Sunday, May 30, 2010

Jenama

a) Adakah barang berjenama penting untuk anda? Bagaimana sesuatu jenama boleh menggambarkan atau mewakili anda?
Semestinya. Kadang kala jenama menentukan siapa kita. Zul tak tau la pulak macam mana jenama boleh menggambarkan seseorang. As long as dia happy dengan pilihan dia, itu sudah cukup. Tapi bagi Zul, jenama buat Zul lebih yakin dan dapat meningkatkan kemahiran Zul. Sebagai contoh, Zul suka bola sepak dan Leo Messi. Jika kita pakai jenama dan produk yang sama dengan bintang pujaan kita, secara tidak lansung cara kita bermain atau gaya akan terikut-ikut disebabkan jenama yang kita pakai. Benda nie berlaku pada Zul sendiri dan its work!!


b) Adakah terdapat mana-mana jenama yang anda rasakan menjadi wakil kepada sesuatu (sikap, tujuan atau pendapat) yang anda setujui? Berikan contoh jenama-jenama yang anda rasa layak dibayar lebih, dan terangkan kenapa anda berkata demikian.
Zul rasa jenama seperti Nestle and Nike. Nestle dan Nike antara dua jenama yang sinonim dengan remaja sekarang. Kalau Nestle semestinya Milo. Minuman yang memberi tenaga. haha..memang sesuai dengan hidup remaja yang aktif.
Nike selalu menganjurkan program2 yang best2 dan selalunya target market diaorang adalah remaja.


c) Senaraikan jenama kegemaran anda dan ceritakan kenapa anda sukakanya
Nike dan Adidas



Sebagai seorang yang aktif bersukan, dua jenama nie memang best. Produk2 yang dihasilkan memang berkualiti dan menarik. Boleh dikatakan banyak barang-barang Zul, terdiri daripada dua jenama nie.


d) Uploadkan dua iklan (gambar atau video) kegemaran anda dan ceritakan kenapa anda  suka iklan tersebut.
Zul suka iklan2 yang dihasilkan oleh petronas. Really Cool. Sangat memberi kesan kepada penonton.












e) Adakah terdapat mana-mana jenama atau barangan yang anda rasa malu untuk menggunakan atau dijadikan kaitan?
Setakat nie tiada jenama atau barangan yang Zul guna buat Zul rasa malu.


f) Adakah agama mempengaruhi pilihan anda terhadap sesuatu jenama? Jika ya, sila terangkan jawapan anda.
Tidak sama sekali.


g) Dari manakah anda mencari informasi terbaru mengenai jenama atau produk baru ?
TV adalah sumber utama selain internet.Internet tidak pernah gagal memberi maklumat terbaru tentang jenama atau produk.

No comments:

Post a Comment