Wednesday, May 19, 2010

Day 2 : My Family

Post untuk hari kedua! Bangun-bangun dari tidur je, terus rasa idea macam datang mencurah-curah. Ye la tu, sangat kan? Hehe. Topik tentang keluarga dan kawan-kawan? Such an interesting topic, right? Okay, let's move on! =)

Last raya

Bilangan ahli keluarga?
Enam, yang terdiri daripada Ayah, Mak, Abang, aku, Yin, dan Yana.

Anak yang ke?
Kedua daripada empat lah! =P

Abang and one of his jokes - seriously, he emailed me this one

Ada abang handsome?
Ada, dia anak pertama. Kiranya, dia 'Hero of the Family' lah. HAHA. Abang aku pun sekarang tengah study kat Egypt. Dia pelajar tahun tiga perubatan di Ainshams University, Cairo. Walaupun kitorang sama-sama study kat sini, kitorang jarang jumpa, sebab dua-dua pun busy lah kan? Adalah dua tiga bulan sekali, kitorang jumpa. Dia suka main basketball dan dia sangat suka bidang fotografi! Dia kelakar, suka kacau kitorang adik-adik dia. Kalau petang-petang kat rumah, dia suka je tiba-tiba kejar kitorang keliling rumah dengan scooter dia. Alasan dia, nak suruh kitorang exercise berlari. Kelakarkan dia? Dia juga seorang yang baik, dan suka belanja orang. Tu yang penting, HAHA. Abang suka belanja kitorang, tak kiralah barang atau makanan. Tiba-tiba je bila dia masuk pintu rumah, "Nah, I bought you guys some burgers (or books, t-shirts, etc.)." Yay! Oh ye, disebabkan dia suka 'tiba-tiba', so I guess, dia juga seorang yang sangat random and unpredictable. Panjang pula cakap pasal Abang ni. Hehe. But, most of all, the best thing about him is, he's so cool! =)

Ada kakak cantik?
Sedihnya, takde. Tapi, akulah 'kakak' dalam keluarga aku. So, yay! HAHA. Disebabkan Abang je lelaki dalam adik beradik kitorang, so aku kenalah jadi 'kakak', ye tak? =D

We are The Powerpuff Girls

Ada adik cute?
Ada, dua-dua perempuan. Sorang tu aku panggil dia 'Yin' and sorang lagi tu aku panggil dia 'Yana'. Kalau nak panggil dua-dua terus, aku panggil 'YinYang'. HAHA. Cerita pasal Yin, dia lahir lepas aku. Yana pula lahir lepas Yin, kiranya bongsu lah. Yin sekarang, dah Form 2, Yana pula dah Standard 5. Disebabkan jarak umur yang dekat, Yin dan Yana sangat rapat dan perangai pun lebih kurang sama. So, aku akan cerita pasal YinYang. YinYang sangat aktif kat sekolah. Habis semua persatuan dan pertandingan yang ada kat sekolah tu, diorang nak join dan bolot semua sijil dan hadiah. Diorang juga suka ambil gambar, mostly gambar diri sendiri. Hehe. Diorang juga kelakar, dan mempunyai banyak interest yang sama dengan aku, maybe sebab aku pun join diorang sekali. Tidur pun, kitorang still tidur sama-sama. Hehe.

Specific fact about Yin : Suka nangis, seriously. Kalau salah cakap sikit dengan dia or buat dia terasa, dia boleh terus emo, and nangis sampai mata lebam. Hehe. Tapi, kalau nak pujuk dia balik, punyalah susah.

Specific fact about Yana : Suka study, seriously. Sampaikan sambil tengok tv pun, dia boleh buka buku dan study, study, study. Kadang-kadang tension juga tengok dia. HAHA.

Mak ♥ Ayah 

Ada ayah handsome?
Hehe, mestilah ada! Ayah terbaik! Tak boleh nak describe Ayah macam mana. Randomly, Ayah suka berkebun or bercucuk tanam. Petang-petang balik kerja letih-letih pun, Ayah boleh lagi pergi check pokok kat belakang rumah, dah berbuah ke belum.Ayah juga rajin serve our neighbourhood's community. Ayah seorang yang pandai memberi nasihat. Semua nasihat yang dia bagi, tak pernah salah. Dia juga seorang yang penyabar melayan kerenah anak-anaknya ni. Ayah suka gadget. Apa-apa latest gadget yang ada sekarang, semua pun dia tahu. Oh ye, dalam diam, Ayah pandai memasak! Hehe. Ayah kelakar, suka buat lawak, dan manja dengan kitorang semua. Ayah juga seorang yang sangat menepati masa. Dia pun tak suka kalau anak-anak dia tak tepati masa dan tak berdisiplin. Kadang-kadang bila perlu, Ayah jadi tegas. Ye lah, anak-anak dia ni pun semuanya nakal-nakal kan? Banyak lagi tentang Ayah, tapi tak tertulis. Ayah is the best! Miss him so much right now! =)

Ada mak cantik?
Hehe, ada juga! Mak pun, tak boleh nak describe macam mana, sebab Mak pun terbaik! Randomly juga, Mak mempunyai same interest as her children. Kalau anak-anak perempuan Mak suka Korea, Mak pun suka Korea. Kalau anak lelaki Mak suka photography, Mak pun suka photography. Kalau Mak masak, tak perlu rasa pun dah tahu, memang sedap! Oh ye, Mak suka bodek-bodek kitorang, lepas tu korek rahsia kitorang pasal crush/boyfriend/girlfriend kitorang. HAHA, kelakarkan Mak? Mak suka lepak sama-sama dalam bilik kitorang juga, rasanya sebab nak korek rahsialah kot? Hehe, takdelah main-main je. Mak suka ikat rambut kitorang, buat tocang lah, ikat 'lipan' lah. Baju-baju koyak kitorang pun, Mak lah yang tolong jahitkan balik. Mak juga suka bermanja dengan anak-anak dia. Best kan Mak? Miss her so much too! =)

Having dinner out

Aktiviti yang dilakukan bersama?
Disebabkan kitorang mempunyai hubungan kekeluargaan yang sangat rapat, boleh dikatakan, semua benda pun, kitorang nak buat sama-sama. Kitorang selalu tengok tv sama-sama. Setiap malam, Ayah akan pastikan kitorang semua ada kat dining table untuk dinner sama-sama. Lepas siap dinner, kitorang tengok cerita Korea or movie pula. On weekends, kitorang keluar shopping or exercise sama-sama. Oh ye, satu hobi yang yang kitorang kongsi adalah membaca! Kalau pergi shopping mall, tempat pertama yang kitorang akan tuju, adalah book store. Memang tak sah kalau keluar pergi mana-mana, tak beli buku. When it's holiday, we rarely stay home. We love travelling to new places, trying new foods, studying new cultures, speaking new languages and lots more.

That's what I love about my family. =)


To be continued... Day 2 : My Friends!

No comments:

Post a Comment