Sunday, May 23, 2010

KELUARGAKU KAWANKU RILEKS


· Ceritakan tentang struktur dan ahli keluarga anda. Ceritakan kisah-kisah bersama dengan ahli keluarga anda. Bawakan kami menjadi sebahagian keluarga kamu! (sila sertai gambar)

Keluargaku boleh dikatakan multi racial ini kerana nenek ku berkahwin dengan datuk tiriku india malayalam,
sepupuku pula berkahwin dengan orang cina manakala mak menangkat ku kahwin dengan pemuda punjabi.....
Tetapi keluargaku telah terpecah dua akibat perpisahan Malaysia dan Singapura susah nak jumpa......
Nenek ku tinggal di Singapura jadi susah untuk kesana..... Kesilapan dilakukan oleh pemimpin dahulu menyebabkan kami sukar berjumpa tetapi kami masih dekat dihati......
Aku Mempunyai keluarga yang agak besar. Keluargaku
mempunyai 8org ahli.Dahulu keluargaku agak susah tapi atas usaha ayah dan ibuku kehidupan kami makin senang. Keluarga aku nih terima semua tetamu x kira masa kerana masih berpegang pada adat melayu lama jadi siapa nak mai dia boleh mai xpayah buat appointment tapi kena buat appointment juga kadang2 takut x dak kat umah..... Kami tinggal dikawasan yg dusun buah-buahan...Kalau nak makan buah mai la sini email syahir tau . Mari lihat keluargaku yang istimewa.....

Ayah

Sudah nak pencen, seorang yg tegas dalam pendiriannya. Sentiasa peka akan isu semasa seperti didalam isu pendidikan...Disebalik ketegasan dia seorang yang penyanyang. Tanpa mama hidupnya kosong, jadi kemana saja dia pergi atau apa aktiviti yang dilakukan mama mesti ada bersama.... Tetapi jika ayah dengan mama keluar berdua sampai ke Johor pun mereka boleh pergi...Ayah disebalik ketegasan mu kau pandai melawak dan menghiburkan kami.. Tetapi apabila menjadi marah tiada siapa pun dapat menghalangnya kecuali mama.... Ayah sering berkongsi pengalaman hidupnya,ayah pernah hidup susah dan merantau pernah melihat bagaimana perpecahan sebuah negara berlaku seperti peristiwa keluarnya Singapura dari Malaysia.... Ketika hidup susah dia bekerja sebagai nelayan dan juga bekerja dikedai kopi.... Tetapi ayah seorang yang kuat semangat juangnya tidak pernah mengenal erti kekalahan melalui pendidkan lah kehidupannya berubah dia kini menjadi seorang guru besar berijazah oleh itu dia mahu anaknya mencontohi dia.....Mempunyai pengalaman yang luas tentang hidup dahulu sangat aktif dalam Pengakap

Mama

masakan ma
ma
Isteri yang tabah menahan cabaran rumah tangga..... Mama Bijak mengurus halehwal rumah tangga..... Masakannya merupakan yang paling sedap x siapa boleh lawan(biasalah air tangan ibu)... Dia juga dahulu mengahadapi hidup susah tetapi sentiasa bersabar..... Hatinya lembut boleh mnjadi tegas atas dasar untuk kebaikan anak-anaknya. Dahulu menjual kuih berbagai jenis



demi membantu ayah yang gaji sedikit waktu itu serta untuk membesarkan dan menyekolahkan enam orang anaknya.... Mama seorang rajin membaca telah banyak buku hikayat dan novelyang dibacanya..... Mama pandai bercerita dan hebat dalam mengulas sesuatu perkara yang dilihat,didengar dan dibacanya.....Mama boleh dikatakan sebagai wonderwoman semua perkara boleh dilakukannya seperti memasak,menjahit,menulis,mengarang dan bermacam mcam lagi boleh dilakukan oleh mama.... Jangan melakukan kesalahan dengan mama kerana dia akan ungkit kisah lama...Mama maafkan Syahir kerana sering telanjur kata-kata sehingga melukakan hatimu...... Ayah dan mama syahir sayang mu kerana tiada siapa dapat mengantikan tempatmu

Adik-Beradikku
Kak Nur
Anak sulung, dia membantu mama membesar adik-adiknya dan membantu ayah mencari pendapatan..... Kakak yang baik hati masih solo. Suka berkongsi setiap perkara
dengan ahli keluarganya..... Kak Nur dengan mama yang mengajar matematik masaku di primary dulu... Kak Nur seorang yang ramah berbicara, rumah jadi lenggang suatu ketika dulu apabila dia pergi ke asrama dan ke ibu kota untuk bekerja.... Rajin bercerita setiap perkara yang berlaku.. Aku masih ingat sewaktu kecil dulu dia akan membawa balik chocalte daripada asrama dia untuk dikongsi bersama....

Abg Fiz
Anak ke2 membantu mama, dahulu A
bg Fiz, Kak Nur dan Kak Aja sering menghantar kuih ke kedai Guna , kedai Kassim untuk dijual ketika itu kami tinggal di Nibong Tebal keadaan kami mungkin susah tapi kami happy je....Abg Fiz sekarang seorang graduan dalam bidang bioteknologi. Abg Fiz sering dijadikancontoh oleh mama kepada aku kerana ketabahannya ketika bersekolah....Abg Fiz pakar dalam Bidang komputer dan juga teknologi kalau komputer rosak dia yang repair.... Teliti dalam memilih barangan dan juga kerjanya.....

Kak Aja
Anak Ke3 pandai dalam bidang memasak dan rajin menguruskan bahagian dapur.....Seorang yang bijak berbicara dan pandai mencari rakan baru.... Men
gambil kursus yang jarang diceburi perempuan iaitu electrical wiring .....Kak Aja seorang yang suka buat lawak tetapi kita ketawa bukan kerana kelakarnya dia tetapi kerana ketawanya yg mendorong kita ketawa..... Kak Aja kekadang baik kekadang buruk semua bergantung pada moodnya pantang digangu ketika tidur akan naik angin kalau kena kacau.....
Abg Mie


Anak ke4, memnjadi rakan sepermainan ku kerana perbezaan umur kami yg dekat..... Masa kanak2 kami banyak dihabiskan berdua kerana setiap aktiviti kami melakukanya bersama... Sikapnya berubah apabila masuk kedalam asrama jadi pemarah dan pendendam tetapi sekarang mungkin dia dah dapat mengawal kemarahannya.. Sekarang dia periang dan suka buat lawak.... Lebih hensem daripada aku sikit je tu, jadi senang la dia nak dapat awek....Sukakan red alert sering mengunakan arsenal the rising sun.....
Aku
Anak ke5 aku senang bersama keluaragaku kerana bagiku keluarag
aku segalanya jadi sebab itu aku lebih suka tinggal dirumah berbanding di asrama.....Sentiasa cuba menghiburkan orang dan mencuba melakukan setiap perkara dengan sehabis baik... Aku sukakan setiap perkara tentang kebudayaan melayu dan juga suka tarian moden..... Sering menganalisa setiap perkembangan semasa dunia dan juga arah tuju ini kemana kerana masa depan semakin mencabar belum tentu aku dapat mencari rezeki di Tanah Air yang ku cinta ini.....


Adik Na Anak Ke6 aka bongsu seorang yang manja dan periang tetapi kadang-kadang bahasanya agak kasar mungkin dia kurang sedar ketika itu.....A
dik yang baik danrajin apabila datang mood rajinnya tetapi apabila dia malas semua passing kat aku.....Huhu kesian kat aku kena buli ngan adik sendiri..... Rajin belajar dan aktif dalam kokurikulum..... Abg Syahir harap Adik Na boleh lebih cemerlang daripada abg Syahir didalam pelajaran..... Adik Na sangat sukakan lagu korea dan jepun.....

· Ceritakan tentang kawan baik anda dan sebab-sebab anda suka lepak dengan mereka dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama-sama. (sila sertai gambar)

Kawan baik, bagiku semua kawanku adalah kawan baiku... Antara kawan baiku ialah
James boleh dia ku anggap sebagai adikku, James we are brothers.....Dia bercita menjadi penari
breakdance terkenal dunia dan menjadi orang terkenal dalam bidang karatedo serta mewakili Malaysia diadalam badminton piala thomas....Kami sangat rapat dan sering bertukar pendapat dasn berkongsi cerita....
Andrew dan Tan aku kenal sejak f1 masuk free school je jumpa diaorang..... diaorang ni apa pun boleh cerita semua benda boleh jadi.....
kawan baik aku lagi ialah Lim lam Chieh gpeminat fanatik Myley Cyrus dan juga meminati games red alert cam aku,Ansari atlethe sekolah,Asrul kwan aku sejak dalam asrama hingga jadi classmate aku ,Nidzam dan ramai lagi la.....
Kekadang aku ada clash dengan mereka biasa la kwn kan

My classmates kira semuanya happening kami di Free School relax je semua kira kawan.....
Bebudak hostel mereka ni kira macam adik beradik aku la, makan sekali, tidur sekali, main sekali tu semua sebelum aku keluar hostel la sebab aku dah bosan duduk kat ostel.......
Gang bas rapid aku semua orang aku jumpa boleh jadi kawan x kira tua ke muda ke sampai aku punya kawan baik la diatas bas.....

Selalu aku pergi lepak kat macdonald dan pergi melihat wayang bersama kekadang pergi berenang dan gi berkubang di sungai bersama pergi main game la...... Kebanyakan nya boys stuff la malas nak cerita banyak sgt...

Gambar di Sekolah

Aku, Ansari,Nidzam Aku, James Dan Andrew kerja amal Rasyth dan Ram


BOys Outing
Mandi ditaman belia bersama geng kita(photos beramai setelah mata menjadi biru dan kesejukan)Mereka merupakan kawan daripada kelas lamaku dari form 1 hingga form 3 tetapi kami semua masih bersahabat......

selonggok kentang untuk semua ini kentang kami shre bersama(Andrew,james,aku,lim)....

Aku dengan Lim dan Adikku James menikmati lunch di Mcd,

· Bila berjumpa dengan kawan yang baru, bagaimanakah anda memperkenalkan tentang diri anda?

Bergantung pada tempat dan keadaan serta majlis sperti Hai sekolah mana nih????Saya syahir Blablabala.....

·
Berapa pentingkah sikap menonjolkan diri atau menjadi berbeza (identiti) daripada yang lain terhadap anda dan kawan-kawan anda?
Kami semua neutral je semua sama ja sikap menonjolkan tidak lah penting sangat......Asalkan satu kepala dan saling hormat menghormati

· Adakah agama mempengaruhi bagaimana anda memilih kawan-kawan? Jika ya, terangkan jawapan anda.

Tidak lah yang penting kami saling menghormati dan sekepala dalam setiap perkara.....
Sebagai contoh saya dengan James kami berbeza agama tetapi kami seperti adik dan abang
saya neutral saja dalam memilih kwan....


· Apakah kategori yang anda dan kawan-kawan anda berikan kepada kumpulan sebaya anda, contohnya EMO, Skater, JPop, Hip Hop, Goth, freak, geek, shutterbug dan lain-lain?

Setiap orang mempunyai gaya tersendiri tetpi kebanyakan saya lihat ialah hip hop, goth, ah beng

tetapi itu semua x menjadi ukuran kerana kami semua neutral.....setiap orang berhak memilih cara dan style mereka sendiri.....


BE YOURSELF RESPECT OTHERS

No comments:

Post a Comment