Showing posts with label Amirul Iskandar. Show all posts
Showing posts with label Amirul Iskandar. Show all posts

Tuesday, May 25, 2010

Brands

a)Is branded products important to you? What does brand represent to you?
~barangan berjenama sangat penting untuk aku sangat2 dalam kehidupan aku sekarang nie..barang berjenama melambangkan keperibadian seseorang..dan jugak kekayaan tapi aku tak la macam tu..

b)Are there any brands that you think stand up for something (an attitude/cause or point of view) that you agree with? Tell us more. What brands do who think are the best at communicating with youth? What do they do that gets your approval?
~aku rasa mungkin Milo kot...semua kata milo bagus untuk kesihatan la,menguatkan tenaga la dan macam-macam lagi..tu la sebab milo menjadi pilihan ramai..tapi aku bersetuju kerana milo memang ada khasiatnya...aku rasa brand yang dekat dengan youth ialah brand nike kot..nike kan kasut berjenama popular untuk sukan dan sebagainya..so remaja pulak suka bersukan dan terjadilah kekaitannya,,,Unruk mendapatkan persetujuan,aku rasa mereka cuba menarik perharian seperti menganjurkan pertandingan..dan remaja akan sertainya kerana tertarik

c)List down your favourite brands and tell us why do you like them
1)Nike..

2)Guitar Gibson


3)Nokia
4)Sony
5)Acer


~sebab aku suka barang berjenama nie sebab kualiti dan daya penarik yang ada pada barang nie..barang berjenama mempunyai banyak kebaikan seperti mempunyai warantty..tu semeestinya..kedua,ia akan tahan lama...tu pun kene tgk pada penjagaan yang korang lakukankan..ketiga,kualiti setiap barang tersebut sangat tinggi berbanding barang yang lain..tapi tak semestinya barang yang murah dikatakan tak ada kualiti,sebenarnya ade,kalau korang nie pengguna yang bijak la..
d)Can you upload two advertisements (picture or video) that you like and tell is why you like it.
Nilah dua iklan yang aku suka
~yang pertama
~yang kedua
~aku suka kerana iklan ini bukan sahaja memaparkan tentang kelebihan kasut nike tetapi ia juga diselitkan dengan nilai pengajaran..

e)Are there any brands or products that you would be embarrassed of using or being associated with?
~ntah la,tak pasti lah..kalau ade pun,mgkin brand yang difikirkan aku original tetapi "fake"..contoh yang terjadi kepada aku ialah...henpon nokia..aku beli yang ade tv pnyer..rupenyer ia buatan chinna...aku kena tipu rupanya..mana ade nokia boleh tgk tv free...betul ???

f)Does religion influence your choice of brands? If ‘yes’ explain your answer.
~aku tak menafikan jugak kadang2 agama aku membuatkan aku memilih setiap barang yang aku suka..kalau barang berjenama tetapi tak halal..bukankah bahaya namanya tu..aku pernah terbaca,ada seorang perempuan nie,die beli kasut dekat kedai..bila die check rupa-rupanya kasut tu buat daripda kulit …ehm..faham2 je la..tak pasal2 je kene samak..agama tak menghalang memilih barangan berjenama Cuma biar kene pada tempatnya..aku mengamalkan perbuatan nie jika ingin membeli barangan berjenama

g)What/where do you find new information about products that you like?
~aku dapat information baru pasal produk yang aku suka selalunya daripada tv..biasalah tv nie setiap hari orang tgk..lepas habis cite kuar iklan..dari situ la aku tau akan produk terbaru dan sebagainya,.Aku jugak tau daripada tak lain tak bukan daripada internet..internet gedung ilmu kedua ku..apa2 hal “just search and read..simple as sleep”..aku tau information nie jugak daripada surat kabar..aku setiap hari baca surat khabar ..macam2 ada..

List down your favourites


a)Tell us about 3 things that you have seen, read or listened to recently that you love and have recommended or share with others (in Facebook, face to face conversations, online, etc)?


~tiga perkara aku nk share..
Yang pertama
~pasal youthsays..aku nak bagitau budak2 sekolah supaya diorang try youthsays..bukan apa..youthsays nie program free..siap dapat duit..daripada diorang asyik dgn myspace &facebook..lebih baik try youthsays sebab youthsays terus terang aku katakan program berguna untuk remaja..bukan nak promote ye..ini sebab youthsays sediakan survey dan yang paling best dapat menanya soalan dan memberikan jawapan..aku suka giler la..kalau boleh aku nak sebarkan kat diorang tapi tak tau macam mane..tp ade la gak yang try sebab aku suruh..die kate kalau budak sekolah aku tau..habislah..haha






Yang kedua

~pasal peluang bisnes dalam internet..aku nie jenis yang suka membuat perniagaan dalam internet..aku tak suka kalau just search internet dan tak dapat apa2..aku nak bagitau yang lain supaya rebut peluang perniagaaan kat internet sama ada secara sambilan atau sepenuh masa..budak2 sebaya aku nie aku ajak masuk Malaysia punya program,diorang cakap “buat apa,bukan boleh dapat duit banyak pun”.itulah diorang,betapa ceteknye pemikiran diorang pasal semua nie..yang diorang suke main game online je tau..haish




Yang ketiga

~belajar alat muzik,aku cadangkan kepada sesiapa yang stress ke tau tertekan ke..cuba main gitar ke,menyanyi ke atau apa yang berkaitan dengan muzik..confirm akan hilang semua stress..





b)What is on your ‘must see’, ‘must do’ and ‘must have’, list for 2010?


~untuk 2010 nie..aku kene tgk

1)lost season 5&6..favourite kot
2)buku rujukan..kan aku pekse SPM.
3)YOUTH10..nak tgk meriah tak..xsabar nie..pass dah la free
4)pencapaian aku setakat nie..ni paling penting
5)aku kene tgk email setiap hari..aku baru tau kegunaan email
6)kubur arwah datuk aku..tahun nie aku berazam untuk menziarahi sebab tahun lepas aku tak kesampaian
7)aku kene tgk perkembangan dunia internet,mungkin ada peuang pekerjaan..dan jugak isu2semasa..aku nak lebih peka.

~untuk 2010..nie aku kena ada

1)IPHONE!!!!
2)henpon baru
3)reflector untuk gitar aku
4)musles kat badan aku.haha
5)keyakinan diri yang kuat
6)makwe..(itu kewajipan)
7)keputusan cemerlang yang bagus untuk masuk U..hehe



c)What is your favorite outfit/set of clothes at the moment, please send us pictures and tell us why you like them.
~favourite clothes aku macam2 sebenarnya..tapi aku suka yang gaya macam korea sikit..die pnyer design baju Nampak menarik



~..aku suka baju macam kemeja tapi bergaya..




~aku suka baju t-shirt yang ade design gempak2 lah..baru Nampak mahal sikit..


d)Put picture and show us your top favourite gadget, collections, toys, things or any items that you can't live without and tell us why
~ni antara gadget yang aku tak leh hidup tanpanya...


Entertainment

a)Which are your favorite TV shows and how do you watch them (TV, Youtube, download, friend, stream)?
~favourite tv show aku adalah lost,chuck,American idol,house,Mythbuster,death note..sebenarnya banyak lagi...cume malas nak tulis...aku sebenarnya universal person so semua cite aku tgk...janji menepati citarasaku..aku selalu tgk citer kat mne lagi klau bukan kat tv...tp faham2 la kadang2 ada tv show yang ada season2 die la kan..nak tunggu season baru bukan sekejap kadang kala sampai satahun kot..nak wat macam mana kan..sekarang nie aku tak perlu tunggunsetahun,sebab kat internet dah belambak..aku just download dari situ je..senang je kan...menjimatkan masa,tenaga dan harta..aku akan tgk secara online stream atau sebaliknya..aku kadang2 malas nak download so aku dgn kawan aku pakat2 tukar cite yang kitaorang suka..macam system barter la katakan...yang paling bagusnya kitaorang boleh mencegah cetak rompak tau,kitaorang mana ade beli cd kat pasar malam lagi..kalau ramai buat macam kitaorang conpem kat pasar malam takde orang nak beli cd cetak rompak lagi..selain dari download kat internet dgn tgk kat tv,aku selalu beli kat kedai citer2 yang aku suke..siap yang original lagi,sebab aku suka menyimpan koleksi dan suka akan kualiti picture nye..

b)Do you like music and fashion? Where do you learn about new trends in music and fashion (from friends, celebrities, magazine)?
~sapa yang tak suka muzik dgn fashion..aku rase semua mesti suka..memang satu kehairanan la kalau ada orang tak suka kedua-duanya..aku suka fashion tapi aku lebih suka muzik kerana muzik buat aku happy..time aku susah atau tension,aku pasang muzik sebab ia dapat tenangkan aku..disebabkan muzik, aku dan kawan aku ada band muzik yang bernama “Rain Whispers”(promote)..
~Aku tau akan muzik dan fashion terbaru melalui internet la.aku selalu check,remaja macam aku sesuai pakai fashion macam mana,gaya rambut dan macam-macam lagi..untuk muzik,aku selalu search carta top muzik,untuk tahu muzik yang hot sekarang..aku tau muzik dan fashion daripada kawan2 aku gak..kawan2 aku semua lain2 fashionnya..aku akan campur fashion diorang dan jadikan sebagai fashion aku..muzik pun aku tau dari kawan2 aku,diorang muzik genre macam2..dan aku pulak universal person,so aku dengar semua jenis muzik.. aku kadng tgk jugak stail artis dari luar dan dalam negara macam mana cara diorang berpakaian..tapi itu pun daripada majalah la..macam in-Trend,Mangga Hai,dan macam2 lagi la...

c)Please tell us about singers and bands you are into, and why do you like them? Where do you get most of your music? (download, buy CD, take from friend, etc.)
~Aku suka band dari dalam negara seperti Huja,Bunkface,Meet Uncle Hussain dan ramai lagi la dalam kategori band indie lah..kalau luar negara aku suka nirvana,greenday,red hot chili pepper,black eyes peas dan banyak lagi..aku selalu dapat semua lagu tu kebanyakanya daripada internet sebab ianya free.tapi yang tak bestnya sebab kualiti die kurang..biasalah nak bende free memang ade risikonya..kadang2 aku dapat jugak daripada kawan2..biasa lah,aku ambik die punye lagu,die ambik aku punye lagu..kire macam system barter lah.haha


d)Do you enjoy reading books? What are the last three books you have read?
~of couse..sapa yang tak baca buku tu memang rugi lah..buku lah yang mengajar kita ilmu tentang segala-galanya.
Tiga buku yang aku baca..
1)buku rujukan..perkara wajib..
2)buku berkaitan agama,perniagaan dan kesihatan
3)buku komik,majalah dan sebagainya yang mempunyai unsur2 hiburan..

e)What/where do you find new information about entertainment that you like?
~aku akan selalu mencari maklumat tentang hiburan melalui internet...biasa la semua maklumat terletak di hujung jari je...aku nie suka baca info2 movie baru..kira pengumpul movie la..kalau bukan kat internet aku,aku selalu gak tgk kat majalah terutamanya majalah “Gempak”majalah paling best arr.sebab die ada citer best dgn info2 semasa..kadang2 info2 nie aku tau dari kawan aku sendir la..biasa la banyak “kabel”(spy)..diorang akan bagitau aku supaya download movie itu la ini la..yang best je lah aku download..haha

Social Networking






a)What communication medium (SMS, Instant Messenger, Phone, Twitter, Facebook), do you and your friends use the most to communicate through and why? What are the positives and negatives of each?
~aku berhubung dengan rakan-rakan aku menggunakan menggunakan medium komunikasi iaitu henpon,sms, dan facebook..inilah alat komunikasi yang paling diguna pakai oleh aku dan aku rase hampir semua yang sebaya dengan aku akan mengatakan perkara yang sama jugak.aku menggunakan kemudahan ini untuk memberitahu perkara penting seperti kenduri kawin,kerja umah dan kadang kala menghubungi orang tersayang..hehe.ini sebab kemudahan komunikasi ini paling senang dan mudah untuk digunakkan.contohnya,sms paling menjadi keutamaan sebab menjimatkan kos serta cepat untuk menyampaikan sesuatu perkara.kalau dulu begitu susah sebab kene tulis pakai surat ataupun telegram.tapi sekarang sms je.kalau susah2 nak sms call guna henpon.kalau takde henpon chat guna facebook..kan senang
~kebaikan kemudahan facebook,henpon dan sms..yang pertama sekali dia menjimatkan kos perjalanan untuk menyampaikan sesuatu maklumat.kemudian kalau henpon,ia mudah dibawa kemana-mana sahaja sebab ia kecil.selain itu,ia menyebarkan sesuatu maklumat dengan cepat..sekejap je..
~keburukan kemudahan komunikasi ni ialah ia mudah melekakan pengguna,seperti aku jugak..main chat melalui facebook menjimatkan kos kerana ia percuma tetapi ia akan melekakan jika terlalu lama bermain chat..bahaya tau..kalu main sms melalui henpon juga bahaya kerana penggunaan ibu jari untuk menulis akan menyebabkan urat dan sendi ibu jari akan lenguh dan cedera jika dilakukakan dalam tempoh yang lama...penggunaan henpon untuk bercakap juga ade keburukanya iaitu kita akan mudah mendapt kanser..bahaya giler..banyak lagi keburukannya tapi itu sahaja yang aku dapat bagi.

b)Is social networking sites like Facebook or Twitter making your life better or worse?
~bagi aku,penggunaan facebook dan twitter membuatkan hidup aku lebih senang dan juga susah.kira 50/50 la..sebab apa aku kata senang,aku hanya perlu tekan butang sapa online dan tanya soalan yang aku kehendaki..senang je..lagipun kemudahannya juga percuma..tak perlu susah dating ke rumah tanya keje sekolah ..ia menjimatkan masa aku.tak perlu datang rumah kawan tanya keje sekolah..sebab kalau aku datang tanya keje sekolah,mesti aku lepak 2-3 jam dulu baru balik..aku jugak tak perlu nak topup prepaid sebab nak call orang.hidup aku jugak lebih senang sebab kalau aku nak menambahkan kawan aku,just press button add to friends.simple giler..tak perlu tulis surat nak cari shabat pena..haha..
~hidup aku susah jugak sebab..bila aku chat tanya keje sekolah,ia akan membawa aku ke topic perbualan yang lain hingga membuang masaku begitu sahaja..Facebook mempunyai pengaruh dalam aplikasinya seperti games dan kuiz yang menyebabkan aku leka dengan permainan tersebut.Kalau menggunakan Facebook selalu akan membuatkan anda merasa ketagih untuk bermain lagi.

c)Please list the number of online social networking sites (Facebook, Friendster, Twitter, blog) which ones you are a member of and why you chose to have a profile/account on each of them? What activities do you usually do when you are social networking sites?
~aku punya social networking ada tiga je iaitu
1)myspace
2)facebook
3)friendster
~sebab aku membuat akaun untuk ketiga-tiga social networking adalah kerana aku ingin mencari ramai kawan..keduanya,aku ingin menimba pengetahuan dari segi budaya dan agama daripada kawan yang aku dapat.seterusnya aku dapat mengetahui sesuatu maklumat dengan cepat berkaitan dengan sekolah,macam keje sekolah kerana kebanyakan rakan-rakan aku adalah dari sekolah yang sama.
~aktiviti yang aku lakukan semasa di laman web social ialah aku akan bermain mesej dengan kawan2 aku..memberikan komen tentang gambar mereka.jika di dalam facebook,aku akan bermain permainan yang disediakan dalam facebook dan kuiznya yang menarik.Bukan apa,klau main kuiz ade manfaatnya jgk daripada asyik berchatting je kan..


d)How many Facebook/Friendster/MySpace/Twitter friends do you have? Who are these people? How many of these do you consider ‘close friends’? How many of them have you not meet before?
~Anggaran kawan saya ialah dalam
1)250-300 dalam myspace
2)150-200 kawan dalam facebook.
.mereka kebanyakanya ialah kawan-kawan serta keluarga..dalam myspace hanya 5 orang sahaja dianggap kawan baik dan selebihnya hanya kawan dan dalam facebook,hanya 10 kawan baik..mereka ialah kawan sekolah aku..terlalu ramai orang yang menjadi kawan aku dalam myspace dan facebook ...tapi dalam byk2 tu..semuanya aku tak jumpe lagi...


e)Do you prefer to meet people for the first time online or face-to-face? Why?
~aku lebih suka jika berkenalan secara online dahulu untuk kenal dengan lebih lanjut…tetapi sekarang tidak lagi kerana aku terbaca cerita yang mengatakan seseorang mati disebabkan facebook,dengar berita mcm 2 cuak la jugak....so dengan itu aku prefer untuk face to face la..ia mengelakkan perkara yang tidak dingini serta dapat mengetahui seseorang tu dengan lebih tepat dan betul.faham2 je lah.sesetengah orang bercakap bohong dan suka menyamar untuk berkawan.

f)Do you have Twitter? If yes, how many followers do you currently have? Who do you follow?
Ada..follower ade 5 orang je...itu pun sebab tak bergiat secara aktif..aku lebih prefer kepada facebook dan myspace.bila aku aktif dalam twitter ,,aku akan follow artis-artis sebab aku suka sangat dengar artis punya gossip..haha..

Saturday, May 22, 2010

Going Online





Nilah topic kesukaan aku.

a)How many hours do you go online everyday? What do you usually do in the online world?

~online ye..kalau tak silap,aku online hampir 5 jam-8jam setiap hari..tapi jika aku tak online tu maknanya broadband aku rosak la..haha.. ~apa yang aku selalu buat dalam dunia online??aku selalu bukak myspace,twitter,facebook,friendster,youtube dan main games online(sdo,counter strike) untuk tujuan hiburan dan aku akan mencari maklumat seperti gossip artis,isu-isu semasa dan yang paling penting sekali “ilmu”..contohnya,aku tak perlu beli buku lagi jika hendak buat karangan sebab di internet aku dapat semua maklumat yang aku hendaki berserta dengan bukti.ia .sememangnya nadi kehidupan aku sejak aku diperkenalkan..dengan“dunia yang tiada batasan.”




b)When you go online and interact with other users, do you use any nickname/alias profiles online? Tell us why you use it or don’t use it.


~aku selalu menggunakan nickname aku sendiri seperti “amirulz” atau “isz”...ini bagi seseorang mengenali aku dengan lebih lanjut lagi.Aku suka gunakkan sebab aku tak perlu menyamar sapa diri aku sebenarnya dan ingin memberitahu sapa diri aku sebenarnya.


c)Have you become good friends with people you first met online? Tell us stories of how you make friends in the online world. How do you know whether to trust them or not?


~Kawan baik?Aku tak menafikan kadang2 aku terus menjadi kawan baik seseorang yang baru aku jumpa..aku selalu menggunakan facebook ataupun myspace untuk mencari kawan dan aku akan bertanya khabar dengan “hai”..mungkin dengan “hai”menyebabkan orang percaya dengan aku dan penulisan aku melalui mesej atau comment membuatkan orang tertarik dan ingin berkawan dengan aku.bagaimana aku boleh percaya mereka atau tidak..aku selalu berhati-hati akan hal ini bagi mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku.aku akan meyemak latar belakang mereka berpandukan profile mereka dan cara penulisan mereka..ini membuktikan sama ada mereka ikhlas berkawan ataupun ada“udang di sebalik mee”.
d)Tell us if your parents monitor what you access online? Is it effective, or do you know ways around the controls? What do your parents think about you going online all the time?


~terus terang aku katakan yang keluarga aku sentiasa memerhatikan apa yang aku bukak atau buat..ianya sangat berkesan kerana dapat mengawal aku daripada menyalahgunakan internet yang berlaku sejak akhir-akhir ini..seperti yang kita tahu internet banyak memberi maklumat yang bagus dan tidak bagus dan yang tidak bagus itulah yang menjadi penyebab penyalahgunaan internet..aku selalu ke cyber cafe untuk mencari games dan information untuk kerja khusus aku dan kebanyakan mereka yang aku jumpa akan membuka laman web yang tidak senonoh dan ditambah pulak pengurus cyber café itu sendiri tidak peduli akan masalah moral ini..ikutkan hati nak sound je budak tu,tapi risau gak nanti jadi apa2 kat aku,sapa yang susah,aku jugak yang susah..Keluarga aku tahu aku suka surf internet dan aku surf hanya untuk perkara yang bermanfaat.jika aku online terlalu lama,,keluarga aku memberi teguran untuk menyambung di hari yang lain pula..




e)Do you think the online world has made you to become more disconnected with your friends?


~sama sekali tidak betul...aku akui dunia internet sangat best dan menyeronokkan tetapi berbeza dengan rakan2 aku..ia tidak pernah sesekali memutuskan perhubungan kami sebagai kawan..sesiapa yang yang memutuskan persahabatan atau tidak berhubung dengan raka2 lagi disebabkan internet,terus terang aku cakap yang dia tu obsess serta hilang akal.Dunia online banyak membantu aku dan banyak member aku peluang untuk menyuarakan pendapat.

Work and Money

a)How important is money to you? Tell us what do you think about money.

~.kenapa duit penting untuk saya?duit penting untuk aku sebab dengan duit aku boleh membeli barang dan perkhidmatan yang aku impiikan selama ini.Contoh benda yang aku ingin buat dengan duit ialah:

1)menghantar ayah dan mak aku menunaikan haji dan umrah

2)membeli barang mewah seperti kereta,rumah,permainan video iaitu playstation,x-box,psp dan lain2.

3)aku nak melabur dalam amanah saham

4)nak melanjutkan pelajaran

~Apa pendapat tentang duit? duit boleh diertikan sebagai satu alat kewangan yang membolehkan seseorang individu itu membeli barang atau perkhidmatan..kenapa duit penting??Duit amat penting dalam kehidupan sekarang kerana dengan duit kita boleh memiliki apa-apa sahaja yang ada di dunia ini dan tanpa duit,seseorang akan dipandang hina..ini bukan cakap kosong kerana ia memang realiti yang berlaku dalam masyarakat sekarang.Duit ada keburukannya kerana disebabkan duit,orang akan merompak,mencuri,meragut dan kejadian jenayah yang lain-lain lagi.

b)Where do you get your money? Do you have a part-time job or do you receive an allowance from your parents, or both? Have you done any part time jobs before to earn your allowance?

~Macam mana aku mendapat duit??aku dapat duit daripada ibu bapa aku melalui wang saku sekolah.

~Anda menerima elaun ataupun dari kerja part- time?Ya,aku mempunyai part-time job iaitu menjual top up.. itu pun kepada ibu bapa,jiran dan saudara aku. aku juga mendapat elaun melalui wang saku sekolah.tak banyak pun sikit je dalam seminggu RM10..tapi okey la bagi aku.

c)If you want to buy something, do you usually save up or will you get it straightaway compare?

Apa yang kamu buat jika hendak membeli sesuatu??Lazimnya aku akan menyimpan dahulu duit sebelum membeli sesuatu yang aku harapkan..contohnya,hari tu,aku telah melihat gitar dalam harga RM399..aku terus rambang mata dan mula menyimpan duit untuk membeli gitar tersebut..dalam masa 2 bulan aku bersusah payah dan akhirnya aku dapat membeli sesuatu yang aku mahu.

How important to your generation is having a strong work ethic and be hardworking in work?

e)

~ia sangat penting untuk generasi aku mempunyai budaya bekerja dan dan rajin dalam kerja kerana tanpa usaha dan sikap malas yang membuak dalam diri,ekonomi Negara akan musnah dan merundum..Baru-baru nie aku baca akhbar yang Malaysia sebuah Negara yang berdaya saing dalam dunia dan berada dalam senarai Top 10..Tanpa ada generasi yang mempunyai sikap rajin bekerja,tak akan ade lah tenaga buruh yang dapat menyumbangkan tenaga fizikal dan mental mereka untuk meningkatkan serta memajukan ekonomi Negara…Disebabkan itu generasi sekarang mesti mempunyai budaya kerja kerja dan sikap rajin dalam kerja.

f)What do you think about the current economic climate? Did it affect you, your family and your outlook on the future?

~Sebenarnya ekonomi yang sekarang tidak beberapa menganggu aku sangat kerana aku masih pelajar dan belum bekerja lagi..Tapi ia ada effect dekat sikit sebab aku sebab aku nie pengguna motosikal kan,minyak semakin naik harga dan kalau dulu bayar rm5 dah penuh tapi sekarang belum tentu penuh..effect dekat keluarga ade gak dalam membuat pembayaran berkaitan hal-hal keperluan serta lain-lain..Tetapi untuk masa depan aku rasa bertuah sebab aku dilahirkan di bumi Malaysia dan ekonominya masih stabil dan bertentangan dengan sesetengah negara lain.So jika dalam 5 tahun lagi aku ingin bekerja,mungkin akan dapat dengan senang..

g)What do you think are the three coolest jobs in the world and why? What are the three jobs least coolest job in the world, and why?

~tiga pekerjaan yang paling aku rase paling best kat dunia nie ialah kerja:

1)Akauntan.Sebab aku memilih kerja nie sebab kerja nie makin popular sekarang disebabkan semakin ramai di luar sana memerlukan khidmat akauntan dan aku salah seorang yang akan turut serta.Gajinya juga lumanyan dibandingkan dengan kerja lain.aku bagi contoh la satu,Cuba korang dating ke sekolah aku lepas tu Tanya jika diorang nak jadi akauntan..aku jamin hampir separuh atau lebih nak jadi akauntan...kerja akuntan nie diorang kata senang tapi aku tak pasti lah senang die macam mane.

2)Doktor.Kalau lebih separuh kat sekolah aku nak jadi akauntan,sebilangan kecil pulak nak jadi doktor.Sebab apa doktor diletakkan di bawah akauntan kerana bidang kedoktoran semakin kurang diminati tapi tetap ada..ramai suka jadi doktor kerana bidang kedoktoran luas macam doktor haiwan,doctor pemakanan,doktorr bedah,doktor bahagian sakit puan dan lain-lain(banyak sangat).Gaji pun boleh dikatakan banyak gak la...

3)Jurutera.Jurutera boleh dikatakan luas bidang die..cakap je nak jadi jurutera ape..jurutera petroleum(PETRONAS)boleh…gaji lumayan beb,..kebanyakan remaja sekarang suka kerja begini disebabkan factor gaji,minat dan lain..

~tiga pekerjaan yang kurang mendapat perhatian

1)Perniagaan atau usahawan..ramai remaja sekarang tidak mahu bidang kerja nie sebab ia susah.Perniagaan nie banyak risiko dan perlu ada pengalaman baru ok..kalu nak perniagaan selamat,korang boleh buat perniagaan catering yang berkaitan dengan hal-hal pemakanan.ia selamat kerana semua orang suka makanan

2)Animator..bidang animasi dalam Malaysia kurang popular kerana ramai cakap susah nak kerja..Kalau dapat buat pun,mesti cerita macam budak-budak dan gerak macam kayu.tapi sekrang aku tak tau la sebab sekarang aku dengar cite animasi Upin&Ipin famous sampai masuk panggung..dapat duit sampai dekat 6 juta wohh..mungkin kejaayan ni sedikit sebanyak membuka mata remaja kerana mereka tidak pernah menyangka animasi Malaysia boleh berjaya.

3)Pelukis.Biasa lah bidang nie kurang diminati atas factor kurang popular serta gajinya yang kadang2 lumayan..bidang ini hanya orang yang punya kreativiti serta imaginasi yang tinggi..aku takde semua itu..so,aku tak leh jadi..haha..kawan aku nak jadi pelukis sebab tu die ambik kelas seni..aku wish gud luck to him..