Wednesday, May 19, 2010

Day 1: Remaja dan Saya

Excited giler nak tulis, tapi xde mood pulak..layan je la ok..

a) Apakah perkara terbaik berada dalam usia muda (youth) pada masa sekarang? Adakah anda rasakan masa depan yang cerah untuk generasi anda atau adakah masa depan akan menjadi sesuatu yang merisaukan?
- perkara terbaik adalah menjadi muda itu sendiri. Tanyalah sapa-sapa pun, mesti dia akan cakap zaman mudalah yang paling best. Ye la masa mudalah kita sihat, bertenaga dan dapat hayati hidup dengan lebih sempurna. Tak kira lahir zaman bila pun, masa mudalah yang seronok. Tapi Zul rasa lebih beruntung muda-mudi zaman sekarang kerana dipenuhi kemudahan yang boleh dikatakan lengkap. sebut je apa-apa, semua ada kan? Kalau dulu datuk nenek kita berseronok dengan cara naik Vespa sambil jalan-jalan, tapi sekarang bukan setakat Vespa je kan? Apa-apa pun, generasi sekarang ada masa depan yang sangat cerah. Dari segi kesihatan, pendidikan, hiburan dan pelbagai lagi. semuanya dapat membantu untuk mencapai kehidupan yang sempurna. Memang tak dinafikan, makin lama zaman berubah dan taraf hidup juga berubah. Tapi masa muda tetap sempoi !!!

b)  Adakah anda fikir “remaja” (golongan seperti anda) sememangnya bersikap memberontak? Terangkan jawapan anda. Adakah anda rasa para remaja sekarang memberontak seperti pada masa dahulu? 
Adakah/pernahkah anda memberontak terhadap sesuatu atau seseorang sebelum ini? Jelaskan jawapan anda.

- Semua orang memberontak tidak kira tua atau muda. Cuma yang membezakannya adalah cara pemberontakan itu dilakukan. Memberontak dan Remaja adalah perkara sinonim yang wujub dalam proses pembesaran dan menempuh alam dewasa. Seseorang itu akan matang bergantung pada pengalaman hidup dan persekitarannya. Pemberontakan membantu dalam proses kehidupan seseorang dalam membuat keputusan dan menentukan baik atau buruk sesuatu perkara. Cara remaja sekarang memberontak memang berbeza dengan dulu. Sekarang mereka mempunyai banyak pilihan untuk menyalurkan rasa marah, geram, tension dan sebagainya. Ramai yang tak mengetahui bahawa majoriti Mat-mat rempit sebenarnya cuba memberontak tetapi menggunakan cara yang salah. 
Zul dengan ikhlas mengaku pernah memberontak terhadap pelbagai benda dan orang. Tetapi Zul cuba untuk menyalurkan rasa marah itu ke tempat yang betul seperti main futsal, berblogging(haha), main games.
Zul paling bengang kalau orang tu suka sembang lebat@ tapi haprak. buat tak jugak (cakap tak serupa bikin la). 

c) Adakah anda rasa hidup anda lebih senang atau lebih susah berbanding generasi ibu bapa anda? Sila jelaskan.
- mestilah senang. Zaman dah berubah. Sekarang lahir-lahir je jumpa TV, PS2, PSP dan macam-macam lagi. Mintak je ape-ape, mesti dapat. Cuma cepat atau lambat je. Kalau dulu, ayah Zul pernah cerita nak pergi sekolah bukan main susah lagi. Kena jalan kaki la, naik sampan la ,macam-macam. Sekarang budak sekolah rendah pun bawak moto sendiri.



d)Apakah yang paling menakutkan dalam dunia selain kematian?

-Selain mati, Zul takut anjing kot.haha.. Fobia sampai sekarang. Dulu time sekolah Zul suka fly, so belakang sekolah ada anjing liar. Balik fly asyik kena kejar je. Pantang dengar anjing menyalak, berderau darah Zul..aduiyai..haha..
Tapi Zul risau@takut adalah future Zul la...kita hanya merancang je kan?

 e) Apakah yang paling mengembirakan anda?
- Result Zul yang mencanak naik la yang mengembirakan walaupun tak pernah dapat pun..haha. berangan je lebih.
-dapat ape yang Zul nak. Banyak sangat dalam kepala Zul yang aku nak. teringin nak buat wishlist, tapi terbantut lah pulak idea tu.(nasib baik ada Youthsay nie)
-Zul seronok kalau orang sekeliling Zul seronok. Biarlah kita sama-sama merasai keseronokkan tu.

f)  Apakah rintangan paling sukar yang telah anda atasi dalam kehidupan anda? Apa yang telah anda pelajari dari pengalaman ini?



- SPM !!! Betul, SPM paling susah. Tanpa SPM kita susah nak ubah benda penting dalam hidup kita. Nak mintak kerja pun pakai result SPM lagi. Kadang-kadang rasa menyesal pun ade jugak. Time SPM dulu main-main.
Perkara nie lah yang banyak merubah hidup ZulZul menjadi lebih matang dalam buat keputusan, lebih berfikiran positif, dan sekarang menjalani hidup yang enjoy. Result gempak pun buat tension je baik takyah..hihi.


 g) Menurut anda, yang mana lebih penting dalam hidup anda – keluarga atau kawan-kawan? Kenapa? Dalam pengalaman anda, pernahkah anda terpaksa memilih di antara kawan-kawan dan keluarga? Jika ‘Ya’, tolong terangkan jawapan anda dan kenapa anda berbuat demikian?

- Dalam apa-apa perkara pun keluarga mesti diutamakan. Betul. Kawan-kawan nie mana-mana boleh dapat. Keluarga satu je seumur hidup. Bukan boleh ganti. Tapi jangan ketepikan kawan-kawan. Bagi Zul, kawan sangat penting. Baik buruk kita pun pengaruh kawan-kawan jugak. Kena pilih betul-betul. Ada perkara yang keluarga tak boleh tolong, tapi kawan-kawan boleh. Lagi-lagi yang duduk merantau.
Zul pernah duduk dalam situasi dimana terpaksa memilih keluarga @ kawan. Kesilapan yang Zul buat adalah pilih kawan. Tapi benda tu kecik je. Tak bawak kesan sangat la...
Member suruh beli komik, dengan ayah suruh masak burger. adoi.. better lepas masak burger Zul boleh pergi beli komik kan? Last-last tak beli pun komik, sebab tak release lagi. Bukan ape, member terdesak sangat. Duduk asrama dengan senior, macam-macam boleh berlaku.Kes buli la, pukul la..risau jugak Zul..haha

h) Beritahu kami lebih mengenai diri anda!
Macho tak?
-Nama aku Zulsyamin. Nama penuh? tak payah la. Nickname Zul tak pernah ada. teringin jugak nak ada. kalau dapat nickname yang glamour mesti best. Member-member panggil Zul@Syamin. Dua je..Cukup la dua. banyak-banyak nanti serabut kepala. Zul orang Pahang. tapi ayah Zul orang Penang. Yang peliknya, bahasa negeri lain Zul boleh faham, tapi negeri sendiri pun boleh blur lagi.. 18/6 nie Zul masuk 19 tahun. jadi try la agak tarikh lahir aku brape. Sekolah? Dari tadika sampai Form 3 Zul belajar kat area rumah Zul je. So tak merantau sangat la. Experience pun sikit je.  Form 4 Zul pindah ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak @ STAR. Pandai ke? haha.. try la teka. Sekolah tu Sekolah Berasrama Penuh(SBP), tapi Zul tengok tak pernah penuh pun asrama dia..hihi

Sekarang ni sambung belajar kat UTHM. Bukan UTM kat Skudai tu. Nie Zul tension nie. bile cakap UTHM ramai cakap UTM Skudai. UTHM tu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia kat Batu Pahat, Johor. Kalau dulu lebih dikenali sebagai Kuittho. Course Mechanical Engineering with Technology. Bakal engineer la nie. Tapi entah la..ape-ape pun belajar dulu. 


Ok la. Nie je entry Zul kali nie.. jangan lupa follow entry-entry yang akan datang. Bye...

No comments:

Post a Comment