Saturday, May 29, 2010

HEE-BOO-RUN



TEMAN SEMASA KEBOSANAN = TELEVISYEN
Mungkin ramai antara kita yang sangat fanatik  pada sesuatu rancangan televisyen... Tidak kiralah rancangan itu sama ada rancangan realiti, drama bersiri, sesi wawancara dan apa-apa jua bentuk rancangan, pasti ada peminat terhadap slot tersebut... Namun demikian, hal tersebut tidak berlaku atas diri saya. Pada saya, televisyen hanyalah ditonton sekiranya saya bosan melayari internet. Secara puratanya, saya hanya menonton televisyen kurang dari sejam sehari. Oleh itu, saya tiada rancangan televisyen spesifik sehingga menjadualkan kehidupan saya untuk tetap dihadapan televisyen pada sesuatu masa...



MUZIK & FESYEN...
Pada saya, mungkin hidup ini sukar dipisahkan dengan muzik... Semua muzik saya suka. Tidak kira genre, penyanyi dan kumpulan... Asalkan sedap, saya layan sajalah...
Fesyen- urmmm... perlukah kita mengikut fesyen terkini tanpa memikirkan hukum-hakam agama... Secara peribadi, saya kurang selesa dengan fesyen-fesyen terkini terutamanya fesyen para wanita yang mana dapat mengghairahkan lelaki normal. Jadi, jangan mengungkit kes-kes jenayah seperti rogol dan membuang anak sekiranya perkara pokoknya (fesyen) tidak diatasi dengan bijak...


Q: Adakah anda seronok membaca buku?
A: Memandangkan saya sudah lama tidak membaca buku, saya sudah lupa sama ada seronok atau tidak.... hahahaha

Q: 3 buku terakhir yang anda baca?
A: Buku 3 subjek terakhir SPM : Biology, Physics dan Chemistry...:)




Q: Dimanakah anda mendapatkan info terkini yang dapat menggembirakan anda?
A: Internet.

No comments:

Post a Comment