first sekali aku nak ucapkan thanks kepada youthsays la sebab beri peluang kepada aku untuk menulis...betul2 excited untuk diungkapkan betapa gembira nya diri saya terpilih...THANKS!!! YOUTHSAYS!!!!
Assalamualaikum semua youhths..di dalam post nie jika saya membahasakan diri saya sebagai"AKU"...bukan apa klau guna saya takut orang x sedap nak baca dan klau mengunakan panggilan "aku"akan rasa lebih selesa sikit untuk menulis..haha..
c)Do you think youth today have an easier or harder life than our parents’ generation? Please explain your answer.
~aku rase remaja sekarang lebih mudah kehidupan mereka berbanding remaja ketika zaman ibu bapa kita..aku rase remaja sekarang lebih bertuah kerana kemudahan mereka disediakan oeh ibu bapa termasuk lah aku..hehe..lihat sahaja la kalau dulu nak beli henpon susah giler terutamanya bapak kita kan.time bapak aku kerja, baru dapat lihat apa itu henpon dan kira kecoh satu kampong klau ada orang beli henpon..kira macam orang kaya la klau dah ada henpon dan kene kerja dulu baru dapat beli henpon..henpon yang dibeli pun kira 3x ganda besar dari sekarang.remaja sekarang nie lebih bertuah sebab time aku dapat henpon pertama ketika aku darjah 6..itupun dah rase bangga cume sekarang yang aku selalu tgk,budak darjah 1 dah ade henpon sendiri…lepas tu remaja sekarang dah ade kemudahan bas yang disediakan yang menghantar mereka depan2 pintu sekolah..so kira diorang jalan beberapa langkah sampai la…klau tak naik bus,mungkin diorang dihantar oleh mak ataupun naik moto sendiri la…duit belanja yang remaja sekarang dapat anggaranya RM5@RM2....kemudahan buku teks serta tempat belajar lebih selesa berbanding dulu yang keadaannya mungkin uzur dan serba kekurangan..tapi walau bagaimana pun remaja dahulu sudah mengenal erti susah payah dalam kehidupan berbanding remaja sekarang yang tahu kehidupan yang senang sahaja
d)What is your biggest fear in the world…other than death?
~other death..herm,firstly sekali aku takut akan Maha Pencipta Ku..secara normal aku takut akan masa depan aku,takut lipas,takut akan kehilangan orang tersayang....dan ketakutan aku bagi tahun nie ialah menduduki SPM dan menunggu keputusan SPM keluar..hanya tuhan sahaja yang tahu..aku takut jika masa depan aku musnah dan malap jika keputusan tidak seberapa baik..oleh itu aku berharap ketakutan nie akan hilang selama-lamanya…tunggulah..
e)What makes you happy?
~aku gembira jika keluarga aku gembira dan orang sekeliling aku gembira.
~aku gembira jika aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2010..
~aku gembira jika aku tak terpilih menyertai PLKN(sorry kerajaan)
~aku gembira jika aku dapat mencapai semua keinginan yang aku ingin miliki
~aku gembira jika aku berjaya menyempurnakan segala ibadat aku termaksuklah farhu ain dan kifayah di dunia ini.
f)What has been the most difficult hurdle you have overcome so far in your life? What did this experience teach you?
~Dugaan yang paling sukar sekali ialah ketika aku menduduki peperiksaan PMR,aku baru memahami erti kehidupan seorang pelajar,dugaan yang dihadapi oleh pelajar serta tidak lagi menangguhkan kerja dan menghargai masa
~dugaan seterusnya ketika aku menduduki ujian JPJ untuk dapat lessen moto..huh hanya tuhan sahaja yang tahu bila kene buat praktikal depan jpj…
~dugaan ketika aku kehilangan kunci moto di sekolah..kawan aku sanggup menghantar aku balik dan ulang alik ke sekolah untuk mengambil kunci pendua..aku sedar erti persahabatan..thanks guy.
~dugaan seterusnya ketika aku menghadapi saat sukar seperti menghadapi saat kekeliruan memilih sama ada memilih aliran perakaun atau sains perakaunan.time tu hanya keluarga yang menolong ku dan baru aku faham erti kekeluargaan
g)Which has more importance today in your life - family or friends? Why? In your experience, did you ever have to make a choice between your friends and family? If ‘yes’ please explain your answer and why did you do so?
~Cogan kata ku “family first, friends second”..aku penting kan keluarga dahulu kerana kerana keluarga, aku dapat hidup dan berada dalam kehidupan yang selesa seperti sekarang…saat aku memerlukan seseorang yang boleh menanggung beban,hanya keluarga sahaja yang dapat menolong..
~ya..aku pernah mempunyai pengalaman dimana aku terpaksa memilih kawan atau keluarga..saya terpaksa memilih ingin meneruskan pembelajaran ke sekolah asrama penuh (atas dasar kawan)atau tidak(family) dan aku memilih tidak kerana saya ingin menolong keluarga saya memandangkan saya anak ke2 dan abang kepada 2 adik aku yang masih kecil..dan pilihan aku betul kerana jika aku mengikut kawan aku pembelajaran aku akan merosot kerana persekitaran disitu kurang baik dan tidak bagus berbanding bersekolah disekolah harian…ingat perumpamaan nie..aku buat”kawan boleh dicari tapi jika keluarga tersayang hanya ada sekali”
h)Tell us more about yourself!
~nama aku Amirul Iskandar dan orang selalu panggil amirul atau isz..di rumah ibu bapa aku panggil aku “angah”sebab aku anak ke 2,umur aku 17 tahun..still muda larh…aku dilahirkan di terengganu tapi tak reti berbahasa terengganu kerana keluarga aku yang sering berpindah disebabkan bekerja…aku bersekolah di SMK Hillcresrt dan akan menduduki SPM tahun nie..cuak giler lar…aku mempunyai keluarga yang sederhana dimana mempunyai 4 adik beradik termasuk lah aku…aku sebenarnya berasal daripada keluarga yang susah dan aku telah mengalami kehidupan tinggal di rumah setinggan dan macam2 lagi..aku suka bermain gitar apabila aku rasa tension.aku sebenarnya seorang yang tak banyak bercakap dan bila aku cakap akan susah untuk berhenti..di sekolah aku kurang bercakap dan aku lebih suka meerhatikan tingkah laku rakan2 aku.…sikap aku yg pendiam kat sekolah membuatkan cikgu senang dengan aku..aku bercita2 untuk menjadi akauntan.aku lebih suka lepak sendirian daripada beramai-ramai..itulah sikap aku dan semua rakan2 aku faham..itulah serba sedikit tentang aku..
nilah aku...............
Itu sahaja untuk post kali ini..teruskan membaca post saya yang terbaru ye..bye(^.^)
No comments:
Post a Comment