Monday, May 31, 2010

SATU MALAYSIA

RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Sejauh manakah keberkesanan 1 Malaysia... Rakyat didahulukan??? Sejauh manakah rakyat kita didahulukan? Adakah dengan mengurangkan pelbagai subsidi dapat mendahulukan rakyat?

Hujah mereka yang ingin mengurangkan subsidi:
> Negara kita antara negara yang paling banyak memberikan subsidi di dunia
> Subsidi turut diterima oleh para pelancong dan juga rakyat negara jiran
> Subsidi khas akan diberikan kepada keluarga yang berpendapatan kurang RM3,000
> Negara kemungkinan bankrap jika subsidi dikurangkan

Hujah rakyat bagi mengekalkan subsidi:
> Kadar segala cukai yang perlu dibayar pun tinggi, kemana pula pergi duit daripada cukai tersebut sehingga mahu menambahkan lagi beban rakyat dengan mengurangkan jumlah subsidi.
> Apakah gunanya kad pintar (MyKad) sekiranya tidak digunakan dengan sepenuhnya? –Hal ini dapat menyekat pembelian barangan bersubsidi oleh pengunjung daripada negara luar...
> Sekiranya kelonggaran diberikan kepada keluarga berpendapatan bawah RM3,000, bagaimanakah pula dengan keluarga yang berpendapatan atas daripada itu tetapi mempunyai anak yang ramai???

Mungkin ayat-ayat saya ini nampak terlalu membangkang... Tetapi, hayatilah dahulu maksud saya ini... Maaf jika terdapat kesalahan dalam memberikan fakta... Jika ayat diatas kurang menyenangkan mana-mana pihak, emel saya supaya saya dapat mengubah semula post saya ini...

Pada pandangan saya, Malaysia pada 5 tahun akan datang dapat menjadi negara yang lebih membangun daripada sekarang sekiranya isu politik dan rasuah dapat diatasi dengan bijak... Disamping itu, saya juga berharap agar pihak media lebih telus dan adil dalam menyampaikan berita... Amalan berat sebelah dapat membuatkan orang lebih mempercayai golongan yang dipinggirkan... Saya berharap media Malaysia mengambil tindakan terhadap sumber ini:







































Rakyat berbilang kaum, agama dan warna kulit yang  hidup dengan aman dan damai merupakan sesuatu yang amat membanggakan nama Malaysia... Seperti yang kita sedia maklum, tidak semua negara yang mempunyai pelbagai kaum, agama dan warna kulit dapat hidup dengan tenteram.

Namun demikian, terdapat juga jarak antara kaum dengan kaum yang lain... Tidak dinafikan, sikap  mementingkan kaum masih lagi kuat walaupun pelbagai usaha dijalankan... Objektif 1 Malaysia kemungkinan mengambil masa yang panjang untuk dicapai.

Pandangan orang luar terhadap negara pastinya berbeza-beza mengikut individu dan masyarakat... Sudah tentu, terdapat pandangan positif dan juga negatif. Harapan saya pada masa akan datang, pandangan serong orang luar dapat ditangkis walaupun negara kita ini cuma kecil sahaja... Biarlah negara kecil, asalkan pujian orang luar besar....
 MY BATCH > SPM 2009 OF SEKOLAH MENENGAH SAINS TELUK INTAN
(22ND BATCH OF SEMESTI)

________________________________________________________

HUH! Habis juga saya menyiapkan projek ini... Mohon maaf sekiranya ayat-ayat saya sukar difahami dan juga menimbulkan kemarahan mana-mana pihak... Sini saya sediakan backlink untuk catatan(post) saya yang terdahulu...

Day 2: THE POWER OF 'F'...
Day 3: K.E.J.A.Y.A.A.N.
Day 4: IS MONEY VITAL???
Day 5: ☺DALAM TALIAN
Day 6: ADD AS FRIEND
Day 7: HEE-BOO-RUN
Day 8: FAVOURITES
Day 9: Brand does not represent quality
Day 10: SATU MALAYSIA

No comments:

Post a Comment