Saturday, May 29, 2010

1Malaysia 2Malaysia 3Malaysia


1Malaysia. Sekarang sudah menjadi sebutan orang ramai baik dalam televisyen mahupun pada permulaan setiap ucapan. Adakah ini merupakan suatu dasar 'yang ikhlas' ataupun cuma untuk menarik perhatian dan sokongan hanya untuk tujuan berpolitik? Kadang-kadang saya masih keliru, 1Malaysia, tapi mengapa masih perlu ada kuota dalam sesuatu bidang. Umpama negara kita ini mempunyai slogan 3Malaysia dan 'lain-lain'Malaysia. Pandangan saya terhadap masa depan Malaysia pada mulanya agak kabur. Namun selepas membaca serba sedikit baru saya sedari, pada masa hadapan Malaysia akan dijajah oleh rakyat Malaysia yang kaya dan golongan bawahan yang miskin pasti akan dieksploitasi habis-habisan.

Tidak perlu contoh yang jauh dan berserabut. Saya berikan contoh :
  1. Berita pertama
  2. Berita kedua 


Ya memang saya tahu dan akui bahawa subsidi perlu dimansuh untuk mengelakkan Malaysia yang 'ekonomi kita stabil' daripada bankrup. Namun apa yang memusykilkan saya ialah apabila membaca berita kedua tersebut. Satu soalan saja yang saya ingin tujukan kepada saudara semua, pernah anda semua lihat pakcik yang di sawah bermain golf? Pernah anda nampak makcik menoreh getah bermain golf? Siapa yang selalu bermian golf? Golongan apa yang bermain golf? Gajinya banyak mana? Namun jika subsidi ditarik, pakcik di bendang perlu bayar lebih untuk barangan runcit tak? Makcik menoreh getah perlu bayar lebih untuk petroleum motor tak? Negara kita sudah terbalik jika anda semua sedar. Yang kaya dikayakan lagi, yang miskin dimiskinkan lagi.
xxx
Saya rasa selesa dengan kehidupan berbilang bangsa ini. Malah perlu saya akui semangat saya akan lebih membuak-buak apabila terdapat pelbagai bangsa yang menyertai sesuatu perkara. Bagi saya, saya lebih mementingkan negara berbanding bangsa. Jika kita mementingkan negara, hasil usaha yang kolektif pasti akan membuahkan hasil yang lebih baik dan mampu memberikan impak yang lebih positif kepada negara. Perasaan tegang antara kaum di negara ini sebenarnya tidak wujud walau bagaimanapun dengan lanskap politik berdasarkan kaum; inilah yang memusnahkan ketenteraman antara kaum tersebut. Mencium keris, penetapan kuota, dan isu 13 Mei selalu digunakan untuk menakutkan rakyat.
xxx
Saya pernah diajar oleh guru sementara yang datang dari United Kingdom dan Australia. Kelas saya mengambil peluang untuk bertanya kepada mereka apa pandangan mereka kepada rakyat Malaysia. Apa yang saya ingat mereka kata rakyat kita suka senyum, bersopan-santun dan suka memuncungkan mulut sambil mengeluarkan bunyi yang kurang senang didengari atau apa yang dikatakan sebagai 'sweet'. Hakikat yang mereka tidak ketahui ialah ahli politik yang selalu menindas dan menyokong golongan korporat yang salin mencium tapak kaki satu sama lain.


Saya mahukan Malaysia yang Malaysia tanpa mementingkan bangsa dan peluang terbuka untuk semua bagi memastikan diversiti mampu memberi pulangan lumayan untuk negara!



No comments:

Post a Comment