Monday, May 24, 2010

K.E.J.A.Y.A.A.N.


Sungguh mudah menyebutnya. Namun, mudahkah juga untuk kita mencapainya? Sememangnya sukar kan? Bagi saya, kejayaan kecil sudah banyak saya capai. Akan tetapi, tidaklah pula pada kejayaan besar.

Kejayaan besar, pada pandangan saya, dikecapi setelah kita mencapai satu perkara yang pastinya dicari oleh setiap manusia iaitu kebahagiaan. Kebahagian orang yang berjaya bukanlah hanya pada lahiriahnya sahaja, malahdari segi dalamannya. Mungkin dari segi luarannya, kita dapat melihat ramai orang bahagia dengan kehidupan mereka. Betulkah?
Bahagiakah seseorang jika tidak menjaga hubungan kepada Tuhannya dan juga sesama manusia? 
Bahagiakah seseorang jika mempunyai pelbagai barangan mewah, padahal hutang keliling pinggang? 
Bahagia jugakah seseorang yang mempunyai harta setinggi gunung jika ahli keluarga berpecah-belah? Bahagiakah seseorang yang mempunyai jawatan tinggi sedangkan menjadi buah mulut cacian orang-orang bawahan? 
Ataupun, mereka bahagia apabila mempunyai ramai rakan walhal semua temannya hanya berkawan kerana kepentingan peribadi sahaja?
Oleh itu, kita tidak perlu pangkat, harta dan darjat sebenarnya, jika mahukan kejayaan besar dalam hidup kita. Awas! Jangan pula sampai tidak bekerja pula. Apakah yang perlu sebenarnya? Gunakanlah akal fikiran dan juga kelebihan yang ada pada diri kita sebaik-baiknya – Setiap orang mempunyai jalan yang tersendiri untuk berjaya dalam hidup.
- teknologi -


Inspirasi saya : Teknologi. Mungkin susah untuk bercerita tentang teknologi. Walaubagaimanapun, teknologi adalah sesuatu yang amat dihargai oleh setiap manusia. Sesuatu itu, apabila diletakkan input teknologi, maka sesuatu itu akan lebih efisyen, mudah dan berharga.

Jika ditanya mengenai cita-cita pula, apakah respon yang diterima oleh para pelajar? Sudah tentulah, doktor, saintis, pramugara, pensyarah dan lain-lain pekerjaan.
Adakah cita-cita itu bermaksud pekerjaan yang diingini pada masa hadapan? - Tidak. 
Bagi saya, cita-cita itu adalah suatu target yang spesifik dan logik dicapai samada dalam masa yang singkat mahupun masa yang panjang. Maka yang demikian, saya bercita-cita untuk mendapatkan biasiswa untuk pembelajaran saya akan datang, mengekalkan purata nilai gred keseluruhan (CGPA) 3.5 dan ke atas pada setiap peperiksaan dan juga menamatkan pengajian dalam masa yang tersingkat yang boleh.

No comments:

Post a Comment