Sunday, May 30, 2010

1 Malaysia

a) Apa yang anda fikirkan tentang 1Malaysia? Sila terangkan jawapan anda (yang disukai, tidak disukai, emosi anda dan sebagainya) secara terperinci. Bagaimanakah gambaran anda tentang Malaysia dalam 5 tahun akan datang?
Pertama kali Zul dengar laungan 1Malaysia, Zul tahu ia bukan perkara yang mudah. Tapi ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020. Perkara ini sangat baik bagi mengharmonikan negara tetapi ada dikalangan rakyat Malaysia menyalahgunakan konsep 1Malaysia nie untuk tujuan yang tidak baik. Dalam masa 5 tahun dari sekarang, Zul yakin bahawa konsep ini akan berkembang dan memberi nilai-nilai baik untuk rakyat.  


b) Apakah pendapat anda tentang masyarakat berbilang bangsa di negara ini? Adakah anda utamakan bangsa atau pun negara? Kenapa? Adakah anda rasa wujud perasaan tegang di antara pelbagai kaum di negara ini?
Setiap bangsa mempunyai fahaman masing-masing dan mengikut agama. Kita perlu berbincang dan bertolak ansur dalam membuat keputusan. Memang seronok hidup dalam pelbagai bangsa yang hanya ada di Malaysia dengan aman. Disebabkan wujudnya berbilang bangsa ini, konsep bangsa tidak relevan untuk dilaungan tetapi negara dan konsep 1Malaysia sangat sesuai.
Memang wujud. Perasaan tegang wujud kerana setiap bangsa cuba untuk mempertahankan hak masing-masing. Perbincangan perlu diadakan untuk mendapatkan keputusan yang sesuai.


c) Bagaimanakah anda rasa rakyat dari seluruh dunia melihat tentang Malaysia? Adakah anda rasa terdapat stereotaip biasa tentang rakyat atau budaya Malaysia? Bagaimanakah anda mahukan setiap orang melihat rakyat Malaysia di masa hadapan?
Rakyat seluruh dunia melihat Malaysia sebagai negara ke-3 yang berdaya saing dan meningkat maju. Keharmonian dalam kehidupan berbilang bangsa sangat dihormati oleh negara luar. Zul tak pasti jika ada konsep stereotaip terhadap Malaysia kerana sebagai negara yang sedang membangun, identiti itu masih dicari.Kita bukan lagi "Katak dibawah Tempurung". Perkembangan pesat membantu kepada pengetahuan rakyat. Bagi aku, aku tidak mahu setiap orang melihat rakyat Malaysia kerana lumrah alam dimana terbit rasa dengki dan ingin menjatuhkan orang lain. Cukup sekadar rakyat Malaysia indah didunia sebagai rakyat yang kaya dengan sifat-sifat positif dan menjadi panduan untuk negara-negara lain. 




LASTLY, terima kasih Youthsay kerana memilih Zul sebagai salah seorang penyumbang kepada program ini. dan juga kepada semua yang terlibat dalam program ini. I have a great time with all of you. Sedih pulak bila benda nie dah nak habis..haha.
Jom layan lagu nie sebagai hadiah Zul buat korang..peace





Keep in touch, with Love,
Zulsyamin@Onlyzul
http://onlyzul.blogspot.com

No comments:

Post a Comment