Monday, May 31, 2010

1MALAYSIA OH 1MALAYSIAKU


• Apa yang anda fikirkan tentang 1Malaysia? Sila terangkan jawapan anda (yang disukai, tidak disukai, emosi anda dan sebagainya) secara terperinci. Bagaimanakah gambaran anda tentang Malaysia dalam 5 tahun akan datang?

Pada fikiran saya 1Malaysia ialah kesinambungan daripada konsep Muhibbah yang diperkenalkan sebelum ini..... Pada mulanya satu Malaysia dilihat sebagai satu penyelamat setelah PRu ke 12 bagi menarik undi bagi pilihan raya seterusnya.....Tetapi setelah saya amati gagasan ini dilihat mampu menyatukan dan merapatkan kembali jurang yang semakin terbuka luas antara masyarakat negara ini yang dahulunya bersatu kemudian berpecah akibat hasutan pihak tidak Bertanggungjawab.

Konsep gagasan 1malaysia diharap dapat menyatu padukan masyarakat.... Sudah sedia maklum bahawa ini negara kita bersama bukannya tempat untuk berperang bagi menyebarkan propaganda masing-masing..... Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai hendaklah bersatu demi membentuk bangs Malaysia yang bersatu padu.....Sejarah telah menunjukkan akibat perpecahan didalam kerajaan Melayu Melaka telah membuaka ruang penjajah mengambil kesempatan menyerang negara ini.... Jadi penting untuk kita bersatu menyolong Gagasan ini yang merupakan kesinambungan daripada konsep muhibbah agar ekonomi negara ini terus meningkat.....

Gambaran saya BN mungkin akan hilang lebih banyak kerusi diparlimen sekiranya berterusan menjaga hati Minoriti dan mngenepikan Majoriti sepatutnya ianya perlu seimbang dan dikaji betul2..... Inflasi lebih tinggi dari sekarang , tidak ramai anak muda dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti kerana yuran lebih mahal keadaan akan kembali kezaman orang semakin susah ..... Ramai yang tidak dapat kesekolah kerana harga buku yang mahal dan juga lebih ramai orang asing tinggal di Malaysia manakala rakyatnya terpaksa keluar mencari kerja di Negara luar semakin banyak penduduk hilang tempat tinggal atas dasar pembangunan.....

Jadi Harapan saya kepada kerajaan fikir dulu perasaan rakyat sementara anda masih berkuasa..... Jgn jadikan Bn seperti di Jepun iaitu parti pemerintah paling lama......
Saya sokong Gagasan 1Malaysia yang mana rakyat diahulukan pencapaian diutamakan
tetapi kenapa kelihatan moto 1 Malaysia makin hilang adakah kita takut muflis seperti Greece....
Ekonomi kita semakin stabil dan kita berada diluar kapsul eropah serta mempunyai ramai tokoh kewangan hebat untuk dirujuk bukannya terus melepaskan beban kepada rakyat.....

Isu penggunaan tenaga saya rasa lebih baik menggunakan tenaga solar berbanding nuklear.....
Ini kerana negara ini berada di garisan khatulistiwa yang sentiasa mendapat cahaya matahari.....
Isu penggunaan tenaga nuklear saya risau sekiranya berlaku letupan seprti di Chernobyl,Ukraine yang memberikan lebih banyak kerugian daripada kos pembaikan pulih dan juga kawasan tersebut tak boleh diduduki.....

INI Soalan Saya Kepada Kerajaan
Kenapa perlu mengurangkan subsidi terhadap rakyat negara ini tetapi menghapuskan cukai itu dan ini demi menarik warga asing datang melabur dan tinggal disini.....
Kenapa perkenalkan gst sedangkan cukai sekarang pun dah tinggi dan sekarang bukan semua barangan kena service charge....
Kenapa harga hartanah tinggi dan seperti cuma mampu dibeli oleh orang daripada negara lain yang menggunakan currency matawang mereka lebih besar... Adakah rakyat negara ini cuma akan tinggal di flat kos rendah dan sederhana????

Saya memohon maaf andai kata bahasa saya kasar ini kerana saya cuma mengeluarkan pendapat saya.....

• Apakah pendapat anda tentang masyarakat berbilang bangsa di negara ini? Adakah anda utamakan bangsa atau pun negara? Kenapa? Adakah anda rasa wujud perasaan tegang di antara pelbagai kaum di negara ini?

Saya rasa kesal dengan sikap sesetengah pihak membangkitkan isu-isu lapuk yang dah lama berlalu seperti 30% equti bumiputera isu perkauman dan juga isu-isu sensitif yang dah lama berlalu..... Saya rasa semua pihak perlu membangkitkan semangat cintakan negara ini dan bukan sikap perkauman atau menuding jari.....

Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum membentuk bangsa Malaysia sememangnya hebat dan baik.... Tiada negara lain yang mempunyai rakyat yang bebas mempertahankan kepercayaan dan budaya seperti dinegara.... KIta boleh meraikan pelbagai hari perayaan di Malaysia dengan aman dan tenteram......Kita boleh makan bersama ,bincang bersama,bermain bersama dengan aman tanpa mengira warna kulit .....

bersama kita renungkan lyric 2lagu Sudirman ini

KULIT

One Thousand MIlion Smiles


• Bagaimanakah anda rasa rakyat dari seluruh dunia melihat tentang Malaysia? Adakah anda rasa terdapat stereotaip biasa tentang rakyat atau budaya Malaysia? Bagaimanakah anda mahukan setiap orang melihat rakyat Malaysia di masa hadapan?

Saya ada bercakap dengan seorang pelancong asing dari Canada dia menyatakan perasaan tenteram di Malaysia kerana baginya susah untuk meliaht semua orang makan sekali berbincang sekali tanpa ada rasa takut walau berbeza bangsa....
Katanya dia teringin agar suasana aman dan tenteram begini dapat dikekalkan...

Saya mahu orang melihat Malaysia sebagai sebuah ngara yang kukuh dan hebat dari semua bidang dan menjadi negara yang mengamalkan keamanan




BE YOURSELF RESPECT OTHERS

No comments:

Post a Comment