Tuesday, May 25, 2010

1Malaysia

alhamdullilah,akhirnya saya telah menyempurnakan tugas dan amanat yang diberikan kepada saya..pejam celik pejam celik sudah habis 10 topik kesemuanya..terlebih dalulu saya nak mengucapkan terima kasih banyak2 kepada Youthsays kerana memberi peluang kepada saya untuk meluahkan pandangan,pendapat dan cadangan saya dalam projek ini..saya merasa terharu sangat kerana saya telah dipilih oleh youthsays di dalam kalangan ribuan remaja.THANKS YOUTHSAY!!!!



a)What do you think of 1Malaysia? Please explain your answer (likes, dislikes, emotions etc) in details. What is your vision of Malaysia in the next 5 years?

lagu 1Malaysia


~Seperti yang kita tahu yang Gagasan 1Malaysia telah diasaskan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri Malaysia kita iaitu AB Dato’ Seri Najib Tun Razak..yang aku paham pasal 1Malaysia ialah ia mempunyai lapan nilai dalam 1Malaysia...iaitu

1. Penerimaan
2. Ketabahan
3. Budaya Kecermelangan
4. Kesetian
5. Rendah hati
6. Meritokrasi
7. Integriti
8. Pendidikan

1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Saya berharap agar laman web ini akan menjadi permulaan kepada satu dialog yang penting dan terbuka bagi menerokai identiti, tujuan dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia. Saya menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan yang perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap kita di sebalik segala perbezaan kita berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami.....

~cogan katanya ialah "rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan"

~harapan aku semoga konsep 1Malaysia akan terus diamalkan dan berkekalan selama-lamanya..dengan adanya konsep ini aku harap Malaysia akan terus maju membangun di dalam era globalisasi ini dan tidak ketinggalan.Aku harap ekonomi akan terus meningkat dan sektor politik terus berada dalam keadaan aman dan tidak terjadi di negara seberang yang berperang



b)What do you think about the various races in this country? Do you think about your race or country first? Why? Do you think there is a tension between the various races in this country or not?

~konsep 1malaysia ini memang menjadikan semua bangsa sama rata,dapat merasa semua yang sebelum ini tidak dapat mereka kecapi.tetapi kebimbanganku sebagai seorang melayu islam tidak dapat aku hindarkan dari kotak fikiranku.apakah tidak akan tergugat nanti apa yang dimiliki kini.aku takut hak kesamaan akan dituntut,apa yang kita miliki akan juga diminta oleh bangsa lain.sekarang contoh telah ada.seorang bukan islam telah cuba memohon menjadi hakim syarie,ianya telah diluluskan.jadi jika itu pun tidak dapat kita kawal,apakah nasib masa depan.jangan disebabkan konsep 1malaysia,semua apa yang kita sepatutnya hak mutlak kita pun akan tercemar,fikir-fikirkan lah.jangan sampai satu hari nanti nama bumiputera tetapi bangsanya lain




c)How do you think people from all over the world see Malaysia? Do you think there is a typical “Malaysian” stereotype? How would you want people to view “Malaysians” in the future?


~Aku memang bangga lahir dibumi Malaysia,negara yang cantik,orang-orangnya baik,peramah,bersopan santun dan sememangnya tidak dapat dinafikan negara yang teraman untuk kita tinggal.aku mahu melihat negara Malaysia sentiasa dipandang tinggi oleh orang luar,tetapi kadang-kadang impian yang kita cuba capai akan musnah jika ada yang cuba mencampur-adukkan hal peribadi dan politik yang yang yang kotor.bagi aku jika ada yang cuba merosakkkan keamanan Malaysia dan cuba menjadikan kita sebagai negara yang bermasaalah eloklah kita tanganinya sebaik mungkin.kita tentu tidak mahu orang luar memandang serong pada kita.kita tentu tidak mahu Malaysia yang kita cintai dicap sebagai sarang penyenayah atau imej kita sebagai negara islam tercalar gara-gara ada yang cuba merosakkan negara sendiri dengan melaga-lagakan sesama kita.biarlah Malaysia sentiasa dipandang sebagai negara berdaulat denganpemerintahan yang adil,saksama dan sistemetik.aku akan terus berdoa agar negaraku Malaysia akan terus aman,maju sehingga semua negara luar akan tertarik untuk terus menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua mereka.

No comments:

Post a Comment