Saturday, May 22, 2010

Family & Friends

a)Tell us about your family structure and members. Tell us stories about your time spent with family. Bring us to become part of your family! (you may include pictures)
~nilah gambar keluarga aku…keluarga bahagia..


~Keluarga aku keluarga yang sederhana dan sangat peramah jika dikenali dengan lebih dekat..Keluarga aku mempunyai ketua keluarga iaitu bapa ku yang bernama Amran Bin Endut..beliau merupakan orang Terengganu dan merupakan idola bagi kami adik beradik kerana telah bersusah payah mencari rezeki untuk kami,untuk menyekolahkan kami.Beliau merupakan insan yang lemah lembut dan tidak pemarah..Pembantu keluarga bagi keluarga aku ialah mak ku iatu Faazeah Binti Ahmad yang merupakan orang Kedah… menjadi suri rumah sepenuh masa.Beliau turut menjadi idola kami serta memberikan pengajaran kepada kami disaat kami memerlukannya..beliau sangat tegas dan pada masa yang sama sangat mengambil berat serta baik..”Kami” yang dimaksudkan ialah adik beradik dalam keluarga aku…dan buat pengetahuan korang,adik beradik aku terbahagi kepada 3 lelaki..kalau dilihat semuanya bermula dengan nama “Amirul” dan 1 perempuan..firstly ialah abang aku yang bernama Amirul Kamal dan nama panggilan “along”.Merupakan lulusan SPM dan mahasiswa UITM.Merupakan individu yang peramah.JIka berjumpa dengan seseorang yang tidak dikenali akan terus jadi kawan punya lah..tapi kadang2 jadi awek pun ade gak…hehe..kedua aku yang bernama Amirul Iskandar. dan nama panggilan”angah”.pendiam tapi bermakna…aku dah cite pasal diri aku dalam post pertama so tgk balik la ye..haha..seterusnya ialah adik lelaki aku iaitu Amirul Hakimi dan nama panggilan ialah “kimi” merupakan pelajar sekolah rendah..suka sangat bermain games dan jika ditawarkan makanan ringan dialah orang pertama yang akan menghabiskan..dasyat betul…kemudian adik yang terakhir sekali ialah adik perempuan ku iaitu Farah Nur Aina Alisa…merupakan budak yang lincah dan merupakan permata bagi family aku..jika dia demam..kelurga aku akan jadi serba x kena…kitaorang selalu panggil dia nama “adik”
~aku menghabiskan masa dengan keluarga melalui aktivit riadah seprti setiap hari Ahad,kami sekeluarga akan pergi berjogging atau berjalan di Taman Tasik Titiwangsa..kemudian jika malamnya pula..kami akan menghabiskan masa bermain bowling…jika ada kelapangan,ayah aku akan membawa pergi bersia-siar di Kuala Lumpur..Jika malam minggu,kami akan menghabiskan masa bersama menonton tv..


b)Tell us who are your best friends and why do you like to hang out with them and the activities you all frequently do together. (you may include pictures)

~kawan baik aku adalah Fikri,Mat,Najee,Azrul serta Megat..mereka merupakan kawan baik aku.
~sebab aku suka bersama dengan diorang ialah diorang kira satu kepala dengan aku..apa2 yang kita rancang akan diakhiri dengan kata sepakat.lagi satu dirang tak banyak karenah dan banyak membantu aku dalam kesusahan.
~aktiviti yang kami lakukan ialah jalan-jalan pegi Kuala Lumpur untuk tgk wayang..jamming,melakukan pengembaraan hutan dan melawat tempat ibadat bagi setiap agama di Malaysia nie..nilah gambar aktiviti kami.. aku dan kawan telah menubuhkan sebuah persatuan yang diberi nama “RAIN WHISPER”yang mana band ini mempunyai tiga kategori photografi,adventure dan music..nilah gambar aktiviti kitaorang..




m


c)When you are meeting new people how do you describe yourself?

~apabila aku berjumpa dengan seseorang yang baru,aku selalunya mendiamkan diri sehingga orang tu yang menegur aku cume sekarang setelah aku melibatkan diri dalam akitiviti kemasyarakatan disekolah..aku telah berubah dan akan memulakan topik yang berlaku di sekeliling aku dan bergaul seperti seperti sudah lama berkawan dengannya..dengan itu aku dan dia tidak akan rasa janggal.


d)Is identity important to you and your friends? How important is standing out / being different to you and your friends?

~ya..identiti aku dan kawan ku sangat penting..ini kerana dengan adanya identiti ini lah yang akan membezakan kita dengan orang lain ataupun kawan lain.tanpa identiti kita tiada pegangan hidup dan akan sentiasa mengikut identiti orang lain kerana ketiadaan identiti sendiri.Seperti yang korang tau,remaja yang berumur 15-19 akan mula mencari identitinya sendir supaya orang tau siapa diri mereka..


e)Does religion affect your choice of friends? Explain your answer

~Agama??sama sekali tidak bagi aku..aku memilh kawan bukan kerana agama nya..tapi kerana budi bahasa serta ketelusan hatinya..aku mempunyai ramai kawan termasuklah yang berbangsa india,cina dan lain-lain.Perbezaan agama bukan penghalang untuk berkawan..Jika kita memilih kawan berdasarkan agama,pandangan kita tidak berubah kerana hanya berkawan dengan satu agama sahaja..jika kita berkawan dengan agama lain,kita akan tahu asal-usul agama mereka dan mendapat pengetahuan daripada situ..tidakkah ia member manfaat kepada kita?


f)How do you and your friends like to categorize people of your age group . i.e EMO, Skater, JPop, KPop fanatic, Hip Hop, Goth, freak, geek, shutterbug, others? What are the three most popular groups/looks amongst you and your friends?

~Ya..aku dan kawan suka mengkategorikan setiap orang yang sebaya dengan kami.Kami akan berbincang sesame sendiri tentang personality seseorang berdasarkan penampilannya..jika budak sikat rambut belah tepi kami gelar budak nerd(panggilan untuk budak lurus bendul)..jika pakaian nya serba hitam kami mengelarnya sebgai goth..banyak lagi gelaran yang diberikan oleh kami..kami sekadar membuat semua ini hanya untuk suka2..ini disebabkan aku dan rakan selalu meluangkan masa bersiar-siar di Kuala Lumpur dimana pelbagai ragam orang yang sebaya dengan kami..kami suka memerhati gelagat mereka..hehe
~kumpulan paling popular dalam kalangan aku dan kawan ialah budak cool,nerd,and popular….

No comments:

Post a Comment