Thursday, May 20, 2010

Ambice a úspěch!


Pada pendapat aku, kejayaan nie adalah penyelesaian kepada sesuatu yang kita rancangkan. Dalam kata lain ialah kejayaan untuk merealisasikan apa yang kita rancang selama nie. Pelbagai jenis berjaya yang ada dalam dunia nie. Tak kira lah samada 'mencapai matlamat korang' ke xpon berjaya wat orang len jeles. Bahkan kalau seorang perompak telah berjaya merompak sebuah bank pon, ianya diaggap kejayaan bagi Si Perompak tu. Itupun kalau xkena tangkaplah. Hak2. Bagi aku, untuk mencapai kejayaan nie , kita haruslah bermula dari awal. Dari bawah la senang. Tapi,aku tahu untuk mencapainya bukan sesuatu yang mudah. Bagi aku,untuk mencapainya aku perlu untuk merancang dan melaksanakan apa yang dirancang to reach the star!! Isk2.

*******************************************************************

Sebenarnya aku pown xigt la kejayaan apa yang aku telah achieve. Yang baru2 ingat ar. Apa ek? Err..a'aa ingat2.

  1. Telah berjaya membodek bapak aku untuk langgan broadband.
  2. Telah berjaya dapat result yg gempak dalam SPM walopon x perfect.
  3. Berjaya tackle seorang awek kat maktab aku..!!
  4. Dpt join blogging project nie ngan korang sume!! :-p
Tenqiu Youthsay!!
*******************************************************************
Siapa role model aku? Aku ada banyak role model. Dalam study,music,sport dan macam2 lagi. Diaorang nie la yang jadi role model bagi aku dalam bidang2 yg tertentu. Kalo bab2 stadi nie,role model aku xlen dan xbukan ialah member aku Arham. Dia nie kaki stadi xmaw2. Aku pon nek tensyen dok tengok dia stadi 24jam sehingga timbul sarang keinsafan dalam lubuk jiwa aku nieh untuk stadi bersungguh2. Isk2. Kalo dalam sport pulak role model aku ialah Kimi Raikkonen. Dia nie ex-driver Ferrari dalam F1. Dia nie la yang menjadikan F1 racer sebagai cita2 pertama aku dalam hidup ini. Berbeza ngan orang len. Selalunya time kecik2 mesti nak jadi cikgu,doctor,polis dan len2. Bnda nie ar yg selalu diorang cakap kalo cikgu Tanya. Tapi cita2 aku nie ja pelik cket. Huahaha. Kalo korang pown ada gak camni, maknanya korang pown kanak2 xnormal la tuh.. Kah3.

Dalam bidang music lak ada banyak cawangan. Drumer,guitarist,vocalist dan len2 lagi. Role model aku untuk drummer nie adalah drummer Avenged Sevenfold ar, Jimmie Sullivan. Kalo dalam guitar solo lak aku choose Synyster Gate. Jugak dari band yang sama. Dua2 ekor manusia nie memang pro nak mampos la. Jeles tol aku tengok. Especially dia nya drummer. Laju betol dia men. Sedih aku tengok!!


********************************************************************
Impian aku untuk tahun depan:

  1. Dapat amik lesen kereta
  2. Dapat continue stadi ke oversea
  3. Hope dapat wat reunion dan jumpa balek member2 lama aku..!!
Lagi 5tahun:

  1. Dapat kereta sebijik
  2. Dapat ijazah dalam bidang ICT
  3. Spends banyak masa ngan family dan kengkawan
For whole life:

  1. Gi tunaikan haji lah of coz!
  2. Jadi anak yg soleh
  3. Success dalam apa yg aku impikan
  4. Travel around the earth! Kalo boleh gi bulan,aku nak gi jugak!
Sekian,to be continued again…..

No comments:

Post a Comment