Monday, May 31, 2010

Bersatu!

1Malaysia adalah satu kempen atau pun satu misi yang sangat baik bagi saya.Ianya juga salah satu misi dalam hidup saya untuk menyatukan kembali umat manusia, setelah bermacam peperangan yang telah berlaku antara manusia sendiri. Tidak kisah apa jua kerja belakang tadbir 1Malaysia yang selalu diura-urakan atau pun ini hanyalah propaganda kerajaan untuk mengaburkan mata rakyat, apabila sesuatu kempen itu baik untuk kaum manusia sendiri saya sendiri akan menyokong dan terus memperjuangkannya. Untuk 5 tahun lagi, saya tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi dengan pegangan kerajaan yang makin kuat sikap perkauman mereka. apa yang saya nampak mereka masih seperti dulu, hanya sebenarnya memperjuangkan hak sendiri sahaja. Kerana takutkan hilang kuasa kerana tiada usaha ataupun kegigihan yang lebih, mereka takutkan kuasa jatuh pada tangan bukan melayu. Kita harus sedar bahawa usaha tangga kejayaan. Malahan kita sesama melayu juga sendiri berbunuhan dan bergadoh, bagaimana melayu sendiri nak maju? saya masih tidak dapat jangkakan apa akan berlaku 5 tahun akan datang.

Sejak dari saya lahir lagi sehinggalag sekarang, Saya rasa saya tidak punya masalah dengan kaum lain. Saya berkawan sudah berkawan dengan hampir seluruh etnik di malaysia ini termasuklah orang kadazan dan asli sabah. Saya mempunyai ramai kawan berbangsa cina,india dan ada juga berbangsa pan-asian, saya tidak mempunyai masalah berkawan dengan  mereka. Sehinggakan sekarang ini kami semua adalah rakan karib. Salah satunya sebab sehingga kami semua rapat adalah kerana kami saling memahami dan saling hormat menghormati. Sikap ego kami buang jauh supaya sikap setia kawan kami setiasa ada. Bagi saya, saya lebih mengutamakan bumi saya dan juga isinya. Kerana bumi la menyatukan kita semua. apakah negara kita mampu menyatukan manusia? walaupun kerajaan kita tidak mampu untuk bersatu dengan pembangkang
apalagi umat manusia seluruh dunia. Bagi saya, apabila sesuatu yang berkaitan dengan bumi seperti kempen kesedaran peningkatan suhu bumi, seluruh dunia menyambutnya.Saya rasa, saya tidak perasan akan wujudnya ketegangan antara kaum kerana saya tidak wujud di kalangan mereka yang selalu suka bergadoh sesama sendiri dan musuh memusuhi dengan kaum lain.

Bagi pendapat saya, walau bagaimana tinggi pon menara yang ada di malaysia, kita tetap jauh di mata dunia. Kerana  semua perkara yang ada di luar sana pasti kite mengingin kan disini. Tiada yang unik lagi pada saya di malaysia sekarang ini. Kerana Kita terlalu membangun sehinggakan adat dan tradisi kita sudah hilang di mata kita sendiri. Bagaimana kita mahu menjadi tumpuan di mata dunia? Kembali la kepada asal kita yang berkonsepkan kampung. Tidak salah bukan memajukan kampung menjadi sebuah tempat yang begitu maju dan moden? dengan negara kita yang berkhatulistiwa ini rumah kampung atau pun rumah papan amatla sesuai bagi kita, kerana rumah batu bata terlalulah panas dan sangat bahang! apakah tidak kita perasan kan itu? kenapa kita terlalu ke arah kapitalis? apakah negara islam ini lebih kepada ideologi kapitalis? bukan kah islam mengajar kita hidup bersederhana, tapi mana semua prinsip itu? ya saya tahu kita punya bermacam bangsa dan orang luar juga, tapi tempat kita tidak sesuai dengan konsep rumah batu dan kita sudah kehilangan keunikan konsep kampung itu. Jika kita dapat lihat pelancong lebih sukakan sesuatu yang lain dari negara mereka bukan? jadi kalau mereka bertandang ke tempat kita, mereka dapat lihat keadaan yang sama seperti negara mereka, apakaha perlu mereka datang ke negara kita? pikirkan lah.

No comments:

Post a Comment