Showing posts with label Mohd Syahir. Show all posts
Showing posts with label Mohd Syahir. Show all posts

Monday, May 31, 2010

1MALAYSIA OH 1MALAYSIAKU


• Apa yang anda fikirkan tentang 1Malaysia? Sila terangkan jawapan anda (yang disukai, tidak disukai, emosi anda dan sebagainya) secara terperinci. Bagaimanakah gambaran anda tentang Malaysia dalam 5 tahun akan datang?

Pada fikiran saya 1Malaysia ialah kesinambungan daripada konsep Muhibbah yang diperkenalkan sebelum ini..... Pada mulanya satu Malaysia dilihat sebagai satu penyelamat setelah PRu ke 12 bagi menarik undi bagi pilihan raya seterusnya.....Tetapi setelah saya amati gagasan ini dilihat mampu menyatukan dan merapatkan kembali jurang yang semakin terbuka luas antara masyarakat negara ini yang dahulunya bersatu kemudian berpecah akibat hasutan pihak tidak Bertanggungjawab.

Konsep gagasan 1malaysia diharap dapat menyatu padukan masyarakat.... Sudah sedia maklum bahawa ini negara kita bersama bukannya tempat untuk berperang bagi menyebarkan propaganda masing-masing..... Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai hendaklah bersatu demi membentuk bangs Malaysia yang bersatu padu.....Sejarah telah menunjukkan akibat perpecahan didalam kerajaan Melayu Melaka telah membuaka ruang penjajah mengambil kesempatan menyerang negara ini.... Jadi penting untuk kita bersatu menyolong Gagasan ini yang merupakan kesinambungan daripada konsep muhibbah agar ekonomi negara ini terus meningkat.....

Gambaran saya BN mungkin akan hilang lebih banyak kerusi diparlimen sekiranya berterusan menjaga hati Minoriti dan mngenepikan Majoriti sepatutnya ianya perlu seimbang dan dikaji betul2..... Inflasi lebih tinggi dari sekarang , tidak ramai anak muda dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti kerana yuran lebih mahal keadaan akan kembali kezaman orang semakin susah ..... Ramai yang tidak dapat kesekolah kerana harga buku yang mahal dan juga lebih ramai orang asing tinggal di Malaysia manakala rakyatnya terpaksa keluar mencari kerja di Negara luar semakin banyak penduduk hilang tempat tinggal atas dasar pembangunan.....

Jadi Harapan saya kepada kerajaan fikir dulu perasaan rakyat sementara anda masih berkuasa..... Jgn jadikan Bn seperti di Jepun iaitu parti pemerintah paling lama......
Saya sokong Gagasan 1Malaysia yang mana rakyat diahulukan pencapaian diutamakan
tetapi kenapa kelihatan moto 1 Malaysia makin hilang adakah kita takut muflis seperti Greece....
Ekonomi kita semakin stabil dan kita berada diluar kapsul eropah serta mempunyai ramai tokoh kewangan hebat untuk dirujuk bukannya terus melepaskan beban kepada rakyat.....

Isu penggunaan tenaga saya rasa lebih baik menggunakan tenaga solar berbanding nuklear.....
Ini kerana negara ini berada di garisan khatulistiwa yang sentiasa mendapat cahaya matahari.....
Isu penggunaan tenaga nuklear saya risau sekiranya berlaku letupan seprti di Chernobyl,Ukraine yang memberikan lebih banyak kerugian daripada kos pembaikan pulih dan juga kawasan tersebut tak boleh diduduki.....

INI Soalan Saya Kepada Kerajaan
Kenapa perlu mengurangkan subsidi terhadap rakyat negara ini tetapi menghapuskan cukai itu dan ini demi menarik warga asing datang melabur dan tinggal disini.....
Kenapa perkenalkan gst sedangkan cukai sekarang pun dah tinggi dan sekarang bukan semua barangan kena service charge....
Kenapa harga hartanah tinggi dan seperti cuma mampu dibeli oleh orang daripada negara lain yang menggunakan currency matawang mereka lebih besar... Adakah rakyat negara ini cuma akan tinggal di flat kos rendah dan sederhana????

Saya memohon maaf andai kata bahasa saya kasar ini kerana saya cuma mengeluarkan pendapat saya.....

• Apakah pendapat anda tentang masyarakat berbilang bangsa di negara ini? Adakah anda utamakan bangsa atau pun negara? Kenapa? Adakah anda rasa wujud perasaan tegang di antara pelbagai kaum di negara ini?

Saya rasa kesal dengan sikap sesetengah pihak membangkitkan isu-isu lapuk yang dah lama berlalu seperti 30% equti bumiputera isu perkauman dan juga isu-isu sensitif yang dah lama berlalu..... Saya rasa semua pihak perlu membangkitkan semangat cintakan negara ini dan bukan sikap perkauman atau menuding jari.....

Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum membentuk bangsa Malaysia sememangnya hebat dan baik.... Tiada negara lain yang mempunyai rakyat yang bebas mempertahankan kepercayaan dan budaya seperti dinegara.... KIta boleh meraikan pelbagai hari perayaan di Malaysia dengan aman dan tenteram......Kita boleh makan bersama ,bincang bersama,bermain bersama dengan aman tanpa mengira warna kulit .....

bersama kita renungkan lyric 2lagu Sudirman ini

KULIT

One Thousand MIlion Smiles


• Bagaimanakah anda rasa rakyat dari seluruh dunia melihat tentang Malaysia? Adakah anda rasa terdapat stereotaip biasa tentang rakyat atau budaya Malaysia? Bagaimanakah anda mahukan setiap orang melihat rakyat Malaysia di masa hadapan?

Saya ada bercakap dengan seorang pelancong asing dari Canada dia menyatakan perasaan tenteram di Malaysia kerana baginya susah untuk meliaht semua orang makan sekali berbincang sekali tanpa ada rasa takut walau berbeza bangsa....
Katanya dia teringin agar suasana aman dan tenteram begini dapat dikekalkan...

Saya mahu orang melihat Malaysia sebagai sebuah ngara yang kukuh dan hebat dari semua bidang dan menjadi negara yang mengamalkan keamanan




BE YOURSELF RESPECT OTHERS

My Brands Myself

• Adakah barang berjenama penting untuk anda? Bagaimana sesuatu jenama boleh menggambarkan atau mewakili anda?

Bagi saya barangan berjenama kurang penting yang peting ialah baranganitu elok,cantik,bergaya dan tahan lama.....Sekiranya kita beli barangan berjenama tetapi x tahan lama apa gunanya....
Jadi bagi saya berjenama atau tidak terpulang kepada kemampuan dan juga pemikiran individu tersebut....Tetapi janganlah membeli barangan tiruan made in Golok pula biar made in Gombak asalkan ori....

• Adakah terdapat mana-mana jenama yang anda rasakan menjadi wakil kepada sesuatu (sikap, tujuan atau pendapat) yang anda setujui? Berikan contoh jenama-jenama yang anda rasa layak dibayar lebih, dan terangkan kenapa anda berkata demikian.

Pada pendapat jenama sukan seperti Adidas layak dibayar lebih kerana kualiti dan ketahanan serta gaya yang ada.... Seluar jeans seperti Levis, BUM yang penting ialah ketahanan produk tersebut dan keaslian ciptaannya.....Yamaha kerana motosikal yang dikeluarkanya bertetapan dengan jiwa anak muda.... Serta rekaannya yang elegan dan ranggi.....

• Seneraikan jenama kegemaran anda dan ceritakan kenapa anda sukakanya

B.U.M Equipment kerana barangan yang tahan lama serta gaya yang ranggi....
Saya suka kerana tahan lasak dan juga tahan lama seperti jam tangan saya serta seluar jeans...

Uploadkan dua iklan (gambar atau video) kegemaran anda dan ceritakan kenapa anda suka iklan tersebut.

SILKY GIRLS
Iklan ni best kalau aku jadi girl pakai minyak wangi leh tarik lelaki jadi hantu nak kerja dia..... Awl2 mawi wat x tau je kemudian jadi the chinese vampire ghost sebab minyak wangi tuu ..... tu yang best uth

IKLAN PETRONAS-MADE IN GOMBAK

BERBANGGALAH dengan barangan buatan tempatan ..... Kita dah lama merdeka kenapa mentaliti kita masih mengangap barangan luar lebih baik.....

• Adakah terdapat mana-mana jenama atau barangan yang anda rasa malu untuk menggunakan atau dijadikan kaitan?
Tiada kecuali barangan yang melibatkan kulit Khinzir kerana saya sebagai seorang Islam Tidak boleh menggunakan barangan daripada binatang itu.....

• Adakah agama mempengaruhi pilihan anda terhadap sesuatu jenama? Jika ya, sila terangkan jawapan anda.

Tidak lah sangat tetapi Melihat kepada barangan sekiranya barangan tersebut dibuat daripada kulit khinzir, ada unsur perjudian ..... Ini kerana agama saya mengaharamkan setiap perkara yang datang daripada Binatang itu dan melarang kami menyokong perjudian serta riba( bunga hutang).....

• Dari manakah anda mencari informasi terbaru mengenai jenama atau produk baru ?

Majalah,Internet, paper, dan juga kawan saya serta katalog baru..... Serta kadang saya berjalan saja kemudian saya melihat orang lain pakai cantik saya akan pergi cari.....


BE YOURSELF RESPECT OTHER!!!!!

apa-apa je

•Ceritakan tentang tiga perkara yang anda lihat, baca atau dengar baru-baru ini yang anda suka dan telah mensyorkan kepada orang lain. (di Facebook, perbualan dengan kawan, Internet, Youtube, etc)?

1)Fifa World cup

semestinya lah semua orang
duk pakat rasa panas badan buakn sebab apa.... sebab nak demam the world cup is here.....Aku sebenarnya nak tengok Malaysia punya team main kat world cup , entahlah berpa tahun lagi tapi aku harap sgt la..... Team taun ni yg ada peluang untuk menang, German,England,Brazil dan Korea sama ada selatan mahupun utara...... X sabar rasanya nak tengok world cup.....

2)
Dapatkn password rakan2 anda dengan EMAIL atau URL mereka.
x
taula aku x pernah try dan malas nak try bukan apa k
esian data orang lain kena curi.... Cuba data anda sendiri orang buka ikut suka hati anda apa perasaan anda..... Nak try untuk curi password awek aku kot!!!!!

3)Pengurangan Subsidi Oleh Kerajaan
Aku x kisah tapi satu je aku x suka kenapa nak mansuhkan pemberian buku teks percuma dan juga yuran peperiksaan percuma dah buat nak tarik balik.... Kerajaan nih beruk siku ke hapa dah la ikut suka je dah bagi tarik balik.... Kerajaan perlu faham bahawa pengertian orang susah dah berubah ini bukan zaman 70an kalau bermimipi nak hilang kerusi banyak buat la...

Dah la ikut suka je ubah sistem pendidikan korang ingat cikgu dengan pelajar ni ap
a robot untuk eksperimen kerajaan.....Berjaya tunjuk kat negara lain gagal hentam guru ini ke sisitem pendidikan ????? tolonglah berbincang dengan guru dan pelajar dalam sisitem pendidikan bukan hanya berbincang dengan Profesor atau orang cuma tahu teori tetapi berbincang lah dengan orang yang melakukan teori.... NKRA?????

• Apakah yang terdapat dalam senarai anda yang ‘mesti buat’, ‘mesti lihat’ dan ‘mesti ada’ untuk tahun 2010?

Mesti Buat
Belajar sunguh nak dapat 10A+ nanti senang nak sambung pendidikan sebab yuran pendidikan tinggi akan jadi lebih mahal terima kasih kat Dato Seri Najib sebab nak naikkan harga yuran pendidikan..... Exercise lebih ...... Mesti Lihat Kegembiraan Ayah Dan Ibu apabila aku mengambil results Spm ..... Tgk Kerajaan Buat apa untuk menghadapi kekeliruan rakyat.... Badan jadi tough dan lebih hensem kt hehehe..... Mesti Ada Notebook Sendiri sebab aku pakai notebook kakak aku....

• Apakah pakaian yang paling anda minati sekarang ini? Sila sertakan gambar-gambar dan beritahu kenapa anda meminatinya.

Aku simple jer seluar jeans straight cut, baju tshirt hitam dan juga sweater.... x da pa pun cuma ranggi dan rileks aku punya fashions..... Aku xpandai sangat nak berfesyen cam orang lain lagipun bajet xdak.....


• Sertakan gambar gadget elektronik, koleksi, permainan atau sebarang barang kegemaran anda dan ceritakan kenapa anda begitu sukakan barang tersebut.

Firstly tentu la notebook nih Acer Aspire 4740 dia nih kakak aku punya tapi aku buat macamharta aku sendiri hahaha ..... Thank kak Nur sebab x marah.... Notebook ni senang sebab ringan dan laju... Aku senang nak main game nak study.....


Handphoneku CSL M30i .....Aku bangga sebab nih buatan Malaysia,Malaysia boleh canggih walaupun sering kena perlekeh oleh bebudak junior tapi ada yang bangga kerana Malaysia mampu mengeluarkan handphone mcm nih ada tv tuh senang nak tgk tv..... Tetapi jgn memain ni bukan murah RM450 saja boleh beli nokia.... Sayang gila banyak lagu aku simpan dalam nih bukan sikit....Kalau hilang nih nangis ooi huhuhuhuhu


BE YOURSELF, RESPECT OTHER!!!!!

Sunday, May 30, 2010

Hiburanku My Style

•Apakah rancangan TV kegemaran anda dan bagaimanakah anda menontonnya?

Rancangan tv kegemaran saya seperti House ,Leverage,csi, Ninja wrior, Merlin dan juga raja lawak hahaha kelakr tak ingat...... saya menonton dari tv, apabila ingin melihat episod lepas saya akan melihat youtube dan kadangkala saya juga stream..... Sekiranya episod itu best saya akan download dan menyimpanya..... Sekiranya saya terlalu sibuk untuk melakukan aktiviti saya tidak perlu risau ketinggalan episod kerana boleh menontonnya diinternet.....


• Adakah anda meminati muzik dan fesyen? Di manakah anda pelajari tentang trend terbaru dalam muzik dan fesyen.

Siapa yg tidak meminati muzik dizaman sekarang manusia semangnya mengemari muzik sejak zaman dulu lagi..... Fesyen sy kurang minat sy kerana sy simple saja.....Trend terbaru saya selalu lihat didalam tv dan juga majalah seperti Galaxie,fhm.... Di internet saya membuak portal hiburan seperti gua , murai dan banyak lagi..... Saya juga mengunakan youtube bagi mencari lagu baru dan videoclips terbaru.....


• Ceritakan tentang artis atau kumpulan muzik yang anda minati sekarang, dan kenapa anda meminati mereka? Dari manakan anda dapatkan kebanyakan daripada muzik anda?

Jason Myrazz kerna lagu yang rilek serta happy go sikapnya yg happy go lucky serta tidak banyak membuat hal untuk mencari publisiti, group indie tempatan seperti Hujan, MUH,Sixth sense....hujan lagunya banyak menceritakan pengalaman dan peristiwa didalam hidup manakala MUH lagunya lebih banyak kepada isu semasa , Sixth sense pula lagu cinta tidak kesampaian dan lagu yang menyentuh perasaan.....

Saya selalu download dan juga bluetooth lagu daripada handphone , peranti muzik rakan rakan dan juga ahli keluarga..... Sekiranya lagu-lagu didalam album itu sempoi saya tidak kisah mengeluarkan wang untuk membeli Cd dan yang penting lagunya best.....

• Adakah anda gemar membaca buku? Apakah tajuk tiga buku terakhir yang anda baca?

Ya saya gemar membaca buku tajuk buku terakhir ialah:-
1)Hatiku di harajuku by Ramli Awang Murshid
2)Cara Mengenali Diri Anda
3)Kisah Lucu Juha

• Dari manakah anda mencari informasi terbaru mengenai berita hiburan?

Menonton rancangan mengenai hiburan seperti Melodi,Galaksi,
membaca majalah dan akhbar serta melihat blog dan portal hiburan.....
Mendengar dari rancangan breakfast dari radio dan tv


BE YOURSELF, RESPECT OTHER!!!!!



Saturday, May 29, 2010

Kawan Online boleh jadi Kawan Baik

•Saluran apakah (SMS, IM, telefon, Twitter, status Facebook) yang anda dan kawan-kawan anda gunakan paling kerap untuk berhubung dan kenapa? Apakah perkara-perkara positif dan negatif untuk setiap satunya?

Aku mengunakan semua perkara kerana teknologi perlu dimanfaatkan..... Sekarang ini yang kerap digunakan tentulah facebook kerana facebook menyediakan rungan chat ..... Ruangan chat
Facebook mudah untuk bersemb
ang terus tetapi facebook agak suram pada profile page berbanding tagged.... Tetapi kelebihan facebook mempunyai keselamatan yang ketat....
Penggunaan Im atau YM lebih cepat daripada chat facebook serta dapat melakukan banyak aktiviti bersama dan lebih priv
asi.....

Sms pula perkara biasa diguanakan dan menjadi seperti satu keperluan tetapi keburukannya ialah penggunaan wang serta kredit yg banyak..... Sebulan boleh dikatakn sebanyak Rm100
Habis untuk isian semula telefon bimbit.
..... Kering ini boleh menyebabkan poketku menjadi kering dan kontang ibarat cuaca sekarang nih..... Jadi kalau ada kredit aku guna la sms ni....Kalo x dak kalo online jer ymtuh harap my friend pun online la.....

• Adakah rangkaian social seperti Facebook atau Twitter mempengaruhi hidup untuk menjadi lebih baik atau lebih buruk? Kenapa?

Setiap benda dan perkara atas bumi nih ada baik dan buruknya......
Pendapat saya kebaikan ialah dapat mencari kwan lama aku kat primary school serta kwan aku yg dah pindah
school dan rumah..... Senang nak pujuk kwn kalau gaduh
dan juga cari kwn baru seta keka
dang boleh dapat geng serta kwan baik dan kadang boleh release tension.....

• Senaraikan setiap rangkaian sosial yang anda sertai (Facebook, Friendster, Twitter, blog, etc) dan kenapa anda memilih untuk membina profail pada setiap laman ini? Apakah aktiviti-aktiviti yang anda lakukan di rangkaian sosial tersebut?
Boleh dikatakan banyak rangkaian sosial yg aku sertai seperti:-

1)http://www.tagged.com/
this is my first social networking site. Join since 2006.... at t
his time facebook did not born yet i open my profile here because my friends introduce it to me....


2)http://www.blogger.com/ join kerana aku gatal nak menulis dan Mak Long ku lah yang memberikan idea untuk menulis blog nih....


3)http://www.slide.com/ ini digunakan untuk mengedit gambar dan juga mencari widget untuk blog aku....


4)http://www.miniclip.com/players/en/
ni dulu aku rajin la main games kat miniclip lepas tu ada wat profile joinla....



5)http://www.facebook.com/
Ni at the first aku malas nak join tapi sebab ramai sgt kwn aku join terpaksalah join.....



6)http://www.youtube.com/user/ Selalu sgt duk cari lagu baru ngan tgk video sudirman aku pun buka la user profile....

7)http://www.gaiaonline.com
Ni best banyak game dan comic aku join sebab kwn lama aku introduce this.....

banyak lagi aku join malas nak tulis banyak sgt ni pun selalu guna

• Berapa orang kawan-kawan Facebook/Friendster/Myspace/Twitter yang anda ada sekarang? Siapakah mereka? Berapa ramai di antara mereka yang anda anggap sebagai ‘kawan rapat’? Berapa ramaikah yang pernah anda jumpa secara ‘face to face’?

Facebook 151,Tagged 234 je sikit je kwn aku dlam tagged ada kwn baik dalm sepuluh dan pernah jumpa face to face enam.... FB pula rama i kwn lama dan kwn sekolah jadi semuanya didalam Fb boleh dikatakan

• Adakah anda lebih suka untuk mengenali rakan-rakan baru di Internet ataupun‘face-to-face’? Kenapa?

Kedua dua saya suka yg penting hati dan penerimaan seseorang terhadap kita....


BE YOURSELF, RESPECT OTHER!!!!!


Wednesday, May 26, 2010

KEHIDUPAN KEDUA KU!!!!!

Berapa jamkah anda melayari Internet setiap hari? Biasanya, apakah yang anda lakukan di dunia Internet?

X terkira waktu
paling lama ialah lapan jam tanpa henti ......
upload movie dan download movie,chatting,
blogging, email, dan menggunakan facebook,tagged,bermain game mafia wars, red alert dan banyak lagi.....
Belajar secara online serta mencari maklumat mengenai setiap mata pelajaran.....
Membaca berita dan melihat tv secara online .....




• Bila melayari Internet dan membuat interaksi dengan pengguna lain, adakah anda mempunyai profail samaran atau nickname? Ceritakan kenapa anda mengguna or tidak suka menggunakannya.

Saya mengunakan nama samaran syr1005,syahir1005 dan juga nama sendiri.....
Saya lebih selesa mengunakan nickname ketika bermain permainan online dan menggunakan nama sendiri ketika menggunakan laman sembang se
perti facebook supayarakan saya senang untuk add saya..... Semasa menulis blog saya lebih selesa menggunakan nickname bagi mengelakkan blog saya diganggu musuh saya serta saya berasa lebih bebas untuk menulis.....


• Pernahkah anda menjadi kawan baik dengan sesiapa yang anda jumpa atas Internet? Sila ceritakan kepada kami. Bagaimanakah anda tahu sama ada mereka boleh dipercayai?

Saya masih lagi menjadi kawan baik kepada rakan saya didalam dunia maya, saya mempunyai kawan baik daripada India , dan juga beberapa negara lain serta negara ini..... Kami sering bertujar pendapat tentang isu semasa dan isu dunia seperti teknologi,peperangan,masalah alam sekitar dan masalah peribadi..... Saya tahu mereka boleh di percayai melalui tiga cara pertama ialah mereka menyediakan maklumat lengkap diri mereka, kedua tidak memaksa memberikan maklumat peribadi anda dan ketiga membincang isu-isu penting tetapi kita masih perlu berhati hati supaya tidak terpedaya dengan memberikan maklumat peribadi.....


• Adakah ibu bapa anda memerhatikan kegiatan online anda? Adakah ia berkesan, atau adakah anda tahu cara-cara untuk mengelakkan kawalan mereka? Apakah pendapat ibu bapa anda mengenai anda melayari Internet setiap masa?
Ibubapa memberikan kepercayaan kepada saya oleh sebab itu saya tidak mahu cross the line yang akan menyebabkan saya diawasi..... Ibubapa saya cuma mengawasi masa untuk mengunakkan internet supaya saya mempunyai masa untuk mengulangkaji kerana saya akan menagambil peperiksaan SPm yang penting..... Ibubapa saya berpendapat menggunakan internet sesuatu yang berfaedah kerana senang untuk mencari maklumat serta terdapat banyak laman web yang menyediakan naota ulang kaji untuk dijadikan rujukan.....


• Pada pendapat anda, adakah dunia Internet ini telah menyebabkan jurang di antara anda dengan kawan-kawan anda atau membawa anda semua lebih rapat lagi?

Dunia internet merapatkan lagi perhubungan saya dengan kawan-kawan kerana saya dapat menghubungi mereka dengan lebih mudah serta dapat bertukar maklumat dengan lebih pantas..... Internet juga merapatkan saya dengan rakan-rakan lama saya yang sukar untuk bertemu didunia sebenar kerana kebanyakan mereka sudah berpindah sekolah dan tempat tinggal ..... Melalui online game kami dpat bermain bersama dan mengeratkan lagi hubungan persahabatan.....



BE YOURSELF, RESPECT OTHER!!!!!



Sunday, May 23, 2010

DUIT, OH DUIT DIMANA KAU DUIT!!!!!

•Adakah duit penting untuk diri anda? Ceritakan tentang pendapat anda mengenai duit.

Pada pendapat saya duit amat penti
ng bagi saya dan semua orang yang masih hidup..... Ini dapat dilihat dimana mana atau apa jua keadaan seperti hendak ke tandas awam kena duit(ada setengah masih percuma) seperti di KlCC cajnya lima linggit o..... Hendak Makan,pakaian, perubatan dan juga hendak membantu orang pun memerlukan wang yang banyak.....
Hari ini semua be
nda boleh dikatakan menggunakan wang untuk bercakap pun perlukan wang....

Dengan duit kita boleh mencari kebahagiaan dan juga kerana duit datangnya masalah!!!!!
Kebahagian dari duit kita boleh lihat dengan membantu orang yang kesempitan.....
Menggunakan wang kearah kebaikan, membawa keluarga bercuti dan beriadah di taman tema seperti Genting Highlands, Sun
ways Lagoons. Mengubah posisi manusia daripada kehidupan susah kepada kehidupan lebih senang,Melanjutkan Pendidikan.....

Datangnya kesusa
han dari duit apabila duit yang ada bukanlah daripada sumber yang baik.....
Seperti berjudi,menipu dan menindas, sesetengah manusia sanggup melakukan apapun untuk mendapatkannya..... Kadang2 akibat sib
uk mencari duit, keluarga terabai walaupun anda bekerja keras tapi tolonglah Jangan abaikan keluarga!!!!! Ini kerana anak walaupun diberi wang yang banyak mereka masih mengharapkan kasih sayang daripada keluarganya.....

Akibat dari duit manusia boleh menjadi gila malahan me
njadi binatang kerana sanggup menindas orang lain,alam sekitar. Kita dapat lihat bagaimana manusia sanggup memperdagangkan orang dan mengondolkan hutan,mencemari sungai serta menghalalkan penganiayaan berterusan demi mendapatkan wang. Akibatnya manusia terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk menanam semula pokok, membersihkan sungai dan membayar setiap hukuman.....

Jadi wang boleh membawa kebaikan dan keburukan, cuba anda fikirakn cara apa yang anda gunakan untuk dapatkan duit? Apakah cara itu cara yang baik?????


Dari mana anda dapatkan duit? Adakah anda mempunyai kerja sambilan? Jika ya, apakah pekerjaannya atau adakah anda menerima elaun daripada ibu bapa, atau kedua-duanya? Perlukah anda lakukan sesuatu perkerjaan untuk menerima elaun?
Saya menerima wang daripada kedua-duanya sumber, saya cuma membantu menjual air jambu batu ditepi jalan danjuga menjual buah-buahan..... Saya tidak perlu melakukan sesuatu perkerjaan kerana saya teriama berapa pun yang diberiakn oleh ibubapa saya..... Duit yang digunakan saya bukanlah banyak kerana saya masih lagi bersekolah dan tidak memerlukan banyak wang. Perbelanjaan saya masih di bawah tangungan ibubapa saya....
• Jika anda ingin membeli sesuatu benda (yang mahal), adakah anda akan menyimpan duit untuk sesuatu atau mendapatkannya secara terus?

Bergantung kepada barangan yang hendak dibeli sekiranya benda tersebut saya perlu menggunakannya segera maka saya akan mendapatkannya secara terus.....
Jika saya tidak perlu mendapatkan barangan itu s
egera saya akan menyimpan sedikit demi sedikit hingga mencukupi harga barangan tersebut bak kata pepatah melayu "sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit!!!!!

• Berapa pentingkah untuk generasi ini mempunyai etika kerja yang kukuh?
Amat penting untuk generasi sekarang mempunyai etika kerja yang kukuh kerana harga barangan yang tidak menentu..... Etika kerja yang kukuh penting untuk meningkatkan kepercayaan majikan ini kerana pekerjaan semakin susah untuk didapati..... Etika kerja yang kukuh melambangkan peribadu seseorang didalam sesebuah organisasi ini dapat membantu mempercepatkan kenaikan pangkat generasi ini pada masa akan datang.....
• Adakah keadaan ekonomi sekarang memberi kesan kepada anda, keluarga anda dan pandangan anda terhadap masa depan atau tidak? Apakah pendapat anda?

Keadaan ekonomi sekarang memberi kesan kepada saya dasn keluarga kerana kenaikan harga barang yang tidak menentu serta sukar untuk mencari pekerjaan yang baik selepas tamat pelajaran..... Pandangan saya krisis ekonomi akan datang dpat diatasi oleh negara ini kerana negara ini akan lebih bersedia dalam menghadapi krisis ekonomi.....Kita dapat lihat dari krisis ekonomi 1996-97 dan krisis ekonomi yang melanda dunia baru-baru ini
negara Malaysia mampu bangun dengan pantas untuk
memulihkan struktur ekonominya

Apakah tiga pekerjaan yang paling cool di dunia ini dan kenapa?
1)Pereka
Senjata Masa Depan
Pekerjaan ini jarang diceburi dan mencabar logik akal, ianya melibatkan reka bentuk, r&d serta ujikaji dalam membangunkan sistem senjata canggih untuk mempertahan negara.....
Pekerjaan ini amat mencabar kerana ianya industri yang
amat mahal dalam keuntungan sekiranya anda berjaya tetapi ianya amat merugikan sekiranya senjata anda gagal....



2)Penulis Pengembara
Saya dapat mengembara ke banyak tempak sambil mempelajari budaya dan melihat keindahan alam di sesuatu kawasan serta berkongsi pengalaman dengan pengembara lain.....
Melihat dan mempelajari kegunaan tumbuhan serta melihat haiwan bebas di habitatnya.....
Membantu pengembara lain mencari tempat menarik untuk mengembara melihat budaya, panorama, bajet terbaik dan setentunya makana
n yang istimewa ditempat itu



3)Doktor
Kerja yang mencabar untuk menyelamatkan nyawa..... Boleh menjadi kepuasaan diri apabila berjaya menyelamatkan pesakit serta membuat penemuan baru didalam dunia perubatan.....
Tetapi boleh menjadi mencabar apabila mengahadapi kes-kes pesakit yang kritikal.....
Boleh menjadi kecew
a apabila gagal menyelamatkan pesakit..... Saya dapat suntikan untuk menjadi doktor daripada drama House


BE YOURSELF, RESPECT OTHER!!!!!