Sunday, May 23, 2010

DUIT, OH DUIT DIMANA KAU DUIT!!!!!

•Adakah duit penting untuk diri anda? Ceritakan tentang pendapat anda mengenai duit.

Pada pendapat saya duit amat penti
ng bagi saya dan semua orang yang masih hidup..... Ini dapat dilihat dimana mana atau apa jua keadaan seperti hendak ke tandas awam kena duit(ada setengah masih percuma) seperti di KlCC cajnya lima linggit o..... Hendak Makan,pakaian, perubatan dan juga hendak membantu orang pun memerlukan wang yang banyak.....
Hari ini semua be
nda boleh dikatakan menggunakan wang untuk bercakap pun perlukan wang....

Dengan duit kita boleh mencari kebahagiaan dan juga kerana duit datangnya masalah!!!!!
Kebahagian dari duit kita boleh lihat dengan membantu orang yang kesempitan.....
Menggunakan wang kearah kebaikan, membawa keluarga bercuti dan beriadah di taman tema seperti Genting Highlands, Sun
ways Lagoons. Mengubah posisi manusia daripada kehidupan susah kepada kehidupan lebih senang,Melanjutkan Pendidikan.....

Datangnya kesusa
han dari duit apabila duit yang ada bukanlah daripada sumber yang baik.....
Seperti berjudi,menipu dan menindas, sesetengah manusia sanggup melakukan apapun untuk mendapatkannya..... Kadang2 akibat sib
uk mencari duit, keluarga terabai walaupun anda bekerja keras tapi tolonglah Jangan abaikan keluarga!!!!! Ini kerana anak walaupun diberi wang yang banyak mereka masih mengharapkan kasih sayang daripada keluarganya.....

Akibat dari duit manusia boleh menjadi gila malahan me
njadi binatang kerana sanggup menindas orang lain,alam sekitar. Kita dapat lihat bagaimana manusia sanggup memperdagangkan orang dan mengondolkan hutan,mencemari sungai serta menghalalkan penganiayaan berterusan demi mendapatkan wang. Akibatnya manusia terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk menanam semula pokok, membersihkan sungai dan membayar setiap hukuman.....

Jadi wang boleh membawa kebaikan dan keburukan, cuba anda fikirakn cara apa yang anda gunakan untuk dapatkan duit? Apakah cara itu cara yang baik?????


Dari mana anda dapatkan duit? Adakah anda mempunyai kerja sambilan? Jika ya, apakah pekerjaannya atau adakah anda menerima elaun daripada ibu bapa, atau kedua-duanya? Perlukah anda lakukan sesuatu perkerjaan untuk menerima elaun?
Saya menerima wang daripada kedua-duanya sumber, saya cuma membantu menjual air jambu batu ditepi jalan danjuga menjual buah-buahan..... Saya tidak perlu melakukan sesuatu perkerjaan kerana saya teriama berapa pun yang diberiakn oleh ibubapa saya..... Duit yang digunakan saya bukanlah banyak kerana saya masih lagi bersekolah dan tidak memerlukan banyak wang. Perbelanjaan saya masih di bawah tangungan ibubapa saya....
• Jika anda ingin membeli sesuatu benda (yang mahal), adakah anda akan menyimpan duit untuk sesuatu atau mendapatkannya secara terus?

Bergantung kepada barangan yang hendak dibeli sekiranya benda tersebut saya perlu menggunakannya segera maka saya akan mendapatkannya secara terus.....
Jika saya tidak perlu mendapatkan barangan itu s
egera saya akan menyimpan sedikit demi sedikit hingga mencukupi harga barangan tersebut bak kata pepatah melayu "sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit!!!!!

• Berapa pentingkah untuk generasi ini mempunyai etika kerja yang kukuh?
Amat penting untuk generasi sekarang mempunyai etika kerja yang kukuh kerana harga barangan yang tidak menentu..... Etika kerja yang kukuh penting untuk meningkatkan kepercayaan majikan ini kerana pekerjaan semakin susah untuk didapati..... Etika kerja yang kukuh melambangkan peribadu seseorang didalam sesebuah organisasi ini dapat membantu mempercepatkan kenaikan pangkat generasi ini pada masa akan datang.....
• Adakah keadaan ekonomi sekarang memberi kesan kepada anda, keluarga anda dan pandangan anda terhadap masa depan atau tidak? Apakah pendapat anda?

Keadaan ekonomi sekarang memberi kesan kepada saya dasn keluarga kerana kenaikan harga barang yang tidak menentu serta sukar untuk mencari pekerjaan yang baik selepas tamat pelajaran..... Pandangan saya krisis ekonomi akan datang dpat diatasi oleh negara ini kerana negara ini akan lebih bersedia dalam menghadapi krisis ekonomi.....Kita dapat lihat dari krisis ekonomi 1996-97 dan krisis ekonomi yang melanda dunia baru-baru ini
negara Malaysia mampu bangun dengan pantas untuk
memulihkan struktur ekonominya

Apakah tiga pekerjaan yang paling cool di dunia ini dan kenapa?
1)Pereka
Senjata Masa Depan
Pekerjaan ini jarang diceburi dan mencabar logik akal, ianya melibatkan reka bentuk, r&d serta ujikaji dalam membangunkan sistem senjata canggih untuk mempertahan negara.....
Pekerjaan ini amat mencabar kerana ianya industri yang
amat mahal dalam keuntungan sekiranya anda berjaya tetapi ianya amat merugikan sekiranya senjata anda gagal....



2)Penulis Pengembara
Saya dapat mengembara ke banyak tempak sambil mempelajari budaya dan melihat keindahan alam di sesuatu kawasan serta berkongsi pengalaman dengan pengembara lain.....
Melihat dan mempelajari kegunaan tumbuhan serta melihat haiwan bebas di habitatnya.....
Membantu pengembara lain mencari tempat menarik untuk mengembara melihat budaya, panorama, bajet terbaik dan setentunya makana
n yang istimewa ditempat itu



3)Doktor
Kerja yang mencabar untuk menyelamatkan nyawa..... Boleh menjadi kepuasaan diri apabila berjaya menyelamatkan pesakit serta membuat penemuan baru didalam dunia perubatan.....
Tetapi boleh menjadi mencabar apabila mengahadapi kes-kes pesakit yang kritikal.....
Boleh menjadi kecew
a apabila gagal menyelamatkan pesakit..... Saya dapat suntikan untuk menjadi doktor daripada drama House


BE YOURSELF, RESPECT OTHER!!!!!


No comments:

Post a Comment