Monday, May 31, 2010

Waking The Fallen!!


1Malaysia? Chaitt!! First time aku dengar menatang nie pown dah nak termuntah! Bukannya apa, aku rasa slogan nie dicipta hanyalah untuk mengembalikan semula sokongan rakyat terhadap kerajaan yang kalah teruk pada pilihanraya umum 2008. Aku nie cakap bukanlah kerana aku nie sokong pihak pembangkang, tetapi atas modal aku nie sebagai seorang remaja. Tolonglah, jangan nak kaburi mata rakyat macam kita nie dengan benda2 nieh. MAAF ya, bukannya niat aku untuk memburukkan sesiapa atau mengahasut mana2 pihak.

Aku nie baru 17tahun. Baik aku menumpukan perhatian aku kepada pelajaran daripada melayan mainan politik negara nie. Namun, isi hati harus diluahkan. Harap youthsay tak banned post nie ek.. Tapi korang pikir la balik. 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'. Boleh pakai ke slogan nie? Nie dekat kampung aku masih bersepah lagi rakyat yang miskin dan memerlukan bantuan. Sedangkan 'orang besar' masih bersenang-lenang dengan kesenangan hasil daripada duit rakyat sendiri.

Kenapa nak hebohkan sangat pasal 1malaysia nieh? Kalau itulah matlamat mereka,juz laksanakan je la. Xpayah nak heboh melalui media massa tentang benda karut nieh. Konon nak beritahu yang merekalah yang memperjuangkan nasib rakyat negara nie.  Hipokrit betul lah..! Yang kuat menindas yang lemah, kaya menindas miskin. Inikah 1Malaysia?

Namun,aku cuba memandangnya dari sudut positif. Bagi aku ada eloknya jugak konsep 1Malaysia nieh. Itupun kalau kerajaan betul2 dapat melaksanakannya. Bukanlah mudah untuk menyatupadukan semua bangsa yang ada dalam negara dan membuang sifat racist masing2. Kalau itu boleh dilakukan memang respect lah!! Salute Dato' Najib..!! Beri sedikit masa kepada mereka untuk membuktikan konsep 1Malaysia dan slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' tu benar2 serius. Sebab aku tengok dalam tahun pertama nie hanya 'pencapaian diutamakan' jer yang jalan. Tu pown bila time pilihanraya jer. Dah la. Malas nak cakap banyak2. Setel!! Inilah pendapat aku sebagai remaja!!

***********************************************
Race or country first?
Definitelylah country first. Bagi aku kita perlu buang sifat untuk memajukan bangsa sendiri sahaja untuk berjaya. Ini adalah Malaysia. Negara yang dimiliki oleh orang Melayu,Cina,India,Iban dan sebagainya lagi. Ini adalah negara kita. Kita xboleh lah untuk membengunkan bangsa sendiri jer. Kalau bangsa kita maju sekalipown sedangkan bangsa lain masih terkial-kial, bagaimana Malaysia nie nak maju? Masih ada lagi masyarakat atau bangsa yang mundur.

Pasal tension pula, aku rasa memang wujud arh. Tetapi bukan antara races, tapi antara peninsular dan Sabah Sarawak. Aku rasa masyarakat Sabah dan Sarawak sebilangannya masih xdapat menerima masyarakat semenanjung. Mereka masih keliru dan mengganggap rakyat semenanjung nie sebagai perompak. MAAF skali lagi. Ini bukan crita rekaan aku. Aku terbaca pasal nie di sebuah forum. Memang saling kutuk2 antara satu sama lain. Bahkan ada diantara mereka yang mengatakan agar mereka dapat keluar dari Malaysia. Ini memang di luar jangkaan. Jadi? Kerajaan 1Malaysia, tolong cari jalan penyelesaian..!

***************************************
Negara besar seperti Amerika mungkin masih menganggap Malaysia nie hanya sebagai negara kecil yang masih lagi bergantung kepada kuasa2 besar untuk membangunkan Malaysia ini. Itu pendapat aku dalam bidang ekonomi dan teknologi. Dalam segi lain pulak, masyarakat luar yang pernah melawat Malaysia semestinya akan melabel Malaysia sebagai negara yang aman. Rakyat sering beri senyuman dan layanan baik kepada mereka. Namun itu hanya kepada pelancong asing. Korang sendiri pown mungkin pernah berselisih dengan RAKYAT negara kita sendiri di jalan kan? Ada penah kita atau diorang memberi senyuman? Kalau ada pown rasanya susah nak jumpak la de.

So, aku harap rakyat Malaysia nie xkira bangsalah masing2 berusaha untuk mengharumkan nama Malaysia di mata dunia pada masa akan datang. Tak kiralah dari sudut ekonomi,politik,sukan dan sebagainya. Ini aku cakap bukan untuk orang laen jer, tapi sebagai pembakar semangat untuk diri aku sendiri. Biarlah negara2 celaka macam Israel tu pown akan respek Malaysia satu hari nanti. Itu respek dari sudut ketenteraan lah kowt. Hak2.
Terbaru, rakyat Malaysia mungkin antara korban dalam serangan rejim zionis ke atas kapal bantuan ke Gaza! Yeah..Rakyat Malaysia dah jadi korban zionis laknatullah sekarang! Takkan nak biar je bai??

Sedih nak tinggal blog nie. Kalo nak make fren add la aku.
http://www.facebook.com/CaonStyloMylo 
http://last.fm/user/rebellion92
http://twitter.com/PetrIkhwan

No comments:

Post a Comment