Sunday, May 23, 2010

Duit-menduit

Duit sebenarnya memang merupakan sesuatu yang menilai. Duit boleh digunakan untuk mendapatkan keperluan dan juga boleh digunakan untuk mendapatkan perkhidmatan. Duit bagi saya sememangnya suatu elemen yang penting bagi remaja untuk mendapatkan barang-barang baru di pasaran untuk menjadi antara yang 'up-to-date'. Bagi saya pula, duit ini sememangnya menjamin masa depan saya dan keluarga saya. Maka duit dalam persekitaran saya sentiasa berkisar tentang masa depan yang mana kita pun tidak pasti ke mana arah tujunya. Maka, duit sentiasa disimpan pada tahap optimum untuk kegunaan tersebut. Duit juga merupakan suatu cara oleh ahli politik untuk mendapatkan kuasa. Dengan menggunakan kuasa duit sahaja mereka boleh meraih sokongan pelbagai pihak. Setuju?
xxx
Saya bersekolah di asrama. Maka anda pasti tahu bahawa kebiasaannya para pelajar akan mendapat wang saku daripada sumber tertentu. Maka saya pun tergolong dalam golongan biasa ini yang mana setiap minggu ibu bapa saya akan menyalurkan sedikit wang untuk kegunaan saya di asrama. Wang yang diberikan cukup untuk menampung perbelanjaan saja. Maka jika saya teringin untuk membeli sesuatu pada cuti persekolahan, saya perlu mengikat perut untuk mendapatkan dana yang secukupnya. Tidak dilupakan juga saya turut melakukan aktiviti sambilan untuk menjana wang seperti mengecat baju dan sebagainya.
xxx
Etika merupakan suatu unsur moral yang bakal menentukan ciri remaja tersebut apabila dia sudah dewasa. Maka sudah pastilah saya akan bersetuju bahawa remaja memang sepatutnya mempunyai etika yang kukuh untuk menjamin masa hadapannya. Hal ini kerana dengan etika yang kukuh, persekitaran kita akan menjadi lebih positif dan kita boleh bergaul dengan semua golongan yang sedia ada.
xxx
Keadaan ekonomi sekarang tidak banyak menjejaskan kehidupan keluarga saya (mungkin ibu bapa saya cuba menyorokkan sesuatu daripada saya). Sesuatu yang pasti, harga runcit kian meningkat dan ini agak menyukarkan urusan harian. Menjadi seorang pelajar sendiri (terutamanya di asrama) sememangnya menjadi cabaran yang hebat. Bagaimana perasaan apabila anda sudah menyimpan RM 2.00 pada minggu ini hanya untuk membeli sebatang ais krim apabila tiba-tiba harga ais krim meningkat menjadi RM 2.50? Itulah yang saya alami.
xxx
Pekerjaan paling cool :
  1. Guru yang sporting (yang tak sporting selalu akan mengugut anak muridnya dengan unsur keberkatan)
  2. Pemandu peribadi (dapat merasa pemanduan kereta mewah dan mengenali lebih mendalam keluarga golongan berada)
  3. Pekerjaan yang seseorang minati bidangnya (tiada apa yang lebih seronok berbanding melakukan sesuatu yang kita suka!)
Pekerjaan yang tiada elemen cool :
  1. MLM! (cara 'dapat duit mudah' yang berlarutan dan mudah memakan duit insan yang bodoh!)
  2. Guru tidak sporting (semua gara-gara memikirkan terlalu banyak hal tentang pelajar)
  3. Pekerjaan yang seseorang tidak suka akan bidangnya (buat apa kerja kalau tidak suka?!)

No comments:

Post a Comment