Wednesday, May 19, 2010

Day 1 : About Me











Hi semua! Sebelum aku mulakan apa-apa, aku nak bagitahu korang something. And that is, aku tak pandai nak buat karangan atau esei, apatah lagi tentang diri aku sendiri. So, kalau lepas ni korang baca, faham-fahamlah ye kalau ada salah silap tu. Minta ditegur. =) But don't worry, bab-bab membebel memang aku pandai! Okay, dah tahu, mari kita mula membebel bebel bebel! =D


Nama aku Anis Safiah. Nama penuh? Ha, aku rasa tak perlulah korang tahu sebab tak penting pun rasanya kan? And, di alam blog ni pula, aku lebih suka dikenali sebagai Anesh Shapiah. Nickname ni, adik aku yang bagi. Aku dilahirkan dan dibesarkan di Kota Bharu, Kelantan. 18 hari bulan 8 tahun ni, 2010, aku akan berumur 19 tahun. Dari tadika, sampailah sekolah menengah, aku setia berada di negeri kesayangan aku. Lepas tu, aku fly. Now, I'm a second year medical student in Mansoura University, Egypt. I love to read. I really mean it when I said I 'love', be it novels, magazines, even the newspapers used to wrap nasi lemak or roti canai. But, believe it or not, I don't really enjoy reading text books. HAHA. Apa lagi yang nak aku bebelkan ni? *thinking* Okay lah, aku rasa cukup setakat tu untuk autobiografi kali ni. Nanti kita sambung lagi, ye? Hehe.

Bagi aku, my family is the MOST important and MOST precious thing in my life. Sebab yang paling utama adalah, tanpa keluarga aku sekarang, takdelah aku kan? Hehe. Sebab lain pula, apa yang diorang sentiasa dan tak pernah putus bagi pada aku (love, support, care, and etc.), takde orang lain yang boleh bagi sebanyak dan seikhlas yang diorang bagi. Bila-bila masa pun, diorang mesti ada di sisi aku, tak kiralah time aku happy or sedih. Bagi aku, seriously, kalau aku takde kawan pun takpe, asalkan aku ada keluarga aku. 

"Don't ever forget your family because they are the one who will always help you, be with you and won't abandon you whenever you're in need of help. Not your friends. And because, we have blood ties. Also, in our life, family is something we need, but friends are something we want." - Ayah

Tapi, takdelah sampai tak buat kawan pula kan? Kawan-kawan aku pun best apa. Hehe. Bila-bila kalau ada apa-apa berlaku yang memerlukan aku untuk membuat pilihan antara keluarga atau kawan, aku akan pilih keluarga. Sampai bila-bila pun, pilihan aku akan tetap sama, iaitu keluarga aku. I think, I'm more like a family person. Hehe. Masa sekolah menengah dulu pun, on weekends, selalu je kawan-kawan aku ajak melepak sama-sama kat shopping mall. Tapi aku lagi suka duduk kat rumah depan tv sama-sama dengan keluarga aku, tengok Hannah Montana, sambil makan pisang goreng. Sampaikan ayah aku ada tegur aku asyik terperap je kat rumah and dia sanggup drive to the shopping mall so that, aku boleh melepak dengan kawan-kawan. Baik kan Ayah? =)

With some friends of mine in Temple of Philae

Perkara yang paling susah pernah aku lalui adalah kena adapt dengan persekitaran baru. Masa aku mula-mula sampai Egypt ni, semua benda pun aku tak suka dan aku selalu mengadu pada keluarga aku. Cuaca lah, makanan lah, kotor lah, bising lah, perangai Egyptians lah, dan banyak lagi. Bayangkan masa aku sampai kat sini, dahlah tengah summer, bulan puasa pula tu! Dugaan betul! Panas dia serius macam kat padang gurun, dahlah angin pun kering, berdebu. Dahaga pun, tak boleh minum air. Sadis kan? Tu belum masuk bab makanan lagi. Makanan kat sini pula kebanyakannya ala-ala French foods (macam roti, pizza, lasagna, and etc.) dan ala-ala kari. Hari-hari buka puasa dengan makanan macam tu, mana tak loya tekak Melayu aku ni kan? Ada juga satu hari tu, menitik air mata ni bila teringat waktu berbuka puasa kat rumah dengan keluarga, dengan juadah buka puasa yang macam-macam lagi. Sadis sadis. Time tu, adalah akak-akak senior yang faham dengan keadaan kitorang, bagi kitorang masakan Melayu untuk buka puasa.

Tapi, semua dugaan dan susah-payah tu lah yang menjadikan aku seorang lebih kuat (dari segi emosi, bukan fizikal, ye) dan tabah. Plus, apa yang aku tak suka dulu tu lah, sekarang dah jadi kegemaran aku. Contoh paling kuat adalah makanan. Dulu, nasi kat sini pun aku tak boleh nak telan sebab satu, beras dia lain sikit dari beras Malaysia, lagi ke-pulut-an, sebab dua, rasa kari dia pun lain dari Malaysia, dan sebab tiga, portion dia sangatlah banyak, boleh untuk tiga orang makan. Sekarang? Tak payah cakap lah, pizza, lasagna, roti, semua tu, dah macam makanan ruji aku dah. Ha tu lah, orang-orang tua cakap, 'Jangan benci-benci, nanti lama-lama suka.' HAHA, so true!


Banyak perkara yang boleh buat aku happy. Bila orang lain happy, aku pun happy. Bila aku dapat luangkan masa dengan orang yang aku sayang, pun aku happy. Bila aku dapat accomplish kan game yang aku main (Diner Dash, Kingdom Hearts, and etc.), pun aku happy. Bila aku dapat habiskan baca satu buku tu, pun aku happy. Bila aku dapat apa yang aku nak, pun aku happy. Bila effort yang aku bagi setimpal dengan result yang aku dapat, pun aku happy. Bila aku dah habis makan, pun aku happy. HAHA. Sebenarnya, banyak perkara dalam hidup kita ni, kecil atau besar, boleh buat kita happy atau dengan kata lain, gembira. It's just the way how we make it and want it to be, that matters the most. Happy or not we are, it's all up to us. =)

Benda yang aku takut dalam dunia ni pula, buat masa ni, rasanya ada tiga je. Pencuri (perompak dan seangkatan dengannya), certain animals (and insects), dan kegagalan. Kenapa aku takut dengan pencuri? Sebab masa aku darjah 6 dulu, rumah aku pernah dimasuki pencuri. Pencuri tu pukau aku (yang kebetulan terjaga bila dengar ada bunyi bising), dah tu, curi barang-barang dalam handbag nenek aku (masa tu tidur dengan nenek lagi) depan mata aku! Sampai sekarang aku masih fobia dengan pencuri dan konco-konconya. Sampai sekarang pun, malam-malam masa tidur, aku sangat sensitif pada bunyi kat luar rumah atau bilik aku. Kalau ada bunyi yang mencurigakan, even slow mana pun bunyi tu, telinga aku dapat detect, dan aku boleh terus terjaga, lepas tu, nak sambung tidur balik, bukanlah perkara yang senang. 


Certain animals macam kucing, walaupun dia comel, aku tetap takut sebab aku rasa bila-bila masa dia boleh attack dan cakar aku tanpa sebab. Hissss. *kucing tu buat bunyi* Certain insects macam lipas dan cicak pula, aku lebih ke arah geli. Geli tu yang membuatkan aku rasa takut. Hehe. Dan yang akhir sekali, kegagalan. Aku sangat takut, bila usaha aku tu tak cukup, dan buat aku gagal. Siapa lah tak takut kegagalan, ye tak? Tapi, kegagalan yang kita tempuhi tu lah yang akan mengajar kita ke arah kejayaan. Am I right, people? =)

"Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu


Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan


Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh


Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh"


Lagu : Fikirkan Boleh

To be continued... Day 1 : About Youth Today!

No comments:

Post a Comment