Sunday, May 23, 2010

Internet Jambatan Ke Alam Maya


Kalau nak diikutkan hati, kalau boleh saya tidak ingin tahu berapa lama saya melayari internet. Tapi buat masa sekarang saya tidak pernah pula mencatat masa saya melayari internet. Walau bagaimanapun, suatu yang pasti, komputer riba saya ini tidak pernah ditutup dan wi-fi sentiasa terhubung dengan sumbernya daripada rumah jiran! Kegunaan internet bagi saya : ilmu, rakan dan keseronokan!
xxx
Saya tidak pasti jika 'mimjamil' dikira sebagai nama samaran atau tidak kerana rakan-rakan saya turut memanggil saya gelaran yang sama (terang sekali tidak cukup 'samar'). 'Mim' itu digunakan bersempena nama gelaran rasmi saya dalam keluarga manakala 'Jamil' ialah bapa saya (unsur last name 'orang putih').
xxx
Saya pernah juga berjumpa seseorang ketika melayari internet dan sebab utama dia dipercayai; dia perempuan! Malah kami pernah bertemu. Saya tidak rasa ada masalah untuk saya mengenali seseorang dalam rangkaian internet yang serba canggih dan luas skopnya ini.
xxx
Seperti kebiasaan, ibu bapa hanya akan menegur apabila internet itu menjadi suatu keperluan dan melebihi kehendak mereka. Maka apabila saya melayari internet pada ketika ada tindihan dengan kehendak mereka maka akan mulalah suatu sesi ceramah ringkas dan pendek oleh mereka. Lantas saya terus menukar status saya kepada busy!
xxx
Anda tidak perlu tanya saya adakah internet menjauhkan saya dan rakan-rakan! Saya berkawan dengan semua! Semua orang sama! Internet? Manusia yang buat dan manusia hidup bersama untuk berkawan!

No comments:

Post a Comment