Monday, May 24, 2010

Duit, duit dan duit

Duit tidak boleh membeli kebahagiaan memang benar, tapi kita masih mempunyai bil-bil untuk dibayar bukan? bagi saya, duit ini adalah pengganti kepada hasil kerja kita. Sesuatu yang dilakukan itu adalah hasil, anggaplah duit ini hasil kerja keras kita, ia bukanlah tuhan yang patut disembah. Duit tidak lah begitu penting pada diri saya, tapi nilai hasil itu yang paling penting. :D

Saya masih menganut di institut pengajian tinggi dan saya dapat duit belanje dari ibu bapa saya. Akan tetapi saya tidak terlalu berharap sangat, berapa yang merek beri itu saya terima seadanya. Untuk mendapatkan hasil yang lebih saya mempunyai business sendiri dengan menjual merchandise band luar negara. Untuk mendapatkan duit semestinya kita perlu melakukan suatu pekerjaan, tiada usaha tiadalah hasil. :D

Buat masa ini tiada barang mahal yang pernah saya beli. paling-paling pon barang bundle adalah yang terbaik. tapi bagi saya, perlu nye langsai kan segala yang penting-penting dahulu, bila ada rezeki lebih dan rasa mampu barulah boleh beli barang-barang mahal. :D


Sudah semestinya penting, bukan generasi masa kini sahaja,malahan untuk masa depan juga amat penting untuk mendapatkan hasil yang baik untuk umat manusia.





Pada pendapat saya, keadaan ekonomi sama ada naik atau turun tidak pernah mengganggu atau memberi kesan kepada keluarga saya. Kerana saya tau, semua ini telah diatur oleg golongan atasan. Tiada apa yang nak dibimbangkan dan dirisaukan. Jika kita pandai berjimat dan biasakan kehidupan yang sederhana tiada apa yang perlu dirisaukan tentang kesan kepada kita akan datang. Sebab kita harus sediakan payung sebelum hujan.




antara pekerjaan yang saya rasa paling 'cool' adalah tourist, pelukis dan juga agrilogist. Saya sukakan nya kerana ketig-tiga pekejaan ini sangat menarik dan memperolehi sesuatu yang baru dari masa ke semasa. Dan dalam dunia tiada apa yang membosankan, semuanya menarik. seperti apa yang saya kata, the world is just awesome. So tiada pekerjaan yang saya tak suke. :D

No comments:

Post a Comment