Monday, May 24, 2010

Kerja Untuk Duit


a) Adakah duit penting untuk diri anda? Ceritakan tentang pendapat anda mengenai duit.

-Duit perkara penting bagi Zul. No Money, No Talk.
Banyak benda yang aku inginkan memerlukan duit untuk mendapatkannya. Jadi duit sangat penting bagi Zul.
Duit bukanlah segala-galanya. Tetapi segala-galanya perlukan duit. Ramai yang berkorban jiwa dan raga demi mencari duit. Kerja halal mahupun haram. Demi duit lautan api sanggup direnangi.
Macam-macam usaha Zul buat untuk mendapatkan duit. Even Zul student, tanpa duit buat Zul sesak.haha. Mintak kat mak bapak la paling banyak.Mintak je, mesti dapat. Cuma cepat lambat je.

b) Dari mana anda dapatkan duit? Adakah anda mempunyai kerja sambilan? Jika ya, apakah pekerjaannya atau adakah anda menerima elaun daripada ibu bapa, atau kedua-duanya? 
Perlukah anda lakukan sesuatu perkerjaan untuk menerima elaun?



Dulu Zul pernah kerja part time masa tunggu result SPM.Kerja kedai Photostat. Ok la. Dapat merasai zaman pekerjaan yang menyeronokkan tetapi memenatkan.
Sekarang nie Zul jadi businessman pulak. Buat business e-commerce. best gak buat benda nie. Zul tak pernah dapat elaun dari parent Zul. Duit belanja tu selalu la..haha


c) Jika anda ingin membeli sesuatu benda (yang mahal), adakah anda akan menyimpan duit untuk sesuatu atau mendapatkannya secara terus?
Tentu la simpan duit. Zul bukannya kaya sangat sampai boleh beli terus. Zul ade member yang pergi shopping tak tengok harga. Ambik je apa dia nak. Bestkan kalau macam tu?
Bagi Zul,beli barang dengan duit yang kita simpan lagi bagus dari terus beli. Sebab kita lagi menghargai barang yang kita beli tu. Betul tak? Kita lebih merasai susah payah kita untuk mendapatkan barang tersebut. 

d) Berapa pentingkah untuk generasi ini mempunyai etika kerja yang kukuh?
Sangat penting bagi kita untuk mempunyai etika kerja yang kukuh. Kerana kerja yang kita hasilkan lebih berkualiti dan menjadikan kita lebih berdisiplin.

e) Adakah  keadaan ekonomi sekarang memberi kesan kepada anda, keluarga anda dan pandangan anda terhadap masa depan atau tidak? Apakah pendapat anda?
memang memberi kesan tapi tak la teruk sangat. Pada masa depan Zul rasa rakyat dah boleh terima dengan perubahan ni. So, just wait. haha.

f) Apakah tiga pekerjaan yang paling cool di dunia ini dan kenapa? Apakah tiga pekerjaan yang anda paling tidak suka, dan kenapa?
Kerja yang paling cool adalah guru dan doktor. sebab dua kerja ni je yang bawa nama cikgu dan doktor nie kemana-mana. Photographer pun best gak sebab kita bebas dengan idea kita. So kerja nie macam enjoy je.

Zul tak suka kerja yang melibatkan politik, mcam menteri, peguam dan MLM.
Apsal menteri? entah la, memang Zul tak suka politik.Tak best la layan politik nie..sori kalau ada yang terasa. 
Peguam sebab selalu duduk atas pagar.Buat baik salah, tak buat baik pun salah. Last-last serba salah..haha..
MLM memang tak best. Pasal apa Zul cakap MLM tak best? sebab Zul dah try dah. menyusahkan betul. Memang ar kaya, tapi tak best.

No comments:

Post a Comment