Tuesday, May 18, 2010

REMAJA

Assalamualaikum dan salam sejahtera! (^_^) Pertama sekali, terima kasih tak terhingga kpd organizer sebab sudi beri peluang utk sy turut serta dlm realvoices 2 ini. Really excited to join! Hehe..! Name sy Adzlan Syazni...dan dlm dunia internet, sy lebih dikenali dgn nama pena 'FerumNori'. Baiklah...utk projek ini, sy memilih utk menge-pos secara dominannya dlm Bahasa Melayu..sebab sy rasa dgn bahasa ini sy dpt express segala apa yg terbuku dlm minda ini. Enjoy it and do leave your comments![[english pun nk guna gak..hehe!]]
About Youth And Me
Perkara paling seronok menjadi seorang remaja ialah…jiwa dan fikiran remaja itu sendiri. Kita telah dikurniakan akal yang membolehkan proses berfikir berlaku, dan ketika remaja inilah proses berfikir itu menjadi begitu seronok dan ‘syok!’. Ini pendapat sy. Sebab sy rasa buah fikiran saya tika remaja ini sangat aktif dan ia yang membentuk personaliti yang sy tampilkan pada saat ini.
Setiap remaja ada pengalaman hidup yang tersendiri. Begitu juga sy. Kehidupan remaja sy bermula di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah(SERATAS), Taiping. Sejak melangkah kaki ke sekolah tu, byk benda sy lihat, sy dgr, dan alami sendiri, yg kesemuanya mengaktifkan lagi proses berfikir sy sbg seorang remaja. Seronok jadi remaja ni..sebab waktu ni la kita nak kenal siapa kita sebenarnya.
Waktu kecik-kecik dulu, sy pernah rasa yg sy ni ada kuasa terpendam yg hebat macam Goku dalam kartun Dragon Ball. Maka time tu sy selalu berlatih utk buat jurus ‘KaMeHaMeHa’…2 hari berturut-turut taw. Sy cuba fokuskan fikiran sy pada tgn sy, dan buat gaya jurus itu dgn betul. Dengan kesungguhan yg sy ada itu, akhirnya….tetap tiada aura api yg keluar dr tangan sy! Rasanya, sy agak kecewa time tu, dan pelik kenapa sy tak mampu lakukannya. Hahahaha! Tapi setelah menjadi seorang remaja, sy sedar sy bukanlah Goku, sy takkan boleh buat macam Goku buat…sebab sy adalah watak yg berbeza dgn Goku.
Rebellious?? Hidup sebagai remaja, banyak benda yang sy tak puas hati. Fikiran sy agak agresif dan sy nk most of the thing follow what my mind wants. Sy rasa remaja yg lain pun mcm tu. Sebab itu byk remaja sukamelawan, nak buat setail sendiri, rasa besar kepala. Kalau sy…peraturan sekolah tu lah yg sgt sy tak suka. Remaja mmg susah nak ikut peraturan. Time sekolah, sy cukup meluat dikongkong oleh peraturan spt pergi prep, tuck-in, light-off, dan pakai kasut time main bola. Bak kata orang…darah muda mmg suka melawan. Padahal, segala peraturan tu ada kebaikannya utk sy dan kawan-kawan yg lain. But u know what’s inside all of this? Fikiran melawan ini yg menjana kekreatifan dan kekritisan diri remaja. Mcm sy, ada byk perkara sy cuba utk mengelakkan dr kantoi ketika escape prep. Tidur bwh katil la, menyorok dlm loker la, dan bila terkantoi—buat-buat demam. Memang la benda ni salah…tapi at least fikiran sy bergerak kreatif menghadapi situasi-situasi spt ini. Sy yakin ada lagi remaja lain yg lebih kreatif dr sy,kan? Dan sebenarnya, apabila sy dapat berfikir secara kreatif dan kritis, benda tu lah yg buat sy happy!
Perkara paling susah yg dihadapi ketika remaja ialah diri sendiri. Sy rasa begini sebab remaja ni capable of thinking and doing many things. Kalau minda telah di’set’ utk buat jahat, susah la jadinya. Sy pernah terfikir nak bunuh orang time remaja ni…sebab bengang sgt dgn seseorang. Kalu sy ikut darah muda ni sgt, kompem menyesal seumur hidup. Percayalah…the hardest people to overcome is actually you. Setakat ni, sy tak pernah diberi pilihan antara family dan kawan. Which has more importance? Of course, my family! Tapi tak bermakna sy tak pentingkan kawan. Sy seorang yg sgt menghargai persahabatan…dan sy cukup kecewa jika ada tali ukhuwah yg terputus antara sahabat. Bagi sy, menjaga sebuah persahabatan adalah lebih pentind drp membina yg baru.
Masa depan generasi remaja sekarang sangat cerah! Dibantu oleh perkembangan teknologi yang mapan, dan dgn sgala pengalaman yg pernah dialami, sy yakin setiap remaja ada visi, misi, dan objektif yg tersendiri. Setiap remaja mcm sy…cuba nak capai sesuatu yg diimpikan selama ini. Impian ape pun tak kisah…sebab sy pasti sume impian tu utk kepentingan diri, keluarga, rakan-rakan dan masyarakat yg remaja itu sayangi. Lebih bagus, pabila remaja tu berazam utk berbakti kpd negara dan agama tercinta. Yg sy risau ialah cara nk capai impian tu. Dgn pengaruh global dan persekitaran kini, mgkin ada remaja yg pilih jalan yg salah utk mencapai destinasi yg diinginkan. Sebab tu, benda yg paling sy takut selain mati…ialah peperangan. Sy risau manusia yg masing-masing ada agendanya, bergaduh sesame sendiri lalu mengakibatkan peperangan. Risau memikirikan peperangan akn berlaku di Malaysia.
Dari segi fizikal, hidup remaja kini mmg lebih senang berbanding our parents’ generation…tapi dari segi rohani dan minda, remaja kini sebenarnya menghadapi cabaran yg lebih susah berbanding masa lalu. Sebab dunia semakin berkembang, so minda remaja pun perlu berkembang…tak boleh stay at the same point macam dulu-dulu. Byk perubahan yg berlaku dlm sesuatu masa, maka minda remaja mesti benar-benar bersedia dgn perubahan supaya boleh adapt dgn baik, tambah-tambah pada perubahan yg tak dijangka. Apa yg pasti, remaja kini yg akan memikul tanggungjawab masa depan negara kita. 1 hari nanti, golongan kita yg akan memimpin negara, golongan kita yg akan mempengaruhi dunia. Memetik quote Terminator 2, "No Fate But What We Make", let’s strive and hope the best for us! Chaiyok2!!(^_^)

No comments:

Post a Comment