Monday, May 31, 2010

Brands


Salam

Switching my language into Bahasa Melayu (transformed) for my 2 final posts ...

Saya tak mahu la cakap terlalu pasar, terlalu mengagungkan bahasa asing sehingga melupakan bahasa ibunda sendiri. Untuk 2 topik terakhir, saya akan menggunakan bahasa rojak. Yeehaa!



Brand? Bercakap mengenai brand (jenama) sesuatu produk, saya ni bukanlah seorang yang terlalu ‘strict’ dalam pemilihan jenama barangan. Akan tetapi, jenama yang mahal, memberi jaminan kualiti yang tinggi, berbanding yang murah.

Walaubagaimanapun, jenama hanyalah jenama, tidak lebih daripada itu. Jikalau ditakdirkan barang yang berjenama yang kita beli itu rosak, sama sahaja. Itulah dia hukum dunia. Huhu. Memanglah orang sekeliling memandang tinggi terhadap pakaian berjenama, telefon bimbit berjenama, dan sebagainya, tetapi belilah barangan mengikut keperluan. Saya akan membeli sesuatu barangan itu dengan harga yang tinggi dan berjenama JIKA barang itu akan saya gunakan dalam tempoh yang lama. Contohnya seperti telefon bimbit dan laptop. Kalau membeli barang yang murah dan tidak berkualiti, dan rosak pada akhirnya, kos membaikinya sama sahaja dengan harga barangan yang lebih berkualiti dan mahal. Bak kata orang “alah membeli menang memakai”.

Jenama yang terbaik, kegemaran saya :

(a)    Nokia – handphone lain tak boleh lawan dia...haha



(b)   Cadbury – setiap tumpahan susu memang mengasyikkan!


 DROOOOOLLLL!!!

(c)    Sony – mp3 yang memberikan bunyi yang menggegarkan!



Agama tidak pernah membataskan saya dalam pemilihan jenama, dengan syarat ianya tidak melibatkan dengan benda – benda haram seperti arak dan lain – lain. Selain itu, ianya juga tidak menyentuh isu sensitiviti agama, maka diharuskan.



Kebiasaannya, televisyen la yang “bertanggungjawab” menyebarkan/menyampaikan maklumat mengenai jenama – jenama ini. Dan juga internet, peranan penting. Iklan terbaru, mudah diperoleh daripadanya.

Iklan 'fevret'  :



(a)



Iklan yang bermakna T_T

(b)

 


Funny! If I were a girl, "IF", I'll buy those things...haha... 

Maaflah bahasa yang agak “nerd”... Haha... Tukaq bahasa mmg sesuatu yang sukar...

Salam


No comments:

Post a Comment