Continuation from Day 1 : About Me!
Dah habis cerita pasal diri sendiri, post kali ni aku nak cerita tentang PEMUDA (ceh, YOUTH lah) zaman sekarang pula. Eh, kejap! Pemuda? Aku rasa macam tak kena pula perkataan tu. Apa kata, kita tukar perkataan 'pemuda' tu jadi 'belia' atau 'remaja', boleh? Aku rasa perkataan tu lebih sesuai. Hehe. Okay, let's move on to the next paragraph! =D
Topik pertama, aku rasa, kita cukup bertuah dapat jadi remaja hari ini. Salah satu sebabnya, dunia zaman sekarang ni lagi canggih dengan pelbagai teknologi baru. Remaja 50 tahun lepas, kalau nak call kawan-kawan, sama ada guna telefon rumah atau pun public phone je. Kalau kawan yang ditelefon tu kebetulan tiada di rumah, jawabnya, tak bolehlah nak call kan? Kita sekarang? Ada handphone, senang, mana-mana kita berada pun, kawan-kawan boleh call kita. Remaja 50 tahun lepas, kalau nak berhubung dengan kawan-kawan jauh, kena guna surat. Dahlah lambat sampai, leceh pula tu kena beli setem dan pergi ke pejabat pos untuk hantar surat tu. Kita sekarang? Dengan adanya kemudahan internet, kita boleh hantar surat through e-mail, senang, tak payah pergi ke pejabat pos, boleh hantar terus dari computer di rumah, lagi cepat sampai, dan ianya free!
Lagi, dunia zaman sekarang pesat dengan pembangunan dan research (R & D). Contohnya, penyakit-penyakit yang remaja 50 tahun lepas hadapi, yang tiada ubat, kini sudah ada penawarnya hasil daripada pelbagai research yang telah dijalankan. Dari segi pembangunan pula, kita sekarang ada alat pengangkutan yang lebih maju dan juga laju, seperti LRT dan komuter. Nak pergi mana-mana pun, senang dan cepat. Remaja 50 tahun lepas? Nak pergi mana-mana, naik kereta tu dah kira hebat dan laju lah!
Selain itu, kita sebagai remaja hari ini perlu sedar, yang mana kita mempunyai lebih banyak peluang ditawarkan kepada kita berbanding remaja sebelum ni. Buktinya, dengan bilangan universiti dan kolej yang semakin bertambah untuk para remaja menyambung pelajaran mereka selepas tamat pembelajaran di sekolah menengah. Tawaran-tawaran course yang ada pada universiti dan kolej sekarang pun, sangat banyak dan bervariasi!
Tapi, kesan daripada pembangunan dan research yang dijalankan, pencemaran berlaku dimana-mana, global warming semakin meningkat, masalah remaja semakin banyak, jenayah semakin berleluasa. Bumi sekarang tidak lagi sehijau dulu, langit sekarang tidak lagi sebiru dulu, rumah sekarang tidak lagi seselamat dulu.
"Living in this modern toxic world, we are slowly being poisoned to death." - Carrie Latet
Persoalannya sekarang, adakah kita mahu masalah-masalah yang kita hadapi pada masa kini, berlaku dan berulang kembali kepada generasi selepas kita pula? Kita semestinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak cucu kita nanti. Mahukan mereka untuk merasai kebebasan berlari di padang hijau, keseronokan bermandi di lautan biru. Kita sebagai remaja hari ini, yang akan mencorak kehidupan untuk masa hadapan. Sama ada kita inginkan kehidupan yang lebih baik atau pun sebaliknya, the choice lies within our hands.
Topik kedua pula, mengenai sikap memberontak dalam diri remaja. Aku rasa, perkataan remaja dan memberontak itu memang tidak boleh dipisahkan lagi. Remaja memang semula jadinya mempunyai perasaan memberontak dalam jiwa. Youth itself, is defined as, the time of life between childhood and maturity. Logik juga kiranya jika aku katakan hormonal changes menjadi salah satu sebab kenapa remaja memberontak. Ye lah, hormon itu sendiri dapat mengawal sikap dan perasaan kita kan?
Selain daripada alasan hormon yang aku bagi tu, kurang matang (dari segi pemikiran dan perangai) juga boleh menjadi salah satu sebab kenapa remaja memberontak. Remaja, bagi aku, bukanlah orang yang tidak matang langsung, tapi hanya sedikit kurang matang daripada orang dewasa. Sebab itu, we, as youth, tend to do stupid or crazy things, and don't realize it, yet. Some day, when we have fully matured (I mean, be an adult), we will remember what we did when we were young, and thought, 'It was stupid and crazy of me to do such things!'
Isn't that so? What do you think?
No comments:
Post a Comment