"
Kamu ni tak boleh ke kalau tak buka komputer dalam sehari?" Inilah yang selalu keluar dari mulut mak saya... Kadang-kadang, kalau bilik tak berkemas dan kain tak dibasuh, dapatlah saya sedikit
ceramah tanpa bayaran... Hurmmm... Mungkin ramai lagi yang berkongsi perangai yang sama dengan saya kan? Hahaha... Rasanya,
memang tak sah kalau sehari tu, tak pegang komputer. Perkara pertama yang saya lakukan setelah ibubapa saya pergi kerja ialah:
KOMPUTER. -Sampaikan sarapan pun, selalu ditinggalkan... (
Jangan ikut!!!Sarapan adalah penting) Jika saya ditanya berapa lamakah saya berada dalam talian setiap hari, rasanya adalah dalam
12 jam, mungkin lagi lama kot... Entahlah, tengok keadaan juga... Sebahagian besar daripada masa itu mungkin saya habiskan dengan facebook... Jikalau tidak berchat, mainan di facebooklah menemani saya... Selain itu, blog saya juga turut dijenguk jika saya mempunyai 'mood'.
Semasa berada dalam talian, nama yang digunakan adalah
nama pangkal saya... Kenapa pula kita perlu menggunakan nama yang bukan nama kita... Adakah kita
tidak menghargai nama yang diberikan oleh ibubapa kita setelah kita lahir ke dunia ini? Disamping itu juga, dengan menggunakan nama sebenar, senanglah rakan-rakan saya mengenali saya... Sebagai contoh, jika ingin berchatting dengan rakan yang bernama
Ali (contoh), tetapi namanya pada IM ialah
skyjuice (contoh)...
Tidakkah susah jadinya??? Orang lain pula terpaksa mengingati nama samaran kita... Jika anda menggunakan nama panggilan pula, mungkin nama panggilan anda tidak sama antara rakan sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti...
Jadi, fikir-fikirkanlah...
Orang yang selalu melayari internet macam saya ini, tipulah jika tiada langsung rakan-rakan yang dikenali melalui dalam talian... Namun begitu,
cara saya berkomunikasi dengan mereka, tidaklah sama seperti cara pergaulan saya dengan rakan-rakan di dunia realiti ini... Kita perlulah berhati-hati memandangkan terlalu mudah untuk seseorang
menyamar sebagai orang lain sekiranya kita berkomunikasi melalui internet... Segala maklumat peribadi juga haruslah dijaga sebaik-baiknya... Kemungkinan juga orang yang kita hubungi itu adalah
musuh kita!!!
"
Dunia dalam talian merenggangkan persahabatan" Siapa kata??? Saya dengan tegas
tidak menerima pandangan ini... Sebagai salah seorang bekas pelajar sekolah berasrama penuh, dunia dalam talian inilah sebenarnya mengeratkan lagi hubungan antara rakan-rakan... Dalam pada itu, saya dapat
menjimatkan kredit telefon saya apabila komunikasi bersama teman melalui internet... Sebagai pengguna
Youth Club dan
University of X, kredit tambah nilai
RM 10 boleh tahan sehingga 5 bulan! Selain itu, apa-apa cadangan untuk mengadakan sesuatu aktiviti dapat dilakukan dengan
mudah dan cekap dengan kewujudan dunia dalam talian sebagai
catalyst dalam komunikasi kami.
No comments:
Post a Comment