Monday, May 24, 2010

Cita - Cita dan pencapaian


Menjadi diri sendiri adalah impian yang sebenarnya ingin saya miliki. Benci untuk mengikut telujuk dan tauladan orang lain, sedang kita tahu bahawa diri kita sendiri sudah cukup bagus. Jadi, pencapaian yang telah saya kecapi dan amat membanggakan dalam kehidupan saya adalah saya berjaya menjadi diri sendiri walaupun sering di hina bahawa saya ini lemah dan burok. Dulu kala, saya peduli dengan kata mereka dan sanggop berlakon di depan mereka, akan tetapi tidak lagi. Saya berjaya menjadi diri saya sendiri dan tidak mendapat mana-mana pengaruh yang tidak perlu bagi diri saya. :D

Kejayaan seseorang itu adalah kerana usaha yang lebih dan adil. Tapi pandangan saya, orang yang berjaya adalah sesorang yang tidak pernah merungut dalam hidupnya. Tidak kira perkara baik atau pun buruk yang dihadapi nya dia akan sentiasa bersedia dan melakukan yang terbaik. Tidak kira lah semiskin mana atau sekaya mana atau juga setinggi mana ilmunya. Mereka yang tidak pernah merasakan setiap perkara itu menyusahkan hidup mereka adalah orang yang paling berjaya sekali.


Terlalu banyak untuk dinyatakan jika bercakap pasal role model. Tapi yang paling utama adalah Nabi Muhammad swt. Apa yang membuatkannya menjadi role model utama adalah kerana kehidupan nya yang sentiasa mencari keamanan dan sikap yang begitu positif. Bersikap positif suda memadai untuk semua umat manusia hidup dalam keamanan.


Setiap orang mempunyai cita-cita tersendiri. Cita-cita inilah yang membawa kepada kejayaan kita dan ia juga memberi semangat untuk mencapainya. Cita - cita saya tidak la sehebat mana, tapi inilah impian saya iaitu menjadi manusia yang sempurna. Memang susah kalau nak dicapai dengan dunia sekarang yang suda bergelumang dengan kejahatan. Akan mencuci hati yang kotor dan juga akal yang rapuh mampu menjadikan kita manusia yang sempurna dan hidup dengan aman. walaubagaimanapun kita harus yakin bahawa kita mampu menjadi sebaik yang mungkin bagi diri kita. :D

No comments:

Post a Comment