Thursday, May 20, 2010

Remaja dan Muda

Mengikut definis di wikipedia, Muda adalah masa antara kanak-kanak dan dewasa yang digambarkan sebagai tempoh perkembangan fizikal dan psikologi dari masa pubertas hingga jatuh tempo dan dewasa awal. Definisi dari rentang usia tertentu yang merupakan pemuda bervariasi. Jatuh tempo sebenar seorang individu mungkin tidak sesuai dengan usia kronologi sebagai individu dewasa yang ada disegala usia.

Bagi pendapat saya, mengharungi masa kanak-kanak, muda, dewasa dan tua adalah sama sahaja. Segalanya terletak pada diri kita sendiri. Cuma berkemungkinan masa tua kita tidak berapa larat berhibur seperti anak muda, perkara sebegini juga bergantung pada kesihatan. Ada juga yang anak muda berpenyakit mengalahkan orang tua. Seperti yang saya kata, bergantung pada diri kita sendiri. Bagi pemikiran saya, tiada perbezaan keistimewaan di setiap peringkat umur. kita hanya perlu jadi diri sendiri dan jangan biarkan masa mengubah kita, biar kita sendiri yang mengubah cara kita.







Masa depan remaja tidak dapat dijangkakan. Akan tetapi apa yang dapat lihat dengan dunia sekarang yang semakin pesat membangun dan maju membuatkan saya sangat risau. Apabila pentadbir mula hanya menghiraukan tentang kemajuan dunia. Akhlak dan sifat kemanusiaan mula di endahkan. Banyak isu-isu yang terpapar di kaca televisyen dan surat khabar tentang bermacam-macam masalah yang dilakukan oleh remaja zaman sekarang. Apabila ini berlaku masa sekarang, bagaimana kanak-kanak yang akan menjadi generasi muda masa depan? kanak-kanak lebih peka dan mudah dipengaruhi. Jadi, apa yang menyebabkan mereka dipengaruhi? apabila hanya hiburan yang dipaparkan kepada anak muda sekarang, apakah mereka akan terus berhibur dan tiada tanggungjawab terhadap kaum manusia yang lain yang memerlukan bantuan mereka? apakah yang anda berfikir apabila melihat dunia sekarang? anda pasti akan menggambarkan keadaan yang sama dengan apa yang sudah saya gambarkan.
Jadi, kita masih tidak terlambat untuk melatih mereka menjadi lebih bertangungjawab dan membawa pengaruh yang positif kepada generasi akan datang. Jalan penyelesaiannya mudah sekali, satukan mereka dan dedahkan tentang tanggungjawab sebenar kita di muka bumi ini dengan kata kunci kasih sayang yang sebenar.






Melihat mereka yang terdapat di kaca televisyen atau pun di surat khabar cukup jelas. kalau kita berfikiran logik, tidak mungkin ibu bapa mereka sanggup membiarkan anak-anak mereka terjebak dengan jenayah dan bermacam gejala sosial yang negatif. kasih sayang ibu bapa terhadap anak mereka amatlah jelas mendalam. Jika mereka sayangkan anak-anak mereka, tidak mungkin mereka dibiarkan sebegini. Apa yang dapat dilihat, memberontak mempunyai dua cara iaitu dalam diam atau nampak fizikalnya. Ingkar kepada arahan ibubapa juga boleh dipanggil sebagai memberontak dalam diam kerana tidak mendengar arahan. Apabila mereka melarikan diri dari rumah dan melawan kata itu pula dipanggil memberontak secara nampak fizikalnya.
Walaubagai manapun, berbagai sebab yang boleh dikatakan mereka ini memberontak. Salah satunya adalah kerana pengaruh kawan. Waktu muda sebegini, bagi kaum muda yang berpikiran tipikal, mereka lebig mementingkan rakan-rakan mereka daripada keluarga. Perkara ini dapat dilihat sewaktu saya menduduki sekolah menengah, di mana saya tidak mengendahkan aktiviti keluarga. saya hanya memikirkan tentang ape yang akan aktiviti yang akan saya lakukakan bersama-sama rakan di hari-hari biasa ataupun hujung minggu. Dalam perkara sebegini tidak harus disalahkan kepada rakan kita, harus dipersalahkan diri sendiri kerana tidak mampu berfikir secara baik dan waras.
Seperti yang saya katakan di atas, masa dan waktu tidak mengubah apa-apa pada pendirian manusia, semuanya terletak pada mereka sendiri. Saya belia waktu dulu dan sekarang tiada beza. Pendedahan hiburan yang terlalu meluaskan menyebabkan merek terlalu terpengaruh dengan keseronokan dan sanggup lakukan apa sahaja demi keseronokan mereka.
Buat masa ini, hanya pemberontakan secara senyap sahaja yang pernah dilakukan terhadap ibu bapa saya iaitu tidak mendengar kata mereka. Ketika itu saya hanya mementingkan rakan dan keseronokan. Tapi saya mula sedar akan kepentingan isu dunia yang semakin menjadi-jadi dengan peperangan dan penyelewengan pentadbir. Ingin saya menjadi salah seorang yang menegakkan keadilan manusia dan hak-hak civil.


Saya amat bersyukur bahawa hidup saya lebih menyenangkan jika dibandingkan dengan generasi kedua ibu bapa saya. Di mana di zaman mereka, mereka harus menempuh bermacam-macam peperangan oleh anasir penjajah. Hidup mereka tidak seaman sekarang, di mana mereka sudah merdeka dari hidup peperangan walaupun yang sebenarnya set pemikiran kita belum lagi merdeka. Jika nak di ikotkan dengan cerita kedua ibu bapa saya dimana mereka berdua bukanlah dari keluarga yang senang. Mereka tidak dapat menamatkan pelajaran dan terpaksa bekerja seusia 10 tahun untuk menanggung diri sendiri dan keluarga. Akan tetapi pada masa kini, saya hanya perlu belajar bersungguh-sungguh dan menceriakan hidop mereka dan itu adalah perkara yang sangat mudah jika dibandingkan tanggungjawab mereka ketika kanak-kanak suatu masa dulu.






Apa yang paling menakutkan adalah masa depan bumi dan manusia yang mula semakin lama semakin hilang ciri-ciri mereka tersendiri. Dengan bermacam-macam jenis sumber yang telah saya kaji bahawa dunia ini sudah lama di kawal oleh satu kumpulan rahsia di mana mereka menggunaka sistem mereka untuk mengawal keseluruhan daripada minda dan jiwa manusia. Selain itu, mereka juga nekad untuk menghuru-harakan dan memecah belahkan manusia. Masa depan yang sepatutnya tidak menjadi seperti apa yang di jangkakan itulah perkara yang menakutkan sekali.

Penyatuan antara sesama umat manusia tidak megira kaum india, melayu, kaukasia, cina, kadazan, berkulit hitam atau pun ugama islam, kristian, buddha, hindu apa pun jenis manusia. Kegembiraan yang paling hebat yang diidam-idam kan oleh umat manusia juga adalah keamanan dunia dan kesejahteraan semua mahkluk di muka bumi ini setelah berbagai-bagai masalah yang telah jelas kita nampak dan harungi oleh semua manusia di semua pelusuk dunia.






Mengahadpi kebenaran adalah sesuatu yang sukar bagi manusia untuk menerima kelemahan diri dan juga kelebihan diri yang sebenar. manusia biasa tidak mampu untuk melawan kuasa tuhan yang begitu tinggi darjatnya, bagaikan tanah adalah kita dan laut itulah kebesaran tuhan, malahan lebih besar lagi. Betapa sedihnya apabila ilmu yang dikurniakan itu telah disalah gunakan dan lebih sombong lagi kita menggunakan pemberian tuhan untuk melawan kuasa kebesaran tuhan.
Dengan apa yang dilalui bukan hanya saya sahaja, tapi akan seluruh umat manusia tentang kejadian yang menimpa 11 september tentang kebenarannya. Apabila diketahui bahawa yang sebenarnya ia merupakan kerja dalam pihak kerajaan US sendiri untuk mengabur mata rakyat dunia untuk kepentingan mereka. Ketika itu, saya merasakan bahawa dunia sudah hampir kiamat kerana begitu banyak tanda-tanda nya. Pada masa ini adalah masa di mana saya sangat pening tentang perkara sebenar yang sudah terjadi pada dunia kita. Dengan berbagai wabak penyakit yang melanda. Dengan ketidak adilan sikap pemerintah yang sebenar terhadap rakyat kita dan ia membuatkan saya sangat takut dengan dunia luar. Selepas di ceramah oleh papa saya yang seorang kuat ugama. Beliau memberitahu saya bahawa, semua perkara, buruk dan baik adalah datangnya dari tuhan. Inilah cara Tuhan memberi kita dugaan. Tuhan mahu kita berfikir tentang ape yang sebenarnya jadi di sekeliling kita dan kita harus meneruskan kehidupan dengan positif. Dengan ini, saya mula sedar bahawa penting nya ilmu dan kepintaran untuk menjalani hidup yang sukar ini. Kita harus sentiasa berfikiran positif untuk meneruskan hidop walau apa pun dugaan yang datang kita harus berusaha untuk terus hidup.

Keluarga adalah asal kita dan tempat di mana selalu kita berteduh. Keluarga merupakan ikatan darah daging yang tulen dan yang paling rapat. Walauapa jua yang terjadi, keluarga adalah tempat pertama untuk kita mengadu nasib dan juga mereka la golongan yang 100% kita boleh percayai. Walau apa jua drama di kaca TV yang menunjukkan bahawa ada kala keluarga boleh menjadi musuh, akan tetapi itu tidak lah seharus nya menjadi kebenaran. Keluarga lah segalanya bagi kita di dunia ini. Dari kita sebesar tapak tangan sehingga ke akhir hayat kita akan bersama mereka.

Rakan-rakan adalah tempat dimana kita berhibur bersama, berseronok, bersama mencari pengalaman hidup, tempat mencari ilmu. Akan tetapi, hanya sesetengah yang sanggup berduka bersama. Susah untuk percayakan rakan ketika kita dalam kesusahan. Adakala mereka ini yang memberi kesushan pada kita. Akan tetapi sahabat sejati itu tidak akan pernah lepas dari hidup kita. Susah senang akan sentiasa bersama. Rakan mempunyai baik dan buruknya. Terpulang kepada cara kita sendiri memilih kawan.

Jadi, disini saya ingin nyatakan bahawa Keluarga itu jauh lebih pentingnya dari keluarga. Kalau mahu diceritakan dari segi pengalaman, keluarga kita lebih mahir dan mudah dipercayai kerana mereka sentiasa bersama kita dan kita tahu bagaimana mereka. senang cerita, kita lebih mengenali sikap keluarga dari rakan. Jadi apa pun jua, kita harus menegakkan kemenangan kepada keluarga kerana mereka lah segalanya bagi kita.




Akhir sekali, saya adalah Muhammad Syafiq Bin Sumardi. Saya berketurunan jawa / melayu. Papa saya merupakan orang asli jawa iaitu berasal dari Surabaya,Indonesia dan mama saya adalah orang Malaysia. Saya dilahirkan pada 1991 di Hospital Besar Johor. Jadi saya ini anak jati Johor, tapi saya lebih bangga menjadi anak berbangsa jawa. Kata papa saya bahwa orang jawa itu orang paling hebat dalam dunia. haha Katanya la. Saya masih menereuskan pengajian di Universiti Kuala Lumpur mengambil jurusan Diploma in Multimedia. Saya seorang yang lebih selesa dengan cara berpakaian sendiri. Tidak suka mengikut trend semasa. Apa yang saya rasa selesa untuk di pakai saya sapu je. Saya suka mengumpul bermacam jenis kasut dan topi. kasut kegemaran adalah berjenama Vans. Ianya sangat selesa untuk dipakai dan kualiti yang terbaik untuk bermain skateboarding kerana saya melibatkan diri dalam sukan skateboarding. Saya telah mula melakukan aktiviti kitar semula, di mana bahan-bahan yang boleh di gunakan lagi akan saya guna kretiviti saya untuk menghasilkan sesuatu yang baru contohnya botol-botol yang tak terpakai akan jadikan hiasan pada lampu atau pun suratkhabra lama bisa dijadikan bakul. Selain itu juga, saya suka libatkan diri dalam politik dan cuba untuk menyebarkan segala bentuk propaganda supaya manusia sedar akan apa yang jadi disekeliling mereka. Saya banyak menghabiskan masa saya mencari pelbagai maklumat di internet. Saya suka membaca buku tentang politik, sejarah, dan kisah-kisah mendiang activist yang dulu-dulu menuntut keadilan untuk rakyatnya untuk mencar sumber inspirasi bagi kehidupan saya.Saya juga lebih suka berbasikal kemana jua kerana peningkatan suhu yang memerlukan kita untuk mengurangkan pembebasan asap yang berasid. Akhir kata, jangan risaukan segala masalah kecil, semuanya akan menjadi OK!

No comments:

Post a Comment