Showing posts with label Syazrul Ikhwan. Show all posts
Showing posts with label Syazrul Ikhwan. Show all posts

Monday, May 31, 2010

Waking The Fallen!!


1Malaysia? Chaitt!! First time aku dengar menatang nie pown dah nak termuntah! Bukannya apa, aku rasa slogan nie dicipta hanyalah untuk mengembalikan semula sokongan rakyat terhadap kerajaan yang kalah teruk pada pilihanraya umum 2008. Aku nie cakap bukanlah kerana aku nie sokong pihak pembangkang, tetapi atas modal aku nie sebagai seorang remaja. Tolonglah, jangan nak kaburi mata rakyat macam kita nie dengan benda2 nieh. MAAF ya, bukannya niat aku untuk memburukkan sesiapa atau mengahasut mana2 pihak.

Aku nie baru 17tahun. Baik aku menumpukan perhatian aku kepada pelajaran daripada melayan mainan politik negara nie. Namun, isi hati harus diluahkan. Harap youthsay tak banned post nie ek.. Tapi korang pikir la balik. 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'. Boleh pakai ke slogan nie? Nie dekat kampung aku masih bersepah lagi rakyat yang miskin dan memerlukan bantuan. Sedangkan 'orang besar' masih bersenang-lenang dengan kesenangan hasil daripada duit rakyat sendiri.

Kenapa nak hebohkan sangat pasal 1malaysia nieh? Kalau itulah matlamat mereka,juz laksanakan je la. Xpayah nak heboh melalui media massa tentang benda karut nieh. Konon nak beritahu yang merekalah yang memperjuangkan nasib rakyat negara nie.  Hipokrit betul lah..! Yang kuat menindas yang lemah, kaya menindas miskin. Inikah 1Malaysia?

Namun,aku cuba memandangnya dari sudut positif. Bagi aku ada eloknya jugak konsep 1Malaysia nieh. Itupun kalau kerajaan betul2 dapat melaksanakannya. Bukanlah mudah untuk menyatupadukan semua bangsa yang ada dalam negara dan membuang sifat racist masing2. Kalau itu boleh dilakukan memang respect lah!! Salute Dato' Najib..!! Beri sedikit masa kepada mereka untuk membuktikan konsep 1Malaysia dan slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' tu benar2 serius. Sebab aku tengok dalam tahun pertama nie hanya 'pencapaian diutamakan' jer yang jalan. Tu pown bila time pilihanraya jer. Dah la. Malas nak cakap banyak2. Setel!! Inilah pendapat aku sebagai remaja!!

***********************************************
Race or country first?
Definitelylah country first. Bagi aku kita perlu buang sifat untuk memajukan bangsa sendiri sahaja untuk berjaya. Ini adalah Malaysia. Negara yang dimiliki oleh orang Melayu,Cina,India,Iban dan sebagainya lagi. Ini adalah negara kita. Kita xboleh lah untuk membengunkan bangsa sendiri jer. Kalau bangsa kita maju sekalipown sedangkan bangsa lain masih terkial-kial, bagaimana Malaysia nie nak maju? Masih ada lagi masyarakat atau bangsa yang mundur.

Pasal tension pula, aku rasa memang wujud arh. Tetapi bukan antara races, tapi antara peninsular dan Sabah Sarawak. Aku rasa masyarakat Sabah dan Sarawak sebilangannya masih xdapat menerima masyarakat semenanjung. Mereka masih keliru dan mengganggap rakyat semenanjung nie sebagai perompak. MAAF skali lagi. Ini bukan crita rekaan aku. Aku terbaca pasal nie di sebuah forum. Memang saling kutuk2 antara satu sama lain. Bahkan ada diantara mereka yang mengatakan agar mereka dapat keluar dari Malaysia. Ini memang di luar jangkaan. Jadi? Kerajaan 1Malaysia, tolong cari jalan penyelesaian..!

***************************************
Negara besar seperti Amerika mungkin masih menganggap Malaysia nie hanya sebagai negara kecil yang masih lagi bergantung kepada kuasa2 besar untuk membangunkan Malaysia ini. Itu pendapat aku dalam bidang ekonomi dan teknologi. Dalam segi lain pulak, masyarakat luar yang pernah melawat Malaysia semestinya akan melabel Malaysia sebagai negara yang aman. Rakyat sering beri senyuman dan layanan baik kepada mereka. Namun itu hanya kepada pelancong asing. Korang sendiri pown mungkin pernah berselisih dengan RAKYAT negara kita sendiri di jalan kan? Ada penah kita atau diorang memberi senyuman? Kalau ada pown rasanya susah nak jumpak la de.

So, aku harap rakyat Malaysia nie xkira bangsalah masing2 berusaha untuk mengharumkan nama Malaysia di mata dunia pada masa akan datang. Tak kiralah dari sudut ekonomi,politik,sukan dan sebagainya. Ini aku cakap bukan untuk orang laen jer, tapi sebagai pembakar semangat untuk diri aku sendiri. Biarlah negara2 celaka macam Israel tu pown akan respek Malaysia satu hari nanti. Itu respek dari sudut ketenteraan lah kowt. Hak2.
Terbaru, rakyat Malaysia mungkin antara korban dalam serangan rejim zionis ke atas kapal bantuan ke Gaza! Yeah..Rakyat Malaysia dah jadi korban zionis laknatullah sekarang! Takkan nak biar je bai??

Sedih nak tinggal blog nie. Kalo nak make fren add la aku.
http://www.facebook.com/CaonStyloMylo 
http://last.fm/user/rebellion92
http://twitter.com/PetrIkhwan

Horseshoes And Handgrenade

Guess, polo, Dkny, TopShop, Zara, Mango dan Calvin Klein antara sebahagian jenama kegilaan remaja! kalu nak sebut satu persatu memangla tak habis. From top to toe semua nak kena ada brand. macam tu ke baru cool? ada yang sanggup ikat perut dan berhabis-habisan asalkan dapat barang yang dihajati.indah sangat ke jenama ni pada remaja? Bagi aku memiliki barangan jenama nie adalh satu kepuasan.

for me, brand ni agak pnting..bkan untuk berlagak2 tetapi untuk kepuasan hati..sebenarnye brg berjenama ni lebih berkualiti..klu x, mana nk famous jenama 2..tp, pastikan yg original..bru btul2 puas hati..Huahaha!!

*****************************************
Jenama feveret aku? Rasanya setakat nie aku xde la jenama feveret. Macam2 jenama aku pakai. Samsung,Nokia,Gucci,Toshiba. Sume laen2. Tapi brand yang aku puas hati pakai Sony la. Hahha. Tengok harga la bai..!! Kalo harga mahai tapi pakai xpuas hati , sajalah!

*****************************************




Memang tersentuh perasaan aku.. Haram ja**h punya anak.. Hope aku xjadi camni..!




Video nie memang haram.. Cilake punya host. Tapi nak tergelak jugak aku tengok. Kah3!!

**************************************
Agama mempengaruhi jenama yang digunakan? oh,ini aku rsa tidak kot. Bagi aku umat Islam bebas untuk memilih brand2 yg mereka suka. Asalkan benda tu tidak haram macam arakz..!! Tapi apa2 pown meh la kita sama2 boikot brand keluaran Israel!!

**************************************
Selalunya aku dapat information about brand tu melalui iklan di tv lah. Kalo iklan dan brand tu aku minat, so aku akan surf website dia dan tengok2dan belek2 apa yang dia nak jual..!!

Forgotten Faces


Huaa!! Hari nie hari last. Ada tiga lagi post yang xbuat. So, kena rush nie. Buat pendek2 sudah lah. Hak2.

Tiga perkara yang saya lihat, dengar atau baca baru2 nie?

  • Lagu terbaru Avenged Sevenfold iaitu Nightmare
  • Kes Samy Vellu diejek(nie memang hot)
  • Produk terbaru Kaspersky (PURE)
New release!!
 
******************************************
Must do, must see and must have list in 2010.

Must do:

  • Habiskan puasa nazar 9 hari aku yang tertangguh dah 3 bulan. (bahaya nieh!)
  • Hapuskan haiwan2 liar di belakang rumah aku
  • Masuk U lah. Kah3
Must see:

  • Prince Of Persia
  • Merong Mahawangsa
  • World Cup Final
Must have:

  • New laptop
  • New handphone
  • All brand new lah..!!

 

********************************************
Pakaian yang aku minat? Sori lah de. Xminat..!! Full stop. Aku tiap2 hari pakaian aku biasa jer. T-Shirt + Tracksuit. Kalo keluar jalan2 pown aku juz pakai seluar jean jer. Malas nak bergaya la bai. Sorrryyy…

********************************************
Top favourite gadget!



Yeah. MP3 nie aku beli 3tahun yang lepas. Time tu memang mahal. Aku beli Rm140. 1Gb jer. Tapi masih kekal sampai skank. Memang cant live without that crappy thing!

 

Ini lagi satu. Keperluan asas masa sekarang. Boleh jadi gila-meroyan kalo sehari xmengadap menda nieh!

Dah setel. Aku nak wat post len lak..!! Chow..

Friday, May 28, 2010

bLiNdeD iN cHaiNs..


Aarghh!! Nie post untuk hari ke-7. Tapi total post aku baru 6. Sebabnya salah satu chapter dari sepuluh chapter yg aku kena buat telah dilangkau iaitu day 4. Bukannya apa, aku malas sikit nak tulis pasal chapter tuh. Tak menarik perhatian aku untuk mencoret. Tengoklah esok2 aku tulis pasal tu. Kannya apa, kalo xbuat nanti lesap pulok Rm 500 aku. Kah3.
************************************************
Awek2 dalam cite nie banyak cun2 ar..
So,beralih kepada soklan2 dalam chapter untuk day 7 nieh. Favorite TV shows. Feveret TV shows aku ada banyak de. Tapi yang aku suka tengok cite Merlin ar. Adventure. Kalo sport lak aku choose F1 atau bola la.
************************************************ 
Music and fashion? Aku lebih prefer music lah. Fesyen2 nieh aku xminat sangat. Serr. Aku nie simple jer. Slalu aku dok follow sal music nie melalui fren or internet ah. Magazine nie jarang sangat sebab nak kena wak keluar $$$. Nie yang melemahkan tenaga batin nieh..!!
************************************************ 
Singers and bands? Singer aku prefer Adam Lambert n Taylor Swift dan bands lak aku prefer Green Day and A7X. Adam Lambert style dengan gaya,rambut. Kalo scream pown sedap. Taylor Swift pulak muda,kiut-miut,suara pown shahdu je dengar.Hak2.. Green Day yang best lagu die pasal lagu dia kebanyakkannya easy-listening la. Tak menyemak sangat bunyi2 yg masuk dalam telinga aku nieh. Contoh cam 21guns, Wake Me Up When September End dan When I Come Around. Tak macam A7X, lagu dia memang semak telinga nak dengar. Tapi memang pueh la dengar dia punya gitar solo Synyster Gate dan drum Jimie Sullivan. Tapi ada gak lagu mereka yg rileks2 jer cam Dear God, Seize The Day n Warmness On The Soul.
************************************************ 
Aku selalu catchup music2 nie dengan mencuri dari internet ar. Kah3.. Contohnya mp3raid.com..Kat sini macam2 ada. Maklumlah,nak beli cd xmampu. Tapi kalo ada pown aku rasa music A7X tak leh la bawak masuk Malaysia. Apatah lagi nak wat concert. Lagi la kena bannnnnn!! Tapi aku tunggu konsert Taylor Swift kat Malaysia. Huhuu..!!
************************************************ 
Enjoy  reading book? Err..enjoy la jugak. Ikut buku yang aku baca la. Aku nie suka baca buku2 yg fiksyen jer. Buku2 xfiksyen nie aku xminat lah. Sebab tu lah karangan BM aku slalu dapat B kot. Kah3. Last three books yg aku bca:
·         Majalah PC
·         Chemistry Form 5 (sja nak revise balek)
·         Windows 7 Tweaking Guide
Seperti yg aku cakap tadi. Aku cari information sal entertainment nie kat newspaper,magazine,TV and mostly by online ar. Entertainment nie termasuk la game,movie,music dan err,,apa gi ek?
Ok lah cam biasa to be continue.. aku nak rush tuk buat sal chapter laen lak. Rasa cam xsempat jer nieh. K chow cincau..!!
************************************************ 

cLaiRvoyaNt DiSEaSes!!



Money,money,money!! Apa money nieh sebenarnya? Aku pown xpaham. Bagi aku dia hanyalah sekeping kertas yang xberapa nak berkualiti dan dicetak dengan dakwat2 yang tertera nilai wang tersebut. Masa kecik2 dulu aku ada gak terfikir. Apesal la diorang ak cetak jer duet Rm50 ker Rm100 ker berlambak2 terus. Kan senang. Kaya sikit negara nieh. Skank nie baru la aku paham setelah usiaku telah meningkat dewasa. Segala2nya perlukan wang tapi wang bukanlah segala2nya. Isk2. Nie yang lemah nieh. No money, no talk ler..
**********************************************
Wa dapat sumber kewangan nie daripada macam2 sumber. Satu mesti la mak bapak aku. Tu pown skali skala la. Second lak dari sedare-mare aku. Kan apa, baru2 nie aku dapat result yg boleh dikatakan gempak la. Dan dengan serta-mertanya bantuan kewangan terus masyuk ler!! Kah3. Aku xder pown wat kerja part-time job dengan seriyez. Tapi kalo kat internet tu adalah. Alaa..cam program affiliate jugak lah. Hak2.
***********************************************
Kalo aku nak beli something slalunya aku akan save up dulu la. Aku xsuka sangat secara straightaway.. Huahaha. Pandu cermat jiwa kacau..!! Pikir lah sendiri. Wa rasa my generation nie perlu lah ada sifat hardworking nie. Tak kira la work apa pown yang kita buat contohnya homeWORK!! Kannya apa satu untuk menjamin kualiti, satu gi lak produktiviti. Jap2 satu lagi bagi mengelakkan anda diFIRED oleh majikan anda.. Kah3.
************************************************
Current economy climate? Aku rasa dah semakin baek kowt skank nieh. Tapi aku nak cakap sal masalah ekonomi baru2 nie la. Aku rasa dia langsung xjejaskan diri aku nieh. Wakaka. Maklomlah time tu aku maseh lagi sekolah. Duk hostel lak tuh. Kalo affect family lak xtahu lah. Tak pernah la pulak dengar mak bapak aku dok merungut sal masalah ekonomi nieh. Tapi dia mengaffectkan jugak la outlook aku di masa depan. Contohnya, government terpaksa kurangkan jumlah tajaan untuk scholarship cam JPA dan MARA. So,mangsanya adalah aku lah. Dan orang2 yg sama waktu dengan aku.. Huaaa!!!
***********************************************
Err..three coolest jobs? Aku xde idea la. Tapi rasa aku:
  • cowboy
  • firefighter
  • racers
 Sebab aku minat satunya challenging, style dan leh dapat banyak $$$. Kalo three least cool job xnak ah cite. Japgi menyinggung jiwa dan perasaan orang len pulok. Huahaha. Ok, dah. Chow cincau.

Sunday, May 23, 2010

uNtitLeD


Warghh!! Ngantuk betol la ari nie. Dah la dah dua hari dah tak online. Tak larat giler nak tulis pasal chapter yang dah lepas kat sini. Tapi apakan daya. Rm500 punya pasal Hak2. Disebabkan bapak aku jugak tengah online sekarang nie, jadi aku xboleh la nak online. Sebab rumah aku nie ada satu jer berukband..!! Terpaksalah aku karang dulu kat Word Blog Post. Senang sikit. Nanti bila on9,just publish jer. Hak2.
****************************************************
Cakap mengenai communication medium nie,selalunya aku mesti la mostly guna SMS ataupown phone. Kalu nak twittering atau facebooking satu kerja la pulak nak kena bukak laptop,connect internet dulu. Tak ke menyusahkan? Hak2. Positive and negative? Positivenya sebab senang la nak guna. Anytime,anywhere. Negativenya pown sebab anytime,anywhere jugak. (anytime tu kalo ada kredit jer la. Kalo anywhere pulak kena tengok coverage dulu bai. Kalo dok kat hulu tu sori to say lah.)
****************************************************
Social networking make life better or worse? Yang nie aku rasa masing2 punya opinion la. Bagi aku ada yang betternya dan ada jugak yang worsenya.
Yang better:
·         Boleh kenal or meet new frenz..
·         Dapat tahu atau share info2 yang latest..
·         Dapat mentightkan hubungan aku ngan kawan2 aku.
·         Mengelakkan kita drpd tergolong dalam org2 yg ketinggalan zaman. :-}

Yang serrnya:
·         Menyebabkan aku dapat penyakit baru (insomnia)
·         Orang len dapat tahu info sal diri kita.
·         Menyebabkan aku addicted dan gila-meroyan. Huaha..
·         Membuatkan diri aku yg sebelum nie kuat dan bertenaga menjadi kondom mandom. Isk2. L (sori,terpikir menda laen pulak)
****************************************************
Buat masa nie aku ada banyak social networking site. Antaranya:
·         Tagged
·         Facebook
·         Last.fm
·         Twitter
·         Formspring
·         MySpace
·         Friendster
·         Blogger
·         Hi-5
·         Err..apa lagi yang ada?
Sebab aku buat? Macam aku cakap tadi la. Tak nak ketinggalan. Satu gi sebab aku nak try sesuatu yang baru. 
****************************************************
Dalam sume2 tu yang paling banyak frenz aku collect, Facebook lah(300++ camtu kowt). Yang paling sikit pulak Twitter. Dua ratus orang ja. Isk2. Someone add la aku..!! 80% frenz aku kat situ sume frenz aku la. Hak2. 19% lagi orang yang tak dikenali. Lagi 1% pulak org yg buat2 kenal ngan aku padahal hakikatnya memang xkenal.. Kah3. Dalam banyak percent nie pulak, setelah ditolak,didarab dan dibahagi, 5% telah diisytiharkan sebagai close frenz.
****************************************************
Aku prefer nak jumpak new people secara online lah bai. Takkan terus nak face-to-face..?? Malu lah I. Kena kenal2 dulu. Sembang2 dulu. Siasat dulu samada dia nie penjenayah ke,perisik maklumat ke xpown kaki songlap ke. Hak2. Tapi camna nak tahu ar? Aku pown xtahu lah. Korang piker lah sendiri. Cam xrelevan jerk. Hak2.
****************************************************
Sekian,to be continued again….

Derek On9 jEr De..


Hari nie aku rasa malas la nak karang panjang2.. So, aku just nak bagi point je bagi soklan yang ditanya.
·         Aku selalu on9 dalam 5-6 jam jugak la sehari. Selalunya menda yang aku buat masa on9 nie of coz lah bukak aku punya facebook dulu. Aku jugak ada blog,so kadang2 aku bukak la jugak blog aku untuk update cite2 latest. Aku jugak suka baca berita2 cam sports,politics dan entertainment.
·         Yup, kebanyakan akaun yang aku buat semuanya guna nickname. Jarang aku guna nama sendiri kecuali Facebook. Sebabnya kalau aku guna nickname kat Facebook susah la kawan2 nak kenal aku.
·         Ada gak sorang nie yang jadi good fren aku online. Kat facebook la. Aku saja2 je add dia. Chatting, komen-mengomen. Tak sangka lak boley jadi good fren. Tapi bukan awek la. Budak laki ek. Aku trust la,sebab dia dok dalam kawasan aku jugak. Lagi pon apa la yang dia bolry buat aku aku. Aku bukan ada duit berjuta-juta pown. Hak2
·         Parents aku xpernah monitor pown time aku online. Cuma diorang dok bising jer aku asyik dok online 24jam. Tapi kalau parents aku monitor pown buat apa? Aku nie budak baek la. Tak buat la kerja pelik2 time online. Huahaha.
·         Aku rasa dunia online nie tak sedikit pown men’disconnect’kan aku ngan kawan2 aku. Lagi merapatkan ada la. Contoh aku ngan sorang member aku nie. Dia pompuan la. Time dulu aku segan jugak nak sembang2 ngan dia. Tapi bila dok chatting selalu kat YM,bila jumpak dah xsegan da nak cakap. Orang cakap merapatkan ukhwah la. Hak2

Cam biasa bro…To be continued…

Thursday, May 20, 2010

Ambice a úspěch!


Pada pendapat aku, kejayaan nie adalah penyelesaian kepada sesuatu yang kita rancangkan. Dalam kata lain ialah kejayaan untuk merealisasikan apa yang kita rancang selama nie. Pelbagai jenis berjaya yang ada dalam dunia nie. Tak kira lah samada 'mencapai matlamat korang' ke xpon berjaya wat orang len jeles. Bahkan kalau seorang perompak telah berjaya merompak sebuah bank pon, ianya diaggap kejayaan bagi Si Perompak tu. Itupun kalau xkena tangkaplah. Hak2. Bagi aku, untuk mencapai kejayaan nie , kita haruslah bermula dari awal. Dari bawah la senang. Tapi,aku tahu untuk mencapainya bukan sesuatu yang mudah. Bagi aku,untuk mencapainya aku perlu untuk merancang dan melaksanakan apa yang dirancang to reach the star!! Isk2.

*******************************************************************

Sebenarnya aku pown xigt la kejayaan apa yang aku telah achieve. Yang baru2 ingat ar. Apa ek? Err..a'aa ingat2.

  1. Telah berjaya membodek bapak aku untuk langgan broadband.
  2. Telah berjaya dapat result yg gempak dalam SPM walopon x perfect.
  3. Berjaya tackle seorang awek kat maktab aku..!!
  4. Dpt join blogging project nie ngan korang sume!! :-p
Tenqiu Youthsay!!
*******************************************************************
Siapa role model aku? Aku ada banyak role model. Dalam study,music,sport dan macam2 lagi. Diaorang nie la yang jadi role model bagi aku dalam bidang2 yg tertentu. Kalo bab2 stadi nie,role model aku xlen dan xbukan ialah member aku Arham. Dia nie kaki stadi xmaw2. Aku pon nek tensyen dok tengok dia stadi 24jam sehingga timbul sarang keinsafan dalam lubuk jiwa aku nieh untuk stadi bersungguh2. Isk2. Kalo dalam sport pulak role model aku ialah Kimi Raikkonen. Dia nie ex-driver Ferrari dalam F1. Dia nie la yang menjadikan F1 racer sebagai cita2 pertama aku dalam hidup ini. Berbeza ngan orang len. Selalunya time kecik2 mesti nak jadi cikgu,doctor,polis dan len2. Bnda nie ar yg selalu diorang cakap kalo cikgu Tanya. Tapi cita2 aku nie ja pelik cket. Huahaha. Kalo korang pown ada gak camni, maknanya korang pown kanak2 xnormal la tuh.. Kah3.

Dalam bidang music lak ada banyak cawangan. Drumer,guitarist,vocalist dan len2 lagi. Role model aku untuk drummer nie adalah drummer Avenged Sevenfold ar, Jimmie Sullivan. Kalo dalam guitar solo lak aku choose Synyster Gate. Jugak dari band yang sama. Dua2 ekor manusia nie memang pro nak mampos la. Jeles tol aku tengok. Especially dia nya drummer. Laju betol dia men. Sedih aku tengok!!


********************************************************************
Impian aku untuk tahun depan:

  1. Dapat amik lesen kereta
  2. Dapat continue stadi ke oversea
  3. Hope dapat wat reunion dan jumpa balek member2 lama aku..!!
Lagi 5tahun:

  1. Dapat kereta sebijik
  2. Dapat ijazah dalam bidang ICT
  3. Spends banyak masa ngan family dan kengkawan
For whole life:

  1. Gi tunaikan haji lah of coz!
  2. Jadi anak yg soleh
  3. Success dalam apa yg aku impikan
  4. Travel around the earth! Kalo boleh gi bulan,aku nak gi jugak!
Sekian,to be continued again…..

Family And Friends!!


Family aku? Err..yeah..family aku mengandungi seramai 7orang semuanya. My parent, aku dan 4org adik. Dua lelaki dan dua perempuan. Aku nie anak sulong la. Jadi,aku rasa xpayah dah kot nak tulis pasal diri aku,sebab aku dah tulis pasal tu kemarin. So, aku nak cite sal member2 lam family aku lak. First of all mesti la cite sal ketua keluarga aka bapak aku dulu. Nama bapak aku Zainol Bin Ayub. Tapi kat rumah,aku juz panggil dia abah jerp. Dia nie seorang yg pendiam tp caring. Pada umo 31 tahun ,dia telah kawen dengan awek idamannya iaitu mak aku yg bernama Rosliza Bt Mohamed. Mak aku nie tailor. So,sesapa yg nak upah baju tu mai la umah aku ek?

Ok,adik aku yg first nma Syafiq. Tapi aku panggil dia Apit ja. Dia nie skolah kat SMK Pmtg Tok Jaya(model Khas). Dia nie jugak adalah salah seorang mangsa exam PMR ujung tahun nie. Masa UPSR dia skor dan dpr twrn ke STAR. Tapi dok 2minggu dah xtahan lalu balek dok sini semula. Dia nie dok asrama,so time dia balek cuti,aku dan la bawak dia hangout kat mna2 pown. Keliling kampong ka, ronda shopping complex ka, xkesah la. Janji hangout. Adik yang second nma Farhana. Muda setahun dari Apit tadi. Dia nie seorang yg kuat makan. Huaha. Time kecik2 dulu,dia nie la selalu jadi mangsa wrestling aku,sebab dia nie ketegaq cket. Kah3.

Ok,adik yg tird nma Fendi. Dia skolah sma jugak dengan Apit nieh. Bru darjah empat. Dia nie jenis budak xreti dok diam cket. 24jam ckp. Kata orang2 sains nie,err.. Hyperactive. A'ah. Memang xreti dok diam. Naseb la time darjah tiga dia dpt twrn gi dok hostel. Tenang cket aku dok lepak kat rumah nie. Hak2. OK,yg last skali nma Syafinaz. Dia nie baru umor 5tahun. Tapi badan dia nie kecik cket. Macam budak umor 3thn jer. So, aku slalu la dok angkat dia buat superman sebab dia ringan. Tak la lengoh tangan aku nak hawin. Hak2.

*************************************************************************
 ~Frenz~

Kawan@Sahabat. Bagi aku dua perkataan nie sangat jauh maknanya. Kawan nie, sume orang boleh dapat. Macam aku nie, macam2 kawan aku ada. Kawan kat skolah,kat kampong,kat internet dan macam2 lagi. Kalu nak kata bestfriend tu banyak la nak sebut. So, kat sini senang2 aku juz sebut pasal sahabat jer. Tak semua orang kat dunia nie mempunyai sahabat. Sahabat nie seorang xboleh menjadi kawan kita xkira samada kita dalam keadaan sedih atau gembira. Dia sanggup tolong. Korang sume ada ramai kawan kan? So,aku rasa mesti korang sedar yang xsemua kawan tu sangat amik berat pasal kita. Aku boleh kira bertuah la sebab mempunyai sahabat. Setakat nie baru dua orang. Tapi, itu masa time aku still study kat MRSM la. Skank nie dah jarang jumpak sebab semuanya tinggal jauh2.

Tapi bestfriend aku tetap ada. Tempat melepaskan tensyen,enjoy dan juga tempat aku untuk wat gila2. Sebab bestfren aku nie semuanya gila2. Satu kepala ngan aku.Kami slalu la jugak dok hangout. Tengok wayang ke,usha awek ka. Hahha. Mereka nie la jugak yang selalu membantu aku,kalo aku ada masalah. Tak kira lah,masalah keluarga ke, pembelajaran ke, xpon masalah ekonomi global. Tak jadi masalah bagi diorang. Nie la baru bestfren. Hak2.

*************************************************************************
When u meeting new people. How do u describe urself? Err..aku xpernah la pulak describe diri aku,bila jumpak new people. Bagi aku, orang tu boleh nilai sendiri aku nie macammana dengan tengok dari luaran aku ja kot. Cara bercakap dgn org len, penampilan dan sebagainya diorang leh nilai sendiri. Jadi aku rasa bab nak describe pasal diri aku nie xtimbul la.

*************************************************************************
Pentingkah identity? Bagi aku,benda nie absolutely no la. Memang xdinafikan setiap orang mempunyai identity masing2. Tapi aku xkesah sangat sume tu. Bagi aku,tak kira lah siapa pown orang tu,dan juga identitinya,kawan2 nie tetap kawan. Contoh cam aku nie. Aku nie budak low profile jer. Tapi aku xkesah semua tu,sebab kawan2 aku jugak xkesah pasal identity nie. So,senang cita soal identity nie xpernah timbul la dalam hidup aku sepanjang aku berkawan ngan member2 aku.


*************************************************************************
~Tengok..mesra jer..~


Religion affect your choice of friends? What? No lah. Absolutely nonsense..!! Malaysia nie memang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa,agama dan juga budaya. Aku rasa masalah nie mungkin terjadi pada zaman nenek moyang kita dulu. Itu pun mungkin sebab mereka semua masih janggal atau tidak biasa tinggal bersama dengan bangsa2 lain. Tapi sekarang, aku rasa benda dah lapok kot. Remaja sekarang nie rasa aku lebih open minded la. Skank nie pown pelbagai langkah diambil oleh government utk menyatupadukan masyarakat xkira agama agar kita semua merasakan macam kita nie satu bangsa. Tak ada jurang antara satu sama lain. Tambahan pulak sekolah kebangsaan sekarang nie juga mempunya pelbagai kaum. Kat maktab aku pown ramai jugak orang yg tidak sebangsa dan seagama dengan aku. Chinese,Indian,Sikh, Siamese sume ada. Tak adala pulak kes2 pulau-memulau ke,apa ke. Peace and harmoni ja. Hak2. Aku rasa banyak kebaikannya bila kwn dgn org yg xseagama atau sebangsa. Benda ape? Korang piker la sendiri. Aku dah alas nak taip de.


*************************************************************************

How do you and your friends like to categorize people of your age group . i.e EMO, Skater, JPop, KPop fanatic, Hip Hop, Goth, freak, geek, shutterbug, others? What are the three most popular groups/looks amongst you and your friends?

 METAL!!

Ntah la. Aku nie xtahu-menahu sangat sal mende cam nieh2. Xminat. So,bab nie aku no komen. Korang boleh la baca blog2 orang len untuk tahu sal mende2 camni. Ok. To be continued….

Wednesday, May 19, 2010

AKU DAN REMAJA


Hallo guys! First of all kat sini,mesti la aku nak introducekan diri aku dulu. Nama aku Syazrul Ikhwan. Nickname aku kat sini lak Petr Ikhwan. Kalo member2 kat kampong nie just panggil aku Caon jer. Umor aku baru 17 thn. Nak masuk 18 la hujung bulan 8 nie. Aku nie salah seorang daripada bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau. So, skank nie aku tengah tunngu la keputusan scholarship JPA yang aku mohon aritu. Aku dapat dalam bidang ICT kat US. Hope aku dapat la de.. Huahaha. Jadi, aku rasa cukup kowt. Kalo nak berkenalan ngan aku ie boleh la add aku kat facebook.
Kat sini jugak aku nak ucapkan trimas kat youthsay kerana telah memilih aku dalam blogging project nie..Huahaha. Bertuah gile sial aku nie. Jadi,enjoy lah korang bca hujah2 aku ek,walopon aku nie xreti sangat nak bagi idea2 tentang menda2 camni. Hak2
*******************************************************************
Remaja sekarang nie rasa aku sangat2 la bertuah kerana dilahirkan dalam keadaan sempurna dan serba canggih. Apa yang diorang nak sume ada. Nak laptop,handphone, moto dan macam gajet2 len sume leh dapat. Cuma perlukan $$$ jer. Hahha. Namun dalam arus pembangunan yang serba moden nie, remaja juga menghadapi banyak saingan sesame mereka sendiri. Tak kira la saingan dalam mende ape pown. Tapi kat sini aku nak gitahu saingan dalam pembelajaran jer.
Aku rasa remaja skank nie amatlah bertuah coz dapat study dengan keadaan yang complete dan selesa. Penciptaaan melalui pembangunan tekonolgi seperti computer sangat menyenangkan pelajar skank. Nak wat assignment ke ,nak cri maklumat ke,sume boleh. Cuma bergantung kepada pelajar atau remaja tu sendiri je yang perlu pandai memanfaatkan menda2 nie sume utk membenunkan diri mereka dan juga negara pada masa akan datang.
*********************************************************************
Memang menjadi kebiasaan lah apabila remaja mula menentang. Tak kiralah remaja zaman dulu ke, sekarang ke, masa akan dating ke. Bila tiba time remaja je secara otomatik lah mereka mula nak me’rebel’. Ini mungkin kerana time2 cam gini sel2 otak mula matang dan membuatkan mereka dapat berfikir untuk membuka mata dan minda untuk mempersoalkan setiap benda yang berlaku di depan mata mereka. Bagi aku, tak salah remaja sekarang nie nak me’rebel’ asalkan benda tu membawa kebaikan kepada diri mereka. Perlu la piker secara masak2 dulu sebelum nak doubtkan sesuatu perkara. Jangan nak bantah ikut sedap kepala hotak diorang jer. Hak2. Contoh macam aku nie. Ada banyak perkara yang aku nak bantah. Ada dua perkara ja yang ada dalam kepala hotak aku skank nieh yang aku nak doubt:
1)      Kalo time pilihanraya barulah sume orang tergedik2 nak bagi sumbangan macam2. Projek mega la,giga la, sume ada. So, kalo kat tempat aku nieh, nak tunggu wakil rakyat mati barulah nak mai wat projek kot?
2)      Apasal kerajaan tak selaraskan tarikh pengumuman tawaran untuk melanjutkan pelajaran bagi pelajar lepasa SPM? Ini sangat menyusahkan. Contohnya, aku sendiri. Aku dapat matriks dan IPTA. Tapi aku amik risiko dengan menolak matriks untuk menuggu result scholarship JPA nieh. Sangat memeningkan kepala.
Hope pihak berkenaan dapat la menyelesaikan masalah nie sebelum remaja2 cam aku nie memberontak! Kah3. Seriyez jer.
****************************************************************************
Kita semua tahu yang zaman sekarang nie sangat canggih. Berbanding zaman dulu persaingan antara remaja tak macam zaman sekarang. Remaja zaman sekarang nie lebih advance dan cepat belajar kerana dibantu dengan teknologi2 canggih dan sistem pembelajaran yang lebih baik dari zaman dulu. So, remaja sekarang nie perlu lebih berusaha untuk menempatkan mereka dalam kelompok terbaik dalam kalangan terbaik. Ini sangat2 penting kerana ialah penentu masa depan. Kalu dulu kalo exam bagus sikit jer dah boleh dapat gi oversea. Sekarang nie kalu dapat 10A++ pown belum tentu leh dapat. Terpaksa kena buat saringan seperti interview la, kokorikulum la,dan macam2 lagi. Memang mencabar. Tapi tak apalah. Persaingan sihat! Hak2

***************************************************************************
Perkara yang aku takut selain mati. Macam2 takut yang ada dalam kepala hotak aku. Masa kecik2 dulu aku takut hantu. Skank dah xda dah. Skank nie menda yang membuatkan aku takut adalah polis. Hahha. Kan korang xtahu kan kes2 yang jadi sekarang nie. Aku nie suka la jugak nek2 moto ronda2 la. Dalam tu,takut la jugak aku, kalo aku wat apa2 kesalahan kat jalan raya xpasal2 kena headshot sebijik. So, aku nak nasihatkan remaja2 kat luar sana dan diri aku sendiri agar behenti lah apabila polis suruh berhenti. Kang tak pasal2 makan peluru la korang. Hak2.. Statement nie saja je nak lelawak yer. Menda yang aku takut mestilah masa depan aku. Aku tak tahu apakah aku pada masa akan dating. Jadi manusia lagikah aku nie? Kaya ke? Dan macam2 lagi. So,aku kenalah prepare diri aku start dari sekarang!!
****************************************************************************
Mende yang membuatkan aku hepi?
1)      Kalo aku dapat scholarship JPA
2)      Dapat jumpa awek
3)      Kalo dapat beli graphic card baru untuk PC aku nieh
4)      Dapat result gempak dalm exam
5)      Jumpak kengkawan
6)      Chelsea menang EPL!!
****************************************************************************
Perkara paling sukar dalam hidup saya sekarang:
1)      Menunggu keputusan SPM diumumkan
2)      Nak mintak kerja
3)      Nak luahkan perasaan aku kat bapak aku (kalo emak biasa)
Menda2 nie sume mengajar aku supaya jadi seorang yang tabah dan sekali-sekala aku perlu wat muka tak malu untuk wat sesuatu benda.
******************************************************************************
Mana lebih penting? Family  ke friends? Of coz la both. Mana boleh kehilangan salah satu. Kalo nak hilangkan tensyen ke pape selalunya friends la jadi mangsanya. Ajak gi lepak2 ke. Tengok wayang ke. Hahha. Dalam pelajaran pown banyak gak membantu. Kalo family nie lebih cenderung untuk bagi kata2 semangat dan perkara2 yang lebih penting. Mereka jugalah especially parent yang akan mendidik kita supaya menjadi seorang yang berakhlak dan berguna kepada masyarakat.
******************************************************************************
So,stakat nie jer yang aku boleh coret. Terima jalah coretan aku yang xseberapa nieh. Aku mintak maaf kalo esei aku nie mengguris hati sesiapa yang membacanya. Ini kerana tak ada manusia dalam dunia nie yang sempurna. Aku juz nak kongsi pendapat jer.
RADJA-TAK ADA YANG SEMPURNA
"Tak akan mungkin malam selamanya gelap
Masih ada waktu melakukan yang terbaik
Tak ada manusia yg sempurna, oh
Cuma hanya bisa melakukan rencana
"