Saturday, May 22, 2010

Family and Friends : The reason why I still here..

my family

Keluarga aku bukan la satu keluarga yang besar. Aku ade 4 orang adik beradik dan ibu bapa. So, hanya ade 6 ahli je la dalam rumah aku pada mulenye. Dan aku adalah adik bongsu. Kakak aku yang sulung telah pun berkahwin tahun lepas (2009) dan bertambah la ahli keluarga aku dan sekarang kakak sulung aku tu tengah pregnant! InsyaALLAH bertambah lagi la ahli keluarga aku.. kami adalah keluarga melayu jawa. Kate abah aku, moyang aku dulu duduk kat tanah jawa, Indonesia. Pendek kate kami sekeluarga bukanla penduduk tetap tanah melayu.. jangan anggap kitorang ni pendatang pulak..

my big family

Kawan-kawan aku ramai, tapi hanya segelintir je yang rapat. Diorang la tempat aku bersembang, bertukar fikiran, kongsi masalah, berlibur dan macam2 lagi la. Member rapat adalah budak2 sekolah menengah aku.. rumah kitorang bukan jauh sangat. So, kitorang boleh hangout selalu.. dan tahun ni diorang menghadapi exam STPM.. susah sikit la nak hangout ngan diorang..



Selalunye kitorang hangout kat kedai makan kat Pantai Bagan Nakhoda Omar. Tempat tu la tempat lepak kitorang sambil bersembang, tgk bola, kongsi idea dan macam2 la sampai pelayan tempat tu pun kenal kitorang. Kadang2 kitorang turun pekan berjalan2.. oleh kerana Pekan Sungai Besar dan Pekan Sabak x besar, kitorang pun x tau lagi nak berjalan2 kat mane sebab sume tempat kitorang dah discover..

Aku selalu buat kawan baru, kerana terpaksa. Setiap kali aku bertukar sekolah, dari tadika ke sekolah rendah, sekolah rendah ke sekolah menengah, sekolah menengah ke kolej matrikulasi. X de sorang pun kawan yang aku kenal. Oleh sebab itu la aku kena berkenalan dgn kawan baru. Bagi orang yang x kenal aku, diorang mungkin fikir aku ni bukanla seorang yang friendly, tapi pas kenal aku, baru la diorang betul2 kenal sape aku ni..pernah kawan aku kate first impression bile nampak aku, die fikir aku sombong.. hehe.. pasal tu la kite jangan judge a book by its cover..

Identity tu penting, aku seorang yang menjaga identity.. aku datang dari sekolah agama, kurang masalah sosial, jadi aku selalu cari kawan yang mempunyai jiwa seperti aku. Tapi aku boleh berkawan dengan siapa2 je asalkan dia seorang yang baik dan bukan seseorang yang ANNOYING.. dan aku harap diorang sume selesa berkawan dengan aku... agama BUKANLAH penghalang aku mencari kawan, ade jugak member aku non-muslim.. yang penting we must respect each other. Pesan lecturer aku..

gambar hiasan

Categorizing?? No such thing.. bila aku selesa berkawan dgn seseorang tu, he/she will be my FRIEND.. I love hip-hop but most of my friends love nasyeed, ade jugak yang EMO, Goth, geek, nerd pun ade.. I don’t belong to any group.. so, there is NO SUCH THING in my life..

~without friend we are nothing, with friend we are something~

Day 2: Family & Friends (completed)

No comments:

Post a Comment