Monday, May 24, 2010

The Power of 'F' - Family and Friends

a) Ceritakan tentang struktur dan ahli keluarga anda. Ceritakan kisah-kisah bersama dengan ahli keluarga anda. Bawakan kami menjadi sebahagian keluarga kamu! (sila sertai gambar)
Ibu, Adik bongsu, Aku, Ayah
- Struktur keluarga Zul biasa je. 6 orang ahli keluarga. Adik-beradik 4 orang. Semua lelaki. haha. Cukup buat team Takraw. Zul anak kedua dari 4 orang. Best sebenarnya jadi anak kedua nie.. Ape yang best pun Zul tak tau. Tapi best ar.hehe
Parents Zul kerja sebagai pendidik di Pahang. Selamat Hari Guru!, Ayah Zul orang Penang & mak Zul orang Pahang(keturunan Mat Kilau tau).Ramai orang cakap ayah Zul orang cina sebab muka macam orang cina tapi bukan pure chinese la..Nenek aku Chinese. So family Zul nie kira kacuk la..hihi. (tgk gambar kat atas tu ade gaya muka chinese ke?) Dah gelap sebab selalu sangat bersukan.
Abang Zul sekarang bekerja di sebuah kilang sebagai Assistant Engineer. Dia dulu belajar di UniMAP. Yang kedua, Zul la. 


Adik Zul ketiga sekarang belajar di SMAP Kajang. Tahun nie dia ambik SPM. 


Yang bongsu, Darjah 5. Satu sekolah dengan ayah Zul

Family Zul suka bersukan. So, aktiviti kami adalah bersukan. Football, Futsal, PingPong, Badminton, Takraw, Handball & banyak lagi la...semua kitaorang sapu. Tapi, selalunya hobi kitaorang adalah lepak-lepak sambil tengok TV...haha. Lepas penat bekerja, berehat bersama keluarga yang paling best.

b) Ceritakan tentang kawan baik anda dan sebab-sebab anda suka lepak dengan mereka dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama-sama. (sila sertai gambar)
- Sebenarnya Zul tak tau aku ada kawan baik ke tak?. Zul tak tau la kalau diorang anggap Zul kawan baik diorang. Zul berkawan dengan semua orang. Lepak dengan semua orang. So hari-hari Zul tak sunyi sebab selalu lepak dengan pelbagai jenis orang. Banyak sebenarnya aktiviti Zul dan kawan-kawan. Tapi yang selalu kitaorang buat ada main futsal, jalan-jalan, kacau anak orang, dan karaoke.


c) Bila berjumpa dengan kawan yang baru, bagaimanakah anda memperkenalkan tentang diri anda?
-Zul seorang yang sangat pemalu dan pendiam. Selalunya Zul mendiamkan diri sampai ade orang tegur. Tapi  tu semua zaman dulu-dulu. Sekarang nie, Zul dah jadi seorang yang lebih happy-go-lucky yang tetap control macho. Zul akan jadi gila-gila kalau ada orang gila-gila.(faham tak?haha) Selalunya respon yang Zul dapat dari member2 yang kenal Zul, diorang happy lepak dengan Zul. Memang mula-mula tu takut nak tegur tapi bila dah kenal, best lepak ngan Zul. Nampak macam puji diri sendiri tapi ni semua adalah realiti dan testimoni yang Zul buat.haha. Macam pepatah ada cakap, "don't judge the book by its cover".

d) Berapa pentingkah sikap menonjolkan diri atau menjadi berbeza (identiti) daripada yang lain terhadap anda dan kawan-kawan anda?
- Identiti yang membezakan kita dengan yang lain. Selalunya Zul akan mencari kawan-kawan yang mempunyai persamaan dengan Zul. Jadi kita lebih senang buat kerja bersama. Jika sikap menonjol diri yang melampau akan membuatkan orang rasa menyampah. Zul ada kawan-kawan yang macam tu. Selalunya dia akan dapat reaksi negatif. Jadi, identiti atau sikap perlu kita kawal supaya sesuai dengan keadaan sekeliling kita.

e) Adakah agama mempengaruhi bagaimana anda memilih kawan-kawan? Jika ya, terangkan jawapan anda.
-Memang agama memberi pengaruh yang besar dalam pemilihan kawan-kawan. Tapi bukan pegangan agama yang paling penting. Apa yang penting adalah sikap yang tak menyakitkan hati dan perasaan mana-mana pihak. Kita boleh berkawan dengan sesiapa pun tanpa mengira agama.
Dalam aspek berkawan, apa yang penting adalah hormat-menghormati antara satu sama lain.

f)  Apakah kategori yang anda dan kawan-kawan anda berikan kepada kumpulan sebaya anda, contohnya EMO, Skater, JPop, Hip Hop,  Goth, freak, geek, shutterbug dan lain-lain?
- Memang ada dikalangan kawan-kawan Zul mempunyai kategori yang macam nie. Tapi bagi Zul,  diorang nie takkan pergi mana-mana pun. Setiap kategori tu mempunyai musim-musim tersendiri. Tak kan kita nak berkawan ikut musim pulak. Zul ada ramai kawan-kawan dari pelbagai kategori. Perbezaan macam nie, memberi pengalaman yang bagus bagi diri Zul.

No comments:

Post a Comment