Wednesday, May 19, 2010

FAMiLi dan KAWAN

Post ini ditulis sebaik sahaja sy jwb call ayah sy td. Mungkin beliau call sy sebab dgar cerita sy drp mak sy yg juga bru shj call sy tengah hari td. Cerita ape? Sy tak dpt jwb soalan final exam matematik pg tadi…sedangkan kwn sy semuanya dpt jwb dengan baik! Huhu…trus mengadu pd mak sy pasal ni dan ayah sy pun dh tahu. Ayah dan mak pesan supaya jgn diingat sgt paper math td, tenangkan fikiran, dan usaha utk paper seterusnya. Kata mereka lagi, “Abg chik dah cuba sedaya upaya, kan? Nk buat camna lg…”. Sebenarnya, sy tahu klu sy call parents sy, diorg akn ckp ayat-ayat ni. Tapi, tetap sy nk mgadu kt diorg gak. Sebab sy nak dgar mereka ckp benda ni sndiri pd sy, sy nak mereka bg semangat pd sy, sy nak mereka tahu bhw sy tak bleh berjuang sorg2 tanpa sokongan mereka.
Famili merupakan entiti penting dlm hidup kita. Dr empat adik beradik, yg sulung dlm keluarga ialah Ridhuan atau kami panggil ‘Abang’, sdg belajar di Institut Perguruan Terengganu.Kecik-kecik dulu, selalu gaduh dgn abang sy ni…main gusti la, lwn bola la, bertengkar, mcm2 lah. Tapi air dicincang kan takkan putus, skang klu blik cuti, slalu kuar dgn dia jalan2 ngan dia n we share some dreams about our family together.
Adik lelaki sy iaitu Nizam, nak amek spm taun ni di skolah mngah tak jauh dr rumah sy. Selalu gak gaduh ngan dia kecik-kecik dulu…tp skang dah besar masing-masing kongsi minat yg sama. Slalunye klu nk lyn movie or drama kt laptop, ajak Nizam la join skali. Si bongsu atau ‘Izzati’, pula ber-darjah 6 nak amek upsr taun ni. Sebab dia ni masih kecik, smpai skang slalu gaduh ngan dia. Tak habis-habis kaco sy tgok tv. Time sy nk maen computer kt rumah pon, suka kacau. But kdg2 ada la gak die share story pasal skola dia kt skolah. Cerita kanak-kanak ribena…paham2 la kan. Hehehe…
Sy anak kedua, bajet nk jadi engineer blaja di Universiti Teknologi Petronas(UTP). Mak dan ayah sy adalah insan penting yg membimbing, mengajar, dan membentuk diri sy hingga hari ni. Mereka semua lah yg paling memahami sy dan menerima sy seadanya dlm hidup ini. Sepanjang hidup sy, family merupakan golongan yg pling byk sy spent time bersama. Sy pasti remaja lain pun sama, kan?
“Most of us have been dreaming of one day for years—the day we leave childhood and achieve independence. But even if we move thousands of miles away, there’s no escape. Our families are coming with us. They will be with us forever. In our habits, our gestures, and in the choices we make. So we’ll never be set free, we’ll never be alone.”

FRIENDS
Kawan, rakan, sahabat. Golongan ini pun penting dlm hidup sy. Friendship is the sunshine of life. In studies especially, most of the time were spent with them. Dr tadika, ke skolah, dan ke university, kawan-kawan ialah org yg selalu ada dgn sy. Best friend? Byk sebenarnya. Sy pernah cerita pasal kwn2 baik sy di blog sy--klik sini. Panjang ooo sy tulis..hehe! Dlm berkawan, sy sentiasa menerapkan rasa ikhlas dlm diri sy. Tak kiralah siapa pun dia, kita kita perlu menerima kawan kita seadanya. Whoever he/she is, we must appreciate him/her as our friends. Bg sy, persahabatan yg terjalin atas dasar keikhlasan ini lebih mulia nilainya. Dr keikhlasan inilah akan terjalin persefahaman, kerjasama serta ukhuwah yg erat antara sahabat.
"The better part of one's life consists of his friendships"
Kalau bertemu dgn orang baru, sy express diri sy sbg seorang yg ceria dan suka senyum. So that people can get along with me. Walaupun ada kalanya tgah tension, sy tetap cuba melemparkan senyuman kpd org yg bertemu dgn sy. Semua orang inginkan sahabat yg baik, yg memahami dirinya, yg sentiasa menolongnya, yg selalu mengingatkannya, setia dan ceria dgnnya, atau dgn kata lain, sahabat sejati. Tp realitinya, kita tak boleh terlalu memilih. Drp mencari sahabat yg baik, bukankah lebih elok rasanya utk diri sendiri yg menjadi sahabat yg baik. Setiap orang ada kelemahan dan kekurangannya. Setiap orang identitinya berbeza. Bg sy, kita tak boleh nk expect sume org akn sependapat dgn kita.
Masing-masing ada buah fikiran sendiri. Inilah yg dikatakan perbezaan, dan perbezaan bukan dicipta Tuhan supaya kita bergaduh sesame sendiri, sebaliknya supaya kita belajar mengenali dan memahami satu sama lain. Yang baik, kita jadikan contoh..yg buruk, kita jadikan pengajaran. Tak kirala bangsa apa atau agama apa, persahabatan itu tetap merupakan sesuatu yg indah buat semua orang.
Dan hari ini,sy rasa cukup bertuah kerana memiliki kawan-kawan seperti mereka ini.

~my classmates 2008~
~in the dormitory~
~my friends in utp~
~friends~
~friends again~
"Don't walk in front of me, I may not follow.
Don't walk behind me, I may not lead.
Just walk beside me and be my friend."
- Albert Camus -

No comments:

Post a Comment