Monday, May 24, 2010

Keluarga Dan Teman










Photobucket








Diatas merupakann carta keluarga dimana bermula dengan papa saya iaitu Sumardi bin Abdullah. Beliau bukan sahaj chief Engineer, akan tetapi beliau juga adalah chief dalam keluarga saya. Sebelah Beliau adalah Khatijah binti Ismon iaitu mama saya. Mama merupakan housewives dan juga pembantu papa dalam keluarga ini. Mama dan papa adalah ketua yang terbaik! Di bahagina yang ke-2 pula, di sebelah kiri sekali adalah abang besar, iaitu anak pertama antara kami semua, iaitu Suhendra Harian bin Sumardi. Nama beliau agak Nampak kejawaannya walaupun tidak berapa fasih berbahasa jawa. Haha! Beliau telah pun bernikah dan mempunyai 2 cahaya mata. Isteri beliau adalah disebelah beliau iaitu Haryani binti Mohd Hashim dan dibawahnya merupakan 2 cahay mata mereka iaitu Suha Nasywa yang pertama dilahirkan dan selepas itu Haris Sufian. Mereka adalah keluarga bahagia! Yang ke-2 pula adalah Suherda Afriyanti binti Sumardi. Nama beliau seakan-akan dengan nama abang yang sulung, kerana nama kedua-duanya diberi oleh mama iaitu mengikuti cerita mama, beliau kata nama mereka dipetik dari campuran nama anak-anak saudaranya. Walaupun sedikit pelik tapi menarik! Haha  Suherda juga sudah bernikah dengan seorang jejaka mantap berasal dari johor iaitu abang Fakri Walaupun belum mempunyai cahaya mata mereka juga sangat bahagia bersama. Huhu Selepas Suherda adalah Susilowati binti Sumardi. Kalau yang ini namanya tak tau dipetik dari mana sebab taka de sejarah tentang nama beliau. Akan tetapi hanya rakan-rakannya sahaja yang memanggil nya susi, kami sekeluarga panggil beliau aisyah. Ini terjadi kerana mulanya mahu diberi nama aisyah akan tetapi tak tau apa kesudahan ceritanya. Haha Susi adalah seorang yang tegas dan beliau mempunyai pendirian yang teguh. Beliau bernikah saing dengan Suherda, tapi beliau telah dianugerahkan cahaya mata terlebih dahulu bersama abang wan kaki pancing. Haha Anaknya bernama Syahmi Ramzi, comel macam cina bukit dan kuat pekik. haha yang ke-4 pula adalah Nurrul Khusnah binti Sumardi. Beliau akan nikah padah awal bulan 7 ini bersama Adi del mokhtar anak jati nogori. Tunangnya sangat friendly dan cool! Mempunyai minat yang sama dengan saya walaupun beliau lebih jauh tua dari saya. Haha tapi mereka ini tetap cool! Tak lupa juga bahawa nurrul juga mempunyai nama panggilan dirumah iaitu yun. Yang ni pun tak tau ape cerita boleh jadi yun. Selepas Nurrul adalah Muhammad Syariffuddin bin Sumardi. Seorang yang degil dan sentiasa nak menang je kalau bebual. Memang tak oleh nak mengalah. Semasa kecik-kecik dulu kitorang sentiasa bertengkar bermacam-macam perkara, tapi kadang-kadang tu kalau ade minat yang same boleh jadi aur dengan tebing. Kalau bab game jangan cakap la, sentisa bersama-sama. Haha! Tapi sekarang ni masing-masing da membesar, be professional je la kalau bercakap dengan dia. Huhu ;p yang akhir sekali dan yang terbongsu sekali adalah saya. Tak perlulah jelaskan lagi tentang saya, sebab hari pertama voices2 dilancarkan sudah saya terangkan tentang diri saya.
Keluarga Sumrdi merupakan keluarga yang besar dan bahagia! Kami sememangnya bahagia dengan bermacam-macam saat yang telah kami lalui, saat gembira dan sedih, manis dan pahit dan macam-macam lagi la. Jika ingin dikongsi kan memang berjela la blog ni. Cukup la dengan pengenalan kepada semua ahli keluarga. Daripada pengenalan itu, saya rasa anda dapat bayangkan apa yang telah dan akan kami semua lalui.











Bagi saya, semua orang yang berkawan dengan saya adalah kawan baik saya. Tiada jurang diantara mereka semua, tidak pernah wujud namanya kawan baik atau jahat. semuanya adalah sama di mata kita. Semua manusia itu tidak lah sesempurna nabi atau malaikat, kerana kita dilahirkan dengan akal fikiran dan hati. Masing-masing emmpunyai jalan hidup sendiri. Kita tidak layak untuk menentukan sama ada mereka itu tinggi atau rendah, baik atau jahat. kawan-kawan saya semuanya terbaik, walaupun bermacam jenis perangai yang wujud, itu adalah kebaikan bagi saya. Apabila kita bergaul dengan bermacam jenis orang, berbagai pengalaman yang akan kita dapat. Tak kan selama hidup kita ni hanya jalan pada satu jenis jalan je. Bosan lah kalau kita tidak explore dengan lebih luas tentang jenis manusia. Bagi saya, mereka ini semuanya sporting dan terbaik. Walaupun segelintir tidak berfirkiran luas dan jauh, kita harus memahami mereka dan saling ingat mengingati. Kalau semua orang sama saja macama kita, kita pun akan rasa bosan kerana tidak dapat menemui sesuatu yang baru. Saya suka melepak dengan mereka semua kerana mereka mempunyai prinsip diri sendiri dan mereka tidak hipokrit. Kebiasaan aktiviti yang akan kita semua lakukan adalah bergambar!






Berjumpa dengan rakan baru adalah perkara yang menarik dan dinanti-natikan. Ia adalah satu cabaran yang terbaik. Liku-liku perjalan untuk mengenali seseorang adalah perkara paling seronok kerana kita akan mengenali mereka dengan bermacam-macam adegan dan perangai. Dan akhir sekali mereka juga akan menjadi diri mereka sendiri. Kebiasaannya, saya slowly memperkenalkan tentang asas diri saya. Tapi saya lebih suka bersikap terus terang daripada menjadi hipokrit, jalan paling mudah sekali. Senang cerita tak payah la nak berlakon-lakon depan mereka, tapi belakang mereka kita ni lain orangnya. Pada mulanya mungkin mereka tidak suka dengan cara kita, suatu hari mereka sendiri akan paham kenapa kita begini dan begitu. Kita sendiri harus memahami kehidupan orang lain, kerana memang rambut kita sama hitam, tapi hati lain-lain beb. :D





kedua-duanya bukan lah prinsip hidup saya. Menjadi diri sendiri adalah cara yang terbaik. Kenapa kita nak malu kita ini memang insan yang lemah? Apa mereka itu terlalu hebat ke sampai kita sanggup bergolok gadai berlakon depan mereka? tak perlu la, kalau mereka tak suka dengan cara kita ada lebih 1000000000000 orang yang nak berkawan dan memahami cara hidup kita. The world Is Just Awesome la. :D






Rasanya setiap agama itu tidak mengajar anti akan tetapi keamanan dan kebaikan. Bagi saya, pemilihan kawan itu bergantung pada diri. kalau kawan sebaik mana pun, kalau kita sendiri tidak reti pikirkan mana yang baik dan buruk memang tipikal la pemikiran mereka ni. Semua ini adalah bergantung kepada diri kita sendiri juga, tiada kaitan anatare agama, bangsa dan juga negara. 




Kami semua lebih suka dikategorikan sebagai Humanity. :D

No comments:

Post a Comment