Wednesday, May 26, 2010

KEHIDUPAN KEDUA KU!!!!!

Berapa jamkah anda melayari Internet setiap hari? Biasanya, apakah yang anda lakukan di dunia Internet?

X terkira waktu
paling lama ialah lapan jam tanpa henti ......
upload movie dan download movie,chatting,
blogging, email, dan menggunakan facebook,tagged,bermain game mafia wars, red alert dan banyak lagi.....
Belajar secara online serta mencari maklumat mengenai setiap mata pelajaran.....
Membaca berita dan melihat tv secara online .....




• Bila melayari Internet dan membuat interaksi dengan pengguna lain, adakah anda mempunyai profail samaran atau nickname? Ceritakan kenapa anda mengguna or tidak suka menggunakannya.

Saya mengunakan nama samaran syr1005,syahir1005 dan juga nama sendiri.....
Saya lebih selesa mengunakan nickname ketika bermain permainan online dan menggunakan nama sendiri ketika menggunakan laman sembang se
perti facebook supayarakan saya senang untuk add saya..... Semasa menulis blog saya lebih selesa menggunakan nickname bagi mengelakkan blog saya diganggu musuh saya serta saya berasa lebih bebas untuk menulis.....


• Pernahkah anda menjadi kawan baik dengan sesiapa yang anda jumpa atas Internet? Sila ceritakan kepada kami. Bagaimanakah anda tahu sama ada mereka boleh dipercayai?

Saya masih lagi menjadi kawan baik kepada rakan saya didalam dunia maya, saya mempunyai kawan baik daripada India , dan juga beberapa negara lain serta negara ini..... Kami sering bertujar pendapat tentang isu semasa dan isu dunia seperti teknologi,peperangan,masalah alam sekitar dan masalah peribadi..... Saya tahu mereka boleh di percayai melalui tiga cara pertama ialah mereka menyediakan maklumat lengkap diri mereka, kedua tidak memaksa memberikan maklumat peribadi anda dan ketiga membincang isu-isu penting tetapi kita masih perlu berhati hati supaya tidak terpedaya dengan memberikan maklumat peribadi.....


• Adakah ibu bapa anda memerhatikan kegiatan online anda? Adakah ia berkesan, atau adakah anda tahu cara-cara untuk mengelakkan kawalan mereka? Apakah pendapat ibu bapa anda mengenai anda melayari Internet setiap masa?
Ibubapa memberikan kepercayaan kepada saya oleh sebab itu saya tidak mahu cross the line yang akan menyebabkan saya diawasi..... Ibubapa saya cuma mengawasi masa untuk mengunakkan internet supaya saya mempunyai masa untuk mengulangkaji kerana saya akan menagambil peperiksaan SPm yang penting..... Ibubapa saya berpendapat menggunakan internet sesuatu yang berfaedah kerana senang untuk mencari maklumat serta terdapat banyak laman web yang menyediakan naota ulang kaji untuk dijadikan rujukan.....


• Pada pendapat anda, adakah dunia Internet ini telah menyebabkan jurang di antara anda dengan kawan-kawan anda atau membawa anda semua lebih rapat lagi?

Dunia internet merapatkan lagi perhubungan saya dengan kawan-kawan kerana saya dapat menghubungi mereka dengan lebih mudah serta dapat bertukar maklumat dengan lebih pantas..... Internet juga merapatkan saya dengan rakan-rakan lama saya yang sukar untuk bertemu didunia sebenar kerana kebanyakan mereka sudah berpindah sekolah dan tempat tinggal ..... Melalui online game kami dpat bermain bersama dan mengeratkan lagi hubungan persahabatan.....



BE YOURSELF, RESPECT OTHER!!!!!



No comments:

Post a Comment