Monday, May 24, 2010

Cita-Cita dan Kejayaan

a) Ceritakan tentang sebarang sukses atau pencapaian dari diri anda yang anda banggakan, biarpun besar atau kecil
- Banyak kejayaan yang Zul kecapi dalam hidup nie. Tapi tak pernah puas. Dari segi akedemik mahupun sukan. Result yang baik masa UPSR dan PMR adalah menggembirakan. Memang best masa tu. Pujian diberikan melimpah-limpah. 

b) Bagaimana anda menentukan ‘orang berjaya’? Apakah ciri-ciri yang menjadikan seseorang itu berjaya?
- Orang yang berjaya adalah orang yang mampu menguruskan  dan membimbing dirinya untuk menjadi terbaik. Bukan semua orang pandai, kaya, bergaji besar dan sebagainya. Tetapi seseorang yang mampu berikan yang terbaik dalam hidupnya adalah yang berjaya. Orang yang bahagia dalam hidup antara salah seorang yang berjaya. Bukan mudah untuk bahagia dalam hidup.

c) Siapakah yang memberi inspirasi terbesar kepada anda? Adakah anda mempunyai ‘role model’?
-Inspirasi terbesar kepada aku adalah kedua ibu bapa Zul. Kejayaan mereka memberi didikan agama, pendidikan, dan cara hidup yang mampu digunakan paa masa akan datang membuatkan mereka menjadi Role Model bagi diri Zul

d) Apakah cita-cita utama anda? Apakah tiga cita-cita/sasaran yang telah anda tetapkan untuk diri anda pada tahun hadapan, lima tahun akan datang dan seluruh hidup anda?
-Cita-cita nie adalah perkara subjektif. Berjaya di dunia dan akhirat merupakan sasaran seluruh hidup Zul.
Buat masa sekarang, mendapat result yang baik adalah sasaran yang diimpikan bagi setiap orang pelajar termasuklah Zul. Memiliki segala perkara yang Zul ingin seperti kereta, gajet-gajet , 'awek' dan sebagainya merupakan sasaran Zul mengikut masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment