Tuesday, May 25, 2010

24/7 ke talian udara!


kebiasaannya hampir 12 jam sehari saya online. Selalunya saya akan mula kan dengan yahoo! mail, lepas tu chillin kat social network seperti myspace, facebook, tumblr and twitter. Selepas itu ambil tempahan merchandise bagi business saya. Dan baru lah saya akan mula buat kajian tentang sesuatu yang saya ingin tahu dan tertanya- tanya.

Saya memang tidak punya nama samaran atau nickname dan saya juga rasa tidak perlu. nama yang ada sudah cukup senang di taip atau disebut atau juga dipanggil. Dan saya begitu bangga dengan nama saya walaupun kedengaran sperti biasa-biasa sahaja. 'syafiq'





ya, pernah! ini sesuatu yang menarik untuk diceritakan. Pada mulanya saya hanya menambah kenalan di myspace secara rawak. selepas itu saya terjumpe seorang gadis yang sangat tertarik, dia merupakan orang kaukasia dan berasal dari michigan,USA. Pada masa itu saya masih di bangku sekolah menengah tingkatan 4. Sehinggakan saya sanggup membuat akaun baru di AOL semata-mata untuk mendapat kan IM nya. Saya banyak habiskan masa waktu pagi ber IM dengannya kerana dia hanya on IM nya pada waktu malam (waktu USA). Selepas itu kami berkongsi budaya dan saya telah membantunya menang dalam pertandingan journal di kelasnya. Dia meminta saya membantu melakukan journal tentang budaya melayu dan saya telah lakukannya. Dia sangat gembira dan sangat berterima kasih dengan saya. Selepas itu, dia sudah menganggap saya seperti kawan yang terbaik yang de pernah kenal. Sehingga kan dia menjemput saya untuk datang ke michigan,USA kerumahnya. Saya teringin juga, tapi kos ke sana sangat la mahal. Dan sekarang pula dia ingin bertandang ke rumah saya. Ia memang suatu saat yang saya rasa sangat bahagia mempunyai rakan jauh di rantauan, tambahan dia adalah seorang yang baik dan comel orangnya. Sehinggakan sekarang ini semua temannya sudah mengenali saya dan kami semua berkawan baik sehingga sekarang. :D





Bagi pendapat saya, kawalan yang mereka lakukan adalah hak mereka. Kita sebagai anak mereka harus diawasi sebelum terjebak ke arah yang negatif. Kalau kita lakukan sesuatu yang betol apa yang perlu kita takutkan dengan kawalan mereka. Mereka mengawal kita adalah untuk keselamatan masa hadapan kita. Musnah la hidup kita kalau ibu bapa sudah tidak mahu mengawal kita untuk masa depan yang lebih baik dan selamat. Saya tidak begitu heran kalau ibu bapa saya sentiasa memerhatikan saya ketika online atau pun sentiasa mengawal, kerana itu adalah hak mereka untuk menjauhkan kita daripada terjebak kearah negatif. Dan juga ibu bapa saya tidak pernah marah atau pun membebel kalau saya online 24/7. Tapi mereka selalu mengingatkan saya bahawa gunakan lah internet itu sebaik yang mungkin. 



Semuanya bergantung pada setiap orang itu. Kalau mereka menggunakannya untuk mengacau kawan-kawan atau membalas dendam dengan kata-kata yang tak menyenangkan, pastinya ia dapat menjurangkan persahabatan. Akan tetap kalau mereka berseronok berkongsi kegembiraan di internet ia sangat merapatkan lagi persahabatan dan persaudaraan antara mereka.

No comments:

Post a Comment