beli barang-barang mahal. :D


Sudah semestinya penting, bukan generasi masa kini sahaja,malahan untuk masa depan juga amat penting untuk mendapatkan hasil yang baik untuk umat manusia.





Pada pendapat saya, keadaan ekonomi sama ada naik atau turun tidak pernah mengganggu atau memberi kesan kepada keluarga saya. Kerana saya tau, semua ini telah diatur oleg golongan atasan. Tiada apa yang nak dibimbangkan dan dirisaukan. Jika kita pandai berjimat dan biasakan kehidupan yang sederhana tiada apa yang perlu dirisaukan tentang kesan kepada kita akan datang. Sebab kita harus sediakan payung sebelum hujan.




antara pekerjaan yang saya rasa paling 'cool' adalah tourist, pelukis dan juga agrilogist. Saya sukakan nya kerana ketig-tiga pekejaan ini sangat menarik dan memperolehi sesuatu yang baru dari masa ke semasa. Dan dalam dunia tiada apa yang membosankan, semuanya menarik. seperti apa yang saya kata, the world is just awesome. So tiada pekerjaan yang saya tak suke. :D

Cita - Cita dan pencapaian


Menjadi diri sendiri adalah impian yang sebenarnya ingin saya miliki. Benci untuk mengikut telujuk dan tauladan orang lain, sedang kita tahu bahawa diri kita sendiri sudah cukup bagus. Jadi, pencapaian yang telah saya kecapi dan amat membanggakan dalam kehidupan saya adalah saya berjaya menjadi diri sendiri walaupun sering di hina bahawa saya ini lemah dan burok. Dulu kala, saya peduli dengan kata mereka dan sanggop berlakon di depan mereka, akan tetapi tidak lagi. Saya berjaya menjadi diri saya sendiri dan tidak mendapat mana-mana pengaruh yang tidak perlu bagi diri saya. :D

Kejayaan seseorang itu adalah kerana usaha yang lebih dan adil. Tapi pandangan saya, orang yang berjaya adalah sesorang yang tidak pernah merungut dalam hidupnya. Tidak kira perkara baik atau pun buruk yang dihadapi nya dia akan sentiasa bersedia dan melakukan yang terbaik. Tidak kira lah semiskin mana atau sekaya mana atau juga setinggi mana ilmunya. Mereka yang tidak pernah merasakan setiap perkara itu menyusahkan hidup mereka adalah orang yang paling berjaya sekali.


Terlalu banyak untuk dinyatakan jika bercakap pasal role model. Tapi yang paling utama adalah Nabi Muhammad swt. Apa yang membuatkannya menjadi role model utama adalah kerana kehidupan nya yang sentiasa mencari keamanan dan sikap yang begitu positif. Bersikap positif suda memadai untuk semua umat manusia hidup dalam keamanan.


Setiap orang mempunyai cita-cita tersendiri. Cita-cita inilah yang membawa kepada kejayaan kita dan ia juga memberi semangat untuk mencapainya. Cita - cita saya tidak la sehebat mana, tapi inilah impian saya iaitu menjadi manusia yang sempurna. Memang susah kalau nak dicapai dengan dunia sekarang yang suda bergelumang dengan kejahatan. Akan mencuci hati yang kotor dan juga akal yang rapuh mampu menjadikan kita manusia yang sempurna dan hidup dengan aman. walaubagaimanapun kita harus yakin bahawa kita mampu menjadi sebaik yang mungkin bagi diri kita. :D

Thursday, May 20, 2010

Remaja dan Muda

Mengikut definis di wikipedia, Muda adalah masa antara kanak-kanak dan dewasa yang digambarkan sebagai tempoh perkembangan fizikal dan psikologi dari masa pubertas hingga jatuh tempo dan dewasa awal. Definisi dari rentang usia tertentu yang merupakan pemuda bervariasi. Jatuh tempo sebenar seorang individu mungkin tidak sesuai dengan usia kronologi sebagai individu dewasa yang ada disegala usia.

Bagi pendapat saya, mengharungi masa kanak-kanak, muda, dewasa dan tua adalah sama sahaja. Segalanya terletak pada diri kita sendiri. Cuma berkemungkinan masa tua kita tidak berapa larat berhibur seperti anak muda, perkara sebegini juga bergantung pada kesihatan. Ada juga yang anak muda berpenyakit mengalahkan orang tua. Seperti yang saya kata, bergantung pada diri kita sendiri. Bagi pemikiran saya, tiada perbezaan keistimewaan di setiap peringkat umur. kita hanya perlu jadi diri sendiri dan jangan biarkan masa mengubah kita, biar kita sendiri yang mengubah cara kita.







Masa depan remaja tidak dapat dijangkakan. Akan tetapi apa yang dapat lihat dengan dunia sekarang yang semakin pesat membangun dan maju membuatkan saya sangat risau. Apabila pentadbir mula hanya menghiraukan tentang kemajuan dunia. Akhlak dan sifat kemanusiaan mula di endahkan. Banyak isu-isu yang terpapar di kaca televisyen dan surat khabar tentang bermacam-macam masalah yang dilakukan oleh remaja zaman sekarang. Apabila ini berlaku masa sekarang, bagaimana kanak-kanak yang akan menjadi generasi muda masa depan? kanak-kanak lebih peka dan mudah dipengaruhi. Jadi, apa yang menyebabkan mereka dipengaruhi? apabila hanya hiburan yang dipaparkan kepada anak muda sekarang, apakah mereka akan terus berhibur dan tiada tanggungjawab terhadap kaum manusia yang lain yang memerlukan bantuan mereka? apakah yang anda berfikir apabila melihat dunia sekarang? anda pasti akan menggambarkan keadaan yang sama dengan apa yang sudah saya gambarkan.
Jadi, kita masih tidak terlambat untuk melatih mereka menjadi lebih bertangungjawab dan membawa pengaruh yang positif kepada generasi akan datang. Jalan penyelesaiannya mudah sekali, satukan mereka dan dedahkan tentang tanggungjawab sebenar kita di muka bumi ini dengan kata kunci kasih sayang yang sebenar.






Melihat mereka yang terdapat di kaca televisyen atau pun di surat khabar cukup jelas. kalau kita berfikiran logik, tidak mungkin ibu bapa mereka sanggup membiarkan anak-anak mereka terjebak dengan jenayah dan bermacam gejala sosial yang negatif. kasih sayang ibu bapa terhadap anak mereka amatlah jelas mendalam. Jika mereka sayangkan anak-anak mereka, tidak mungkin mereka dibiarkan sebegini. Apa yang dapat dilihat, memberontak mempunyai dua cara iaitu dalam diam atau nampak fizikalnya. Ingkar kepada arahan ibubapa juga boleh dipanggil sebagai memberontak dalam diam kerana tidak mendengar arahan. Apabila mereka melarikan diri dari rumah dan melawan kata itu pula dipanggil memberontak secara nampak fizikalnya.
Walaubagai manapun, berbagai sebab yang boleh dikatakan mereka ini memberontak. Salah satunya adalah kerana pengaruh kawan. Waktu muda sebegini, bagi kaum muda yang berpikiran tipikal, mereka lebig mementingkan rakan-rakan mereka daripada keluarga. Perkara ini dapat dilihat sewaktu saya menduduki sekolah menengah, di mana saya tidak mengendahkan aktiviti keluarga. saya hanya memikirkan tentang ape yang akan aktiviti yang akan saya lakukakan bersama-sama rakan di hari-hari biasa ataupun hujung minggu. Dalam perkara sebegini tidak harus disalahkan kepada rakan kita, harus dipersalahkan diri sendiri kerana tidak mampu berfikir secara baik dan waras.
Seperti yang saya katakan di atas, masa dan waktu tidak mengubah apa-apa pada pendirian manusia, semuanya terletak pada mereka sendiri. Saya belia waktu dulu dan sekarang tiada beza. Pendedahan hiburan yang terlalu meluaskan menyebabkan merek terlalu terpengaruh dengan keseronokan dan sanggup lakukan apa sahaja demi keseronokan mereka.
Buat masa ini, hanya pemberontakan secara senyap sahaja yang pernah dilakukan terhadap ibu bapa saya iaitu tidak mendengar kata mereka. Ketika itu saya hanya mementingkan rakan dan keseronokan. Tapi saya mula sedar akan kepentingan isu dunia yang semakin menjadi-jadi dengan peperangan dan penyelewengan pentadbir. Ingin saya menjadi salah seorang yang menegakkan keadilan manusia dan hak-hak civil.


Saya amat bersyukur bahawa hidup saya lebih menyenangkan jika dibandingkan dengan generasi kedua ibu bapa saya. Di mana di zaman mereka, mereka harus menempuh bermacam-macam peperangan oleh anasir penjajah. Hidup mereka tidak seaman sekarang, di mana mereka sudah merdeka dari hidup peperangan walaupun yang sebenarnya set pemikiran kita belum lagi merdeka. Jika nak di ikotkan dengan cerita kedua ibu bapa saya dimana mereka berdua bukanlah dari keluarga yang senang. Mereka tidak dapat menamatkan pelajaran dan terpaksa bekerja seusia 10 tahun untuk menanggung diri sendiri dan keluarga. Akan tetapi pada masa kini, saya hanya perlu belajar bersungguh-sungguh dan menceriakan hidop mereka dan itu adalah perkara yang sangat mudah jika dibandingkan tanggungjawab mereka ketika kanak-kanak suatu masa dulu.






Apa yang paling menakutkan adalah masa depan bumi dan manusia yang mula semakin lama semakin hilang ciri-ciri mereka tersendiri. Dengan bermacam-macam jenis sumber yang telah saya kaji bahawa dunia ini sudah lama di kawal oleh satu kumpulan rahsia di mana mereka menggunaka sistem mereka untuk mengawal keseluruhan daripada minda dan jiwa manusia. Selain itu, mereka juga nekad untuk menghuru-harakan dan memecah belahkan manusia. Masa depan yang sepatutnya tidak menjadi seperti apa yang di jangkakan itulah perkara yang menakutkan sekali.

Penyatuan antara sesama umat manusia tidak megira kaum india, melayu, kaukasia, cina, kadazan, berkulit hitam atau pun ugama islam, kristian, buddha, hindu apa pun jenis manusia. Kegembiraan yang paling hebat yang diidam-idam kan oleh umat manusia juga adalah keamanan dunia dan kesejahteraan semua mahkluk di muka bumi ini setelah berbagai-bagai masalah yang telah jelas kita nampak dan harungi oleh semua manusia di semua pelusuk dunia.






Mengahadpi kebenaran adalah sesuatu yang sukar bagi manusia untuk menerima kelemahan diri dan juga kelebihan diri yang sebenar. manusia biasa tidak mampu untuk melawan kuasa tuhan yang begitu tinggi darjatnya, bagaikan tanah adalah kita dan laut itulah kebesaran tuhan, malahan lebih besar lagi. Betapa sedihnya apabila ilmu yang dikurniakan itu telah disalah gunakan dan lebih sombong lagi kita menggunakan pemberian tuhan untuk melawan kuasa kebesaran tuhan.
Dengan apa yang dilalui bukan hanya saya sahaja, tapi akan seluruh umat manusia tentang kejadian yang menimpa 11 september tentang kebenarannya. Apabila diketahui bahawa yang sebenarnya ia merupakan kerja dalam pihak kerajaan US sendiri untuk mengabur mata rakyat dunia untuk kepentingan mereka. Ketika itu, saya merasakan bahawa dunia sudah hampir kiamat kerana begitu banyak tanda-tanda nya. Pada masa ini adalah masa di mana saya sangat pening tentang perkara sebenar yang sudah terjadi pada dunia kita. Dengan berbagai wabak penyakit yang melanda. Dengan ketidak adilan sikap pemerintah yang sebenar terhadap rakyat kita dan ia membuatkan saya sangat takut dengan dunia luar. Selepas di ceramah oleh papa saya yang seorang kuat ugama. Beliau memberitahu saya bahawa, semua perkara, buruk dan baik adalah datangnya dari tuhan. Inilah cara Tuhan memberi kita dugaan. Tuhan mahu kita berfikir tentang ape yang sebenarnya jadi di sekeliling kita dan kita harus meneruskan kehidupan dengan positif. Dengan ini, saya mula sedar bahawa penting nya ilmu dan kepintaran untuk menjalani hidup yang sukar ini. Kita harus sentiasa berfikiran positif untuk meneruskan hidop walau apa pun dugaan yang datang kita harus berusaha untuk terus hidup.

Keluarga adalah asal kita dan tempat di mana selalu kita berteduh. Keluarga merupakan ikatan darah daging yang tulen dan yang paling rapat. Walauapa jua yang terjadi, keluarga adalah tempat pertama untuk kita mengadu nasib dan juga mereka la golongan yang 100% kita boleh percayai. Walau apa jua drama di kaca TV yang menunjukkan bahawa ada kala keluarga boleh menjadi musuh, akan tetapi itu tidak lah seharus nya menjadi kebenaran. Keluarga lah segalanya bagi kita di dunia ini. Dari kita sebesar tapak tangan sehingga ke akhir hayat kita akan bersama mereka.

Rakan-rakan adalah tempat dimana kita berhibur bersama, berseronok, bersama mencari pengalaman hidup, tempat mencari ilmu. Akan tetapi, hanya sesetengah yang sanggup berduka bersama. Susah untuk percayakan rakan ketika kita dalam kesusahan. Adakala mereka ini yang memberi kesushan pada kita. Akan tetapi sahabat sejati itu tidak akan pernah lepas dari hidup kita. Susah senang akan sentiasa bersama. Rakan mempunyai baik dan buruknya. Terpulang kepada cara kita sendiri memilih kawan.

Jadi, disini saya ingin nyatakan bahawa Keluarga itu jauh lebih pentingnya dari keluarga. Kalau mahu diceritakan dari segi pengalaman, keluarga kita lebih mahir dan mudah dipercayai kerana mereka sentiasa bersama kita dan kita tahu bagaimana mereka. senang cerita, kita lebih mengenali sikap keluarga dari rakan. Jadi apa pun jua, kita harus menegakkan kemenangan kepada keluarga kerana mereka lah segalanya bagi kita.




Akhir sekali, saya adalah Muhammad Syafiq Bin Sumardi. Saya berketurunan jawa / melayu. Papa saya merupakan orang asli jawa iaitu berasal dari Surabaya,Indonesia dan mama saya adalah orang Malaysia. Saya dilahirkan pada 1991 di Hospital Besar Johor. Jadi saya ini anak jati Johor, tapi saya lebih bangga menjadi anak berbangsa jawa. Kata papa saya bahwa orang jawa itu orang paling hebat dalam dunia. haha Katanya la. Saya masih menereuskan pengajian di Universiti Kuala Lumpur mengambil jurusan Diploma in Multimedia. Saya seorang yang lebih selesa dengan cara berpakaian sendiri. Tidak suka mengikut trend semasa. Apa yang saya rasa selesa untuk di pakai saya sapu je. Saya suka mengumpul bermacam jenis kasut dan topi. kasut kegemaran adalah berjenama Vans. Ianya sangat selesa untuk dipakai dan kualiti yang terbaik untuk bermain skateboarding kerana saya melibatkan diri dalam sukan skateboarding. Saya telah mula melakukan aktiviti kitar semula, di mana bahan-bahan yang boleh di gunakan lagi akan saya guna kretiviti saya untuk menghasilkan sesuatu yang baru contohnya botol-botol yang tak terpakai akan jadikan hiasan pada lampu atau pun suratkhabra lama bisa dijadikan bakul. Selain itu juga, saya suka libatkan diri dalam politik dan cuba untuk menyebarkan segala bentuk propaganda supaya manusia sedar akan apa yang jadi disekeliling mereka. Saya banyak menghabiskan masa saya mencari pelbagai maklumat di internet. Saya suka membaca buku tentang politik, sejarah, dan kisah-kisah mendiang activist yang dulu-dulu menuntut keadilan untuk rakyatnya untuk mencar sumber inspirasi bagi kehidupan saya.Saya juga lebih suka berbasikal kemana jua kerana peningkatan suhu yang memerlukan kita untuk mengurangkan pembebasan asap yang berasid. Akhir kata, jangan risaukan segala masalah kecil, semuanya akan menjadi OK!