Sunday, May 23, 2010

REMAJA + MASA KINI = ???


-remaja-
Pelbagai pandangan dan tanggapan dilontarkan kepada manusia yang berada dalam peringkat umur 15 hingga 25 tahun (Jangka umur remaja mungkin berbeza berdasarkan pandangan lain). Secara umumnya, seseorang itu mencapai peringkat remaja setelah mencapai akil baligh. Kini, ada sahaja pelbagai masalah sosial dipaparkan oleh media yang berpunca daripada remaja. Adakah SEMUA remaja masa kini bermasalah? Sudah tentulah jawapannya tidak. Namun, bukannya senang untuk kita, para remaja untuk membersihkan pandangan serong masyarakat terhadap kaum remaja. Inilah salah satu cabaran remaja sekarang - untuk mempositifkan tanggapan masyarakat terhadap kita. Mengapa terjadinya sebegini? Maka benarlah kata-kata orang dahulu: kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Oleh itu, kita bukan sahaja perlu menjauhi segala prilaku negatif, malah perlulah tegur-menegur dan saling menasihati rakan-rakan kita juga agar tidak terlibat dalam aktiviti tidak disenangi masyarakat, seterusnya dapat menghalang bertambahnya lagi calar pada nama remaja. Masa depan remaja kini juga merupakan perkara yang perlu dirisaukan sekiranya fiil kita masih di takuk lama. Sekiranya tindakan tidak dilakukan dengan agresif, mungkinkah nama negara kita ini masih lagi berdiri pada masa hadapan?
-bilakah statistik ini akan berkurangan?-



Remaja kini suka membantah? Nampaknya saya ketandusan idea dalam menentukan samada untuk menyokong atau menolak pernyataan ini. Akan tetapi, jika dilihat secara kasarnya, memang genarasi kini selalu membantah terhadap apa-apa yang ditetapkan. Mengapa ini boleh terjadi? Adakah disebabkan dasar Dunia Tanpa Sempadan yang menyebabkan generasi kini terikut-ikut dengan budaya barat? Ataupun, adakah disebabkan taraf pemikiran generasi kini lebih tinggi daripada generasi dahulu hinggakan apa-apa yang diutarakan oleh mereka, kita pangkah bulat-bulat? Fikirkan.

Menjadi remaja masa ini juga merupakan satu cabaran ekstrem kepada saya dan rakan-rakan luar sana. Lihatlah lambakan golongan cerdik pandai sana-sini. Jika kita tidak berjaya menempuhi cabaran ini, mungkin amat sukar bagi kita untuk mengekalkan kehidupan yang selesa terhadap diri sendiri. Hal ini bukan sahaja menimpa atas diri saya sahaja, malah atas semua remaja kini. Andaikata kita tidak dapat menguasai pelbagai ilmu dan kemahiran, kemungkinan besar hidup kita kelak amat perit untuk dihadapi.

Secara peribadinya, perkara yang amat saya takuti ialah masa depan. Dalam perjalanan menuju masa depan, pelbagai perkara perlu ditempuhi. Saya juga perlu membuat pilihan yang tepat agar masa depan menjadi cerah. Persoalannya, saya masih ragu-ragu dalam menentukan sesuatu pilihan kerana ditakuti saya akan menyesal pada masa hadapan dengan pilihan tersebut. Masih tak anda ingat sajak bahasa Inggeris yang dipelajari di sekolah dahulu? The Road Not Taken. Sajak ini banyak memberi erti dalam kehidupan kita memandangkan hidup kita ini penuh dengan pilihan.
 -the road not taken-

Kita beralih pula kepada soal keluarga dan rakan. Majoritinya, remaja lebih berseronok bersama rakan-rakan. Hal ini turut dialami oleh saya. Namun, kita sepatutnya memperuntukkan had dan batasan. Hal ini kerana institusi keluarga dilihat lebih banyak kepentingannya.Keluargalah yang akan bersama kita sehingga akhir hayat. Tidak seperti rakan, yang mana kita mungkin terpisah kerana masiing-masing mempunyai agenda tersendiri; untuk melanjutkan pelajaran atau menceburi bidang pekerjaan. Kawan yang sejati sebenarnya amat sukar dicari. Jangan memberikan sepenuh kepercayaan kepada seorang rakan sebelum kita betul-betul mendalami isi hatinya.
 -utamakan keluarga-

Mengenai pengarang:
Saya merupakan bekas pelajar sebuah SBP dan akan melanjutkan pelajaran ke UiTM Shah Alam. Pada saya, ketakutan itu seperti hologram: mereka yang hanya melihat dari jauh tidak akan tahu bahawa amat senang sebenarnya untuk menembusinya. Jenguk-jenguklah blog saya jika ada masa!!!

p/s: maaf jika ayat saya menyakiti mana-mana pihak.

No comments:

Post a Comment