Monday, May 31, 2010

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Salam





1Malaysia. Apa yang kita faham mengenai satu Malaysia seperti yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri kita. Tapi untuk tugasan kali ini, saya tidak akan menyentuh apa itu 1Malaysia dan sistemnya. Saya akan mengulas mengenai pendapat saya tentang 1Malaysia. Nak tau lebih lanjut, layari :
1Malaysia

Saya suka akan kepada idea konsep 1Malaysia ini di mana ia memupuk semangat kesatuan dalam kaum tanpa mengira agama, bangsa, dan budaya. Semuanya di bawah satu payung yang sama, iaitu 1Malaysia. Tiada unsur berpuak – puak, penindasan, permusuhan, dan lain – lain. Mungkin kesannya tidak lagi menyeluruh, disebabkan oleh faktor – faktor perlaksanaannya.

Akan tetapi, 1Malaysia masih lagi jauh diawang-awangan. Kenapa? Lihatlah, setiap kaum, mengamalkan sikap berpuak – puak (racist), menindas golongan yang lemah, yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin kayap. Isu gejala sosial yang kian meruncing juga menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak dan moral remaja masa kini. Lihat diri kita sendiri, bagus ke? Dah hebat sangat ke? Sampai perlu meniru budaya barat yang sememangnya untuk menjatuhkan kita, terutamanya bagi yang beragama Islam.

Bercakap dari sudut politik, ya memang jelas, terlalu banyak isu politik yang sudah sampai ke tahap yang kritikal. Politik merupakan medan utama kestabilan sesebuah negara. Musuh sentiasa memerhatikan kita, dan cuba untuk masuk campur dan seterusnya melakukan porak poranda seperti yang berlaku sebelum ini, yang termaktub di dalam sejarah, apabila Pulau Pinang jatuh ke tangan British. Saya tidak menyebelahi mana – mana pihak, akan tetapi, kami berhak menyuarakan suara kami, berdasarkan nama program yang diberi “Real Voice”, we have to voice out our notions!

Hidup di bawah satu masyarakat yang berbilang bangsa sangat la menyeronokkan apabila suasananya harmoni tanpa sebarang perpecahan kaum dan pertelingkahan sesama sendiri. Melayu, Cina, India, dan sebagainya, perlulah mengamalkan budaya integriti, untuk melahirkan masyarakat yang harmonis dan maju. Janganlah sekali – kali mengamalkan sikap berpuak. Sememangnya saya sendiri benci dan marah walaupun orang bangsa saya sendiri mengamalkan budaya sebegitu. Beginikah sikap rakyat Malaysia yang mahu maju jikalau tidak bersatu padu? Kenapa perlu membakar rumah – rumah ibadah agama lain? Mengutuk kaum – kaum yang lain, mencaci, menghina? Tidak perlu!

Malaysia merupakan negara yang sedang menuju ke arah negara maju, masih dalam pembangunan. Orang di luar memandang Malaysia, sebagai negara yang aman tanpa peperangan, tetapi mempunyai masalah dalaman yang mampu membawa kepada kekacauan di dalam negara. Malaysia boleh menjadi negara yang setanding dengan negara maju seperti US dan lain – lain, dengan syarat, mengubah sikap dan mentaliti setiap orang yang cetek dan negatif.

Salam.

No comments:

Post a Comment